Tone Excel Bisnes TERBAIK Pilihan Saya!

Posted by sabree hussin on Friday, October 31, 2014

Kali pertama saya dengar tentang simkad Tone Excel ni, satu je perkara yang saya nampak. 

Saya nak buat duit dan saya nak buat bisnes. Bisnes dalam bidang telekomunikasi!

Saya tahu, apabila saya buat keputusan untuk menjadi pengguna sim kad Tone Excel, cara saya menggunakan handphone akan berubah dan tidak akan sama lagi seperti dulu.

Kini saya ada bisnes. 

Soalan yang kerap saya terima: 

"Kenapa saya memilih bisnes Tone Excel dan bukannya syarikat X yang menawarkan caj panggilan yang lagi murah dan simkadnya juga dijual dengan harga yang lebih rendah... cukup saya katakan harga simkad company X dijual dengan harga tak sampai RM90..." 

Jika anda berada ditempat saya, adakah anda akan pilih bisnes yang memberi keuntungan yang tinggi, atau anda akan buat bisnes yang asalkan untung?

Pilihan saya... saya ingin satu bisnes yang boleh beri saya keuntungan yang tinggi sesuai dengan usaha yang saya laburkan. 

Untung ke jual sim kad Tone Excel?



Sudah tentu. 

Untuk setiap sim kad yang berjaya saya jual, saya akan dibayar komisyen sebanyak RM20... Jika saya berjaya jual 10 sim kad, berapa keuntungan yang saya boleh dapat? 

Lagi banyak. 

Bukan itu sahaja. 

Malahan dari segi struktur komisyen, ia juga lagi menarik. 

L1 saya boleh dapat 6 - 10% 

L2 saya boleh dapat 3%

L3 saya boleh dapat 11% - 13% 

Beri perhatian yang lebih untuk komisyen di L3. Jika pelanggan saya topup RM100, saya boleh dapat RM13 komisyen. Lumayan, bukan? 

Sekarang ni.... anda tak perlu nak berdolak dalik lagi. Anda nak buat duit atau anda nak buat apa sebenarnya?

Saya dah pun kongsikan pada anda, untuk setiap simkad yang berjaya dijual, saya akan dapat untung RM20. 

Sekarang ni, kalau anda berada dalam company X, berapa keping simkad X yang anda perlu jual untuk dapat untung RM20? Pernah anda fikir?

Atau anda pun terpengaruh dengan marketing gimik kononnya jual produk murah lagi mudah nak dapat pelanggan berbanding jual produk yang mahal? 

Sebenarnya... 

Jual produk murah SAMA susahnya dengan menjual produk yang mahal

Adakah mudah menjual kereta BMW kepada orang yang berpendapatan rendah? Atau...

Adakah mudah menjual kereta kancil 2nd hand kepada orang berpendapatan rendah?

Adakah mudah menjual kereta BMW kepada orang kaya?

Adakah mudah menjual kereta kancil 2nd hand kepada orang yang kaya?

Jawapannya... depends... bergantung!

Orang kaya tak ada masalah nak pakai BMW. Dia juga tak ada masalah nak pakai kancil kalau mahu. 

Namun ada juga orang kaya yang nak jaga imej dengan hanya memakai kenderaan mewah semata-mata. 

Pada masa yang sama, terdapat juga orang kaya yang lebih selesa bersederhana dan memakai kenderaan yang biasa-biasa sahaja.

Ok... apa yang saya cuba sampaikan ialah, bukannya semata-mata tentang kereta. Topik kereta ini adalah metafora semata-mata. 

Walaupun kaya, kalau dia lagi minat dan lagi berkenan dengan yang murah, dia akan pilih yang murah. 

Walaupun tak kaya, kalau nafsu dia besar, dia juga pasti akan usahakan untuk pakai kereta mewah walaupun diluar kemampuan. 

Mungkin soalan yang patut anda fikirkan jawapannya ialah, adakah anda kenal siapa sebenarnya pelanggan bagi produk anda?

Personally, saya tak jual simkad Tone Excel ini kepada semua orang. Saya juga amat menghargai masa saya, dengan tidak dibazirkan melayan orang-orang yang cuma minat nak murah sehingga tak nampak peluang untuk jana pendapatan.

Jika anda cuma nampak MURAH, MURAH, MURAH... silakan buat pilihan yang sewajarnya. 

Saya kongsikan dengan anda peluang untuk jana pendapatan, dengan hanphone. Terlalu ramai yang mula capai kejayaan dalam bisnes ni. Memang tak asing lagi, ini adalah pilihan yang tepat. 

Jika anda masih nak pilih sesuatu yang selain daripada Tone Excel, terpulang pada anda.   

Saya doakan semoga anda berjaya, dan saya harap anda juga tak keberatan untuk mendoakan kejayaan saya dalam bisnes ni.     

 
Continue Reading

Sasaran Pasaran 37 Juta Pengguna Handphone di Malaysia

Posted by sabree hussin on Thursday, October 30, 2014

Tahukah anda, pengguna talian handphone di Malaysia adalah hampir mencecah 40juta pengguna berdaftar?

Wow ramainya. 



Ini bukan saya yang kata, namun infografik kat atas ini ialah hasil daripada info yang diperolehi dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)

Tapi kan... populasi rakyat Malaysia kan cuma sekitar 29juta orang sahaja. Tak sampai pun 30 juta orang. 

Macam mana pulak talian handphone berdaftar boleh cecah hampir 37 juta orang ya? 

Ya. 

Ini yang ramai orang terlepas pandang.

Walaupun rakyat Malaysia cuma ada 29 juta orang, namun ramai sebenarnya yang mempunyai lebih daripada satu talian hanphone.

Biasalah, satu talian untuk tujuan personal, satu lagi untuk bisnes, dan ada juga yang lagi advance ada sampai 3 handphone. Handphone ketiga tu untuk projek khas. 

Kalau yang cuma ada satu handphone, silap-silap handphone tu support untuk 2 sim kad. Sekarang ni kan ada banyak handphone yang dual sim.



Jadi apa yang nak dihairankan. 

Orang sekarang ni memang banyak yang mampu untuk pakai handphone banyak-banyak! 

Cuma sayangnya, kesedaran tu masih lagi ditahap minima. 

Daripada 29 juta rakyat Malaysia, buat masa catatan ni dibuat, baru ada sekitar 500,000 orang sahaja pengguna simkad Tone Excel, 

Biasalah... benda-benda baik macam ni memang orang kita LEMBAB sikit. Nak kena terangkan berulang-ulang kali, apa kebaikkan dan kelebihan pakai simkad ni.

Bila dah terangkan... tak nak percaya pulak tu, masih lagi dengan sikap skeptikal. Walhal, terang-terang kita dah tunjukkan kelebihan sebagai pengguna, yang mana

1. Setiap kali kita topup RM30 akan dapat FREE RM10 

2. Setiap kali kita topup RM50 akan dapat FREE RM20

3. Topup sendiri boleh dapat 3% cash rebate. Ya dapat balik duit topup kita sendiri

4. Topup RM50 setiap bulan FREE PA Insurans

5. Setiap kali topup boleh dapat Big Point yang boleh tukarkan kepada tiket penerbangan Air Asia ke mana-mana destinasi PERCUMA

6. Dapat diskaun corporate rate apabila menginap di Tune Hotel

7. Anda promosikan simkad ini, dan ada yang nak beli dari anda, anda dapat komisyen RM20 per sim kad. 

8. Setiap kali pelanggan anda beli topup, anda akan dapat komisyen lagi 6%, 3% dan 11%

SIM KAD NI MEMANG BOLEH BUAT DUIT! 

Apa lagi yang anda nak tahu? 

Nak jumpa saya pun boleh. Kita buat appointment dan bincang-bincang tentang sim kad ni. 

Tapi saya bagitahu awal-awal. Saya tak suka sembang-sembang kosong. Kalau nak jumpa, siap sedia dengan RM90 untuk dapatkan simkad Tone Excel anda. 

Saya amat hargai masa anda. 

Jadi saya harap anda pun turut hargai masa saya.

Kalau cuma nak sembang kosong, saya bukannya teman bersembang yang baik ha ha

Tapi kalau nak sembang bab bisnes, In Shaa Allah saya pasti akan berikan yang terbaik. 

Hubungi saya kalau nak set appointment dengan saya.    

 

 
Continue Reading

Sim Kad Tone Excel PERCUMA dari ToneXpress Dah Sampai!

Posted by sabree hussin

Alhamdulilah, setelah beberapa minggu saya menjadi ahli di laman web ToneXpress, hari ini saya dah berjaya dapat sim kad Tone Excel percuma saya sendiri! 

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang bayaran komisyen pertama ToneXpress. Hari ini, saya dapat pulak simkad Tone Excel percuma dari ToneXpress. 

Memang berbaloi dan tak sia-sia saya promosikan program rujukan Tone Excel menggunakan laman web ToneXpress.

Ini dia simkad Tone Excel percuma yang saya dapat.



Ini juga bermakna, pelawat dan prospek yang pernah membaca iklan yang saya buat secara online tak dibazirkan begitu sahaja. 

Ada antaranya yang bertukar menjadi pengguna laman web ToneXpress walaupun mungkin tak semua orang bersedia untuk menjadi pengguna sim kad Tone Excel.

Sebagai pengguna laman web ToneXpress, saya berpeluang untuk buat income dari sumber hasil jualan simkad tone excel dan juga hasil daripada pengguna yang minat nak gunakan laman web ToneXpress. 

Apa pun perjalanan saya dalam bisnes Tone Excel ni masih jauh lagi. 
Masih banyak lagi yang saya sedang belajar, dan In Shaa Allah lagi banyak yang saya dapat belajar, lagi banyak juga yang dapat saya turunkan kepada rangkaian saya. 

Jika anda dah sedia nak jadi pengguna Tone Excel, sama seperti saya, bolehlah hubungi saya pada bila-bila masa. 

Kita bincang-bincang. 

Saya yakin, simkad ini pasti akan dapat mengubah masa depan anda kepada jadi lebih baik. 

Just imagine, kalau setiap bulan anda dapat extra income 3 - 4 angka, bukankah ianya baik untuk anda? 



 
Continue Reading

Laman Web Tone Excel Klang Berwajah Baru!

Posted by sabree hussin on Tuesday, October 28, 2014

Selepas agak lama saya menggunakan template percuma yang memang dah tersedia di dashboard, akhirnya sampai lah masanya untuk saya tukarkan template ini kepada custom template. 

Bermain serba sedikit dengan coding. 

Kod HTML... atau singkatan bagi HyperText Markup Language. 

Serius. Masa saya belajar kat universiti dulu, memang saya tak diajar untuk bermain dengan coding ini. 

Tak ada lecturer yang ajar benda ni. Semuanya atas hasil usaha sendiri. Daripada pengalaman saya mengendalikan platform blogging blogspot sejak dari tahun 2009 lagi... Alhamdulillah, ada beberapa skil yang saya dapat. 

Tak cantik tak apa. 

Tak menarik belakang kira. 

Yang penting, apa yang saya persembahkan dalam blog ni mencapai maksudnya. Ehem... ada yang kata, layout kali ini lebih kemas, dan nampak profesional.



Anda tak tau macam mana nak bina website? 

Jangan gusar. 

Benda ni simple je. Semua orang bermula dengan tak tau apa. 

Tak ada lagi saya dengar ada orang yang lahir-lahir je dah ada pengetahuan macam mana nak edit website, macam mana nak bina website. Semua tu merepek je. 

So, you have to start somewhere else.

Ilmu ini, sama ada anda nak belajar secara formal di kelas-kelas, atau anda boleh tanya terus (sebaik-baiknya buat coaching) dengan mereka yang memang berpengalaman. 

Kaedah belajar tidaklah terhad hanya pada satu cara semata-mata. 

Apa pun, jika anda adalah network saya, dan anda ingin menggunakan template yang sama yang saya gunakan ini, anda boleh hubungi saya anytime.





  
Continue Reading

Bagaimana Cara Sertai Bisnes Tone Excel?

Posted by sabree hussin on Saturday, October 25, 2014

Sebagai ejen yang mewakili syarikat Tone Excel, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda sebagai pengguna dan juga pengedar sim kad ini. 

Dengan modal permulaan sebanyak RM90 sahaja, anda sudah layak untuk memulakan karier anda dalam bidang perniagaan berasaskan industri telekomunikasi ini.

Mungkin masih ramai lagi yang tak sedar, yang hakikatnya industri telekomunikasi ini sebenarnya bernilai jutaan dan bilion ringgit setahun. 

Maka tak hairanlah apabila dewasa ini terdapat banyak syarikat Telco diperkenalkan. 

Kesemua syarikat ini ingin mendapatkan syer dan sedikit keuntungan yang lumayan yang boleh diperolehi menerusi perniagaan ini. 

Antara bukti bisnes dalam bidang telekomunikasi ini sangat lumayan


...dan lagi bukti: 


Anda mungkin pengguna bagi salah satu Telco yang saya kongsikan ini. Betul ke?

Saya sendiri adalah pengguna talian Maxis, dan nampaknya saya adalah salah seorang penyumbang (walaupun tak banyak) kepada pendapatan Maxis yang mencecah sehingga RM2.049 bilion! 

Bilion.

Bukannya kecil. 

Soalan: Sepanjang saya menjadi pengguna SETIA Maxis... apa yang saya dapat? 

Hmm... soalan ini benar-benar buatkan saya berfikir. Saya cuba dapatkan jawapan yang benar-benar adil tanpa menidakkan peranan penting yang pernah diberikan oleh Telco ini.

Semasa dengan Telco lama, saya dapat call, dapat sms, dan paling penting dapat menikmati perkhidmatan BlackBerry Internet Service. Servis internet la kiranya ni. 

Adakah saya tak berpuas hati dengan servis Maxis. 

Oh tidak sama sekali. Malahan, saya AMAT BERPUAS HATI dengan servis yang ditawarkan oleh Maxis. 

Atas sebab itu juga, saya menjadi pengguna SETIA Maxis sejak saya berumur 16 tahun. (sekurang-kurangnya saya melanggan perkhidmatan dari Maxis selama 10 tahun) 

Pada suatu hari saya diperkenalkan dengan sim kad Tone Excel yang dikuasakan oleh talian Tune Talk. 

Bila dilihat sekali imbas, nampaknya sim kad ini agak tinggi caj penggunaannya. Lebih-lebih lagi jika anda menilai dari segi kadar panggilan dan juga caj sms. 

Rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. 

Sim kad ini, walaupun cajnya tidaklah semurah dan sejimat sim kad lain yang ada dipasaran, rupa-rupanya ia memberi ganjaran kepada penggunanya dalam bentuk RM! 

Ya. 

Cash di bank in ke dalam akaun bank kita setiap bulan... dan yang lagi menarik, sebulan tiga kali akan dapat komisyen daripada Tone Excel ni. 

Wow! 

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang sim kad ni, saya syorkan anda download ebook ini, Panduan Bisnes Sim Kad Tone Excel.

Dalam post ini, saya nak ceritakan, macam mana caranya nak sertai bisnes Tone Excel ini. Ok cara-caranya mudah sangat. 

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut 

1. Sediakan modal RM90 

RM90 adalah untuk mendapatkan sekeping sim kad Tone Excel. Dalamnya tersedia kredit bernilai RM30. 

Apabila anda activate sahaja simkad ini, automatik anda akan dapat cash rebate sebanyak 3%. 

3% daripada baki kredit tersedia, iaitu RM30. Bersamaan dengan RM0.90

2. Dapatkan sim kad anda! 

Di mana nak dapat sim kad Tone Excel? Sebenarnya ada beberapa cara. 

Pertama sekali, layari laman web Tone Excel atau klik link berikut 

1. Junior Centre: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/junior-centres.php

2. Service Centre: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/service-centres.php

3. Branch: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/branch-office.php

Lihat kawasan yang paling hampir dengan anda. 

Hubungi nombor yang tertera, dan buat appointment dengan mereka untuk dapatkan simkad. 

Anda mungkin tak tau yang selama ini anda tinggal berjiran dengan seseorang yang berpangkat Junior Centre/ Service Centre atau Branch di Tone Excel. 

Dapatkan sim kad dari mereka. 

Sebaik-baiknya anda tambah lagi RM10 untuk dapatkan juga buku panduan Tone Excel dari mereka.

Cara kedua ialah anda boleh dapatkan sim kad permulaan anda dari saya. Sila tambah RM10 untuk tujuan pengeposan. 

RM6 untuk pos laju, manakala RM4 lagi adalah duit tambang untuk saya ke pejabat pos :-) 

Jika anda ingin jimat, lebih baik anda dapatkan simkad anda di mana-mana JC/SC atau Branch berhampiran anda. 

3. Aktifkan Sim Kad Anda 

Jika anda ingin sertai rangkaian saya dan menerima khidmat sokongan dari saya, sila lengkapkan proses pengaktifan dengan menggunakan idp 449841 

4. Dapatkan website replika anda 

Bagi memudahkan kerja-kerja pemasaran anda, anda boleh gunakan laman web berikut untuk tujuan pemasaran. 

Ini contohnya: Bisnes Tone Excel Asia

Laman web replika tersebut adalah PERCUMA jika anda sertai rangkaian saya. Setiap prospek yang berminat dengan bisnes ini akan masukkan nama, alamat emel dan nombor telefon di laman web tersebut. 

Jadi, pada bila-bila masa anda boleh menghubungi mereka untuk tujuan follow up.

5. Dapatkan marketing tools tambahan dari saya 

Selain dari itu, anda boleh juga dapatkan marketing tools tambahan dari saya dalam bentuk

5.1 Website promosi

5.2 Sistem autoresponder Parabot Pro

5.3 Ebook panduan setting sistem autoresponder

5.4 Ebook percuma untuk tujuan kumpul list 

... dan banyak lagi

6. Group support 

Support turut diberikan dalam bentuk group whatsapp dan juga fb group. 

Anda boleh tanya apa sahaja yang anda tak faham. Saya sendiri akan berikan bimbingan kepada anda, bagi membantu anda untuk berjaya dalam bisnes ni. 

Di samping itu, saya juga akan sentiasa mengemaskini laman web ini bagi memberi anda info-info TERBAIK mengenai bisnes Tone Excel ini. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan saya sama ada menerusi sms/whatsapp atau call di talian 017 254 3031  

 

   
Continue Reading

Betul Ke Bisnes Sim Kad Tone Excel Cuma Kayakan Orang Atas?

Posted by sabree hussin

Sebenarnya masih ramai lagi yang belum benar-benar faham dengan konsep bisnes Tone Excel ini. 

Buktinya? 

Masih ada lagi prospek yang beranggapan, bisnes tone excel ini hanya menguntungkan dan mengkayakan orang atas semata-mata. Malahan, lebih buruk lagi, ada juga yang beranggapan, dalam bisnes ni, siapa yang join, sebenarnya telah 'diperkudakan' oleh pihak syarikat untuk memasarkan produk mereka. 

...dan bila kita baca, amati, dan cuba fahami apa yang disampaikan oleh mereka yang beri tanggapan sedemikian terhadap bisnes ni, nampak jelas yang sebenarnya mereka ini keliru, tetapi terlalu ego untuk menerima penjelasan daripada ejen Tone Excel. 

Kalaulah bisnes tone excel ni hanya menguntungkan upline, dan mengkayakan orang atas semata-mata, saya sendiri pun tak hingin nak join dan tak mau buat bisnes ni. 

Mari saya kongsikan testimoni daripada Encik Ishak Din. Mereka yang belum kenal siapa Ishak Din, beliau sebenarnya adalah upline bagi Mazelan Abas. 


Tulisan terlalu kecil? Biar saya taip semula untuk memudahkan pembacaan anda... 


Continue Reading

Komisyen Pertama ToneXpress!

Posted by sabree hussin on Wednesday, October 22, 2014

Laman web promosi ToneXpress

Laman web ini saya gunakan untuk mempromosikan bisnes Tone Excel.

Bukannya saya tak pandai nak buat laman web sendiri. Walaupun saya bukannya pandai sangat... tetapi sekali sekala saya juga inginkan kelainan dan kepelbagaian dalam melakukan kerja-kerja promosi. 

Dan satu hari saya diperkenalkan dengan laman web ToneXpress.

Selepas beberapa ketika saya mempromosikan Tone Excel menggunakan laman web landing page ToneXpress, hari ini saya menerima imbuhan!



Ini adalah komisyen pertama yang saya perolehi dari ToneXpress

Jumlah penuh ialah RM110 sebenarnya. Namun, untuk RM100 yang pertama setiap ahli yang menggunakan sistem ToneXpress hanya akan memperolehi sim kad Tone Excel. 

Jadi bakinya setelah ditolak dengan servis caj ialah RM8. 

Ok kan? 

Jadi, macam mana caranya untuk dapat komisyen dan simkad Tone Excel percuma seperti yang saya dapat ini. 

Ikuti cara-cara ini

1. Daftar dulu secara percuma di laman web ToneXpress

2. Buat bayaran sebanyak RM10 kepada admin untuk anda mendapatkan laman web ToneXpress anda sendiri


Continue Reading

Cash Out Pendapatan Dari ToneXpress

Posted by sabree hussin on Tuesday, October 21, 2014

Selepas sekian lama menggunakan laman web ToneXpress untuk kembangkan rangkaian Tone Excel saya, hari ini saya ambil keputusan untuk cash out sebarang earning yang dihasilkan daripada laman web tersebut.

Untuk pengeluaran kali pertama, setiap ahli ToneXpress akan memperoleh sim kad dan juga buku panduan. 

Kiranya sim kad percuma. 

Siapa yang rajin usaha, tanpa mengira penat dan tanpa mengira jemu, dia akan dapat hasil. Harga simkad Tone Excel ialah RM90. 

Tetapi, sebagai pengguna laman web ToneXpress, anda boleh buat promosi sehabis baik, dan anda juga berpotensi untuk dapat prospek, dalam kalangan ahli Tone Excel yang minat nak guna laman web yang sama. 

... dan bila dikumpul-kumpul, jumlahnya mencecah RM100++

Boleh dapat sekeping sim kad. 

Saya masih belum keputusan lagi... sama ada nak beri sim kad ni secara percuma atau nak jual. ha ha

Mungkin saya akan hadiahkan kepada ahli keluarga saya yang nak join Tone Excel tapi tak sanggup nak keluar modal RM90. 

Mungkin je la... 

Continue Reading

Apa Tujuan Saya Promosi Tone Excel Setiap Hari?

Posted by sabree hussin on Saturday, October 18, 2014

Bisnes Tone Excel ini sebenarnya bukanlah satu bisnes yang susah. Tetapi ianya adalah satu bisnes yang simple. 

Anda hanya perlu promosikan sahaja sim kad Tone Excel ini kepada seberapa ramai pengguna telefon mudah alih yang boleh.

Tak perlu risau dengan potensi pendapatan atau bayaran. 

Semuanya dah disediakan untuk anda. Marketing plan semua dah ada, cuma yang perlu anda lakukan ialah promosi sahaja. 

Cara promosi pula terpulang pada anda. 

Kalau kekuatan anda adalah untuk jumpa orang dan terangkan face to face, maka anda buatlah begitu. Jika anda tidak berkeyakinan untuk berbuat demikian, maka anda banyakkanlah berkongsi di internet. 

Tak perlu cakap apa-apa. 

Hanya tulis sahaja, apa yang anda ingin ceritakan tentang sim kad ini. 

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan "close deal tanpa suara". Anda tak perlu nak buka mulut, dan tak perlu nak cakap apa-apa. Hanya perlu tulis, tulis dan terus menulis. 

Penulisan anda akan dijumpai dan dibaca oleh sasaran prospek anda. 



Adakah kaedah ini lebih berkesan berbanding anda menghantar fliers dari rumah ke rumah atau edar fliers di tempat yang crowded dan ramai pengunjung?

Hmmm... kaedah ini dah tentu ada kelebihan dan keistimewaannya tersendiri.

Bila anda edarkan fliers, prospek anda adalah mereka yang offline dan aktif dilokasi tertentu. 

Manakala, jika anda fokus untuk menulis secara online, target prospek anda dah tentu adalah mereka-mereka yang lebih cenderung untuk meluangkan masa mereka untuk online. 

Jadi, masing-masing ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. 

Apa sebenarnya tujuan kita cerita tentang Tone Excel setiap hari ni?



BRANDING. 

Ini salah satu pesan Mazelan Abas yang pernah saya baca sebelum ni. 

Selagi nama anda tak dikenali sebagai ejen Tone Excel, bermakna promosi anda masih belum cukup lagi. 

"Sabree Hussin Tone Excel"

Bila nama tu sudah lekat di minda dan ingatan orang ramai, bermakna kempen pemasaran anda dah mula membuahkan hasil. Ini salah satu indikator yang anda boleh lihat untuk pastikan sama ada selama ini orang perasan atau tidak usaha pemasaran yang anda jalankan. 

Ok? Ingat ingat ingat! 

Branding itu penting, supaya satu masa nanti akan ada prospek yang serah diri pada anda, dan dengan rela hati ingin sertai anda dalam bisnes ini. 

Semuanya disebabkan oleh branding yang anda lakukan tanpa jemu. 

Bisnes Tone Excel ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan lain-lain bisnes yang terdapat di pasaran. Anda yang terlibat dalam bisnes ni perlu melalui fasa struggle untuk meyakinkan prospek anda bahawa produk ini adalah produk TERBAIK yang patut dijadikan pilihan. 

Jika anda konsisten buat kerja, maksud saya anda konsisten buat promosi, fasa struggle ini akan berlalu dengan cepat dan anda mungkin tak sedar yang anda dah jauh melepasi fasa ini. 

Sewaktu berada dalam fasa struggle ini, anda perlu lebih kuat menghadapi cabaran dan siap sedia untuk meningkatkan kemahiran diri. Dalam bisnes ni, anda bakal jadi lebih kuat apabila anda serius ingin bangunkan bisnes ni, bukannya dengan lompat bisnes dan sibuk mengejar tawaran bisnes lain. 

... dan anda patut tahu, dalam bisnes lain pun anda bakal lalui fasa struggle juga. 

Oleh yang demikian, fokus untuk buat promosi sebanyak-banyaknya. Guna semua medium yang ada, dan tanamkan dalam minda prospek anda bahawa anda adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan role model dalam bisnes ini. 

Buat promosi banyak-banyak supaya nama anda dikenali sebagai seorang ejen berdaftar Tone Excel.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

     
Continue Reading

Anda dikira MISKIN?

Posted by sabree hussin on Friday, October 17, 2014

Best juga baca berita dari sumber Sinar Harian ni. 



Pendapatan RM3,600 dikira miskin di Malaysia. 

Lebih-lebih lagi kalau tinggal di Bandar. Dengan segala-galanya MAHAL dan perlukan duit... 

Gaji seorang fresh graduate, sekitar RM1,800 - RM2,300 sebulan. 

Soalannya ialah, berapa lama yang diperlukan untuk seseorang yang baru lagi grad untuk naik gaji sehingga boleh capai pendapatan RM3,600 sebulan? 

Satu orang dua kerja

Benda ni dah jadi sesuatu yang lazim. Dah tak hairan kalau seorang tu ada lebih daripada satu kerja. 

Tapi saya tak setuju. 

Kita tak perlukan another job. Kita tak perlu nak ada kerja lain. 

Apa yang kita perlukan bukannya kerja tambahan, atau tanggungjawab tambahan mahupun beban tambahan. 

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah pendapatan tambahan! Ramai betul yang matanya dikaburi dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Anda patut dapatkan pendapatan tambahan dan bukannya pekerjaan tambahan. Buka sumber pendapatan baru. 

Setiap orang ada hanphone kan sekarang ni? 


Kenapa sia-siakan? Kenapa tak jadikan handphone anda tu sebagai salah satu mesin jana pendapatan? Selama ini syarikat Telco untung berjuta-juta ringgit daripada penggunaan telco rakyat Malaysia.

Sekarang ni giliran kita. 

Kita ada peluang untuk rasa sedikit kekayaan daripada industri telekomunikasi ini. Manfaatkan lah ia. 

Tak tau lagi macam mana bisnes ini dijalankan?

Senang je. 


Muat turun panduan perniagaan Telco TERHEBAT ini. 
Continue Reading

Bro, Aku Nak Jumpa Ko Boleh?

Posted by sabree hussin on Tuesday, October 14, 2014

Sepanjang saya buat marketing untuk mempromosikan sim kad Tone Excel ini, sesekali saya akan menerima emel atau sms macam ni.

"Bro, saya nak ajak jumpa boleh?" 

"Boleh, tak ada masalah. Sebelum tu, boleh saya tanya, nak jumpa saya nanti, nak bincang pasal apa ya?" 

"Nanti boleh bincang-bincang pasal Tone Excel..."

Amboi... 

Masih tak cukup lagi ke dengan apa yang pernah saya bincangkan kat FB personal saya? 

Masih belum cukup lagi ke apa yang saya dah ceritakan dalam blog ni?

Masih belum puas hati ke dengan apa yang saya dah kupaskan pasal Tone Excel dalam blog saya yang satu lagi tu?

Masih belum lengkapkah maklumat yang anda ada tentang bisnes Tone Excel ni? 

Masih belum faham ke dengan konten yang saya dah tulis dalam ebook saya, Panduan Bisnes Tone Excel ni?

"Err... betul jugak ye... actually saya nak belajar buat marketing. Boleh ke?" 

Oh... cakap lah nak belajar buat marketing. Boleh sangat..

Apa-apa hal kena join la dulu. 

Ini tak... join pun belum lagi. Dah sibuk nak belajar buat marketing la. Nak itu la, nak ini lah... 

Hello... dulu masa saya nak buat bisnes ni, saya pun tak tau apa-apa. Banyak benda yang saya tak tau. 

Tapi dari situ, saya mula belajar sedikit demi sedikit. 

Mula-mula dulu, belajar macam mana nak tulis iklan. Bila dah belajar terus amalkan. 

Lepas tu belajar macam mana nak buat marketing menggunakan kaedah pemasaran emel. Lepas dah belajar, terus buat. Sedikit demi sedikit. 

Memang anda tak akan terus mahir dalam percubaan pertama. Tak apa. Yang penting terus kan dan jangan hilang semangat nak belajar. 

Saya tak ada masalah untuk ajar orang. But, show me that you are really serious!


Dalam bisnes ni, kerja hakiki saya ialah jual sim kad. Bukan nak kena mengajar, bukan nak kena bagi peringatan kalau anda tak top up, dan lain-lain lagi. 

Kenapa saya perlu luangkan masa saya untuk ajar anda buat marketing, sedangkan untuk waktu yang sama, saya boleh gunakan untuk buat marketing dan buat sales untuk bisnes saya sendiri. 

Itu satu hal yang ramai tak faham atau buat-buat tak faham. Anda tak ada inisiatif nak berusaha, saya anggap anda tak berminat. Bila anda tak berminat, saya tak ada masa nak push push anda.

Lebih puas hati kalau dapat jumpa face to face! 

Ok fine. 

Make sure anda standby dengan duit modal RM90. 

Kalau setakat jumpa kosong, sembang kosong, saya balik tak ada hasil, lupakan. 

Masa saya amatlah berharga.

Nak buat appointment dengan saya, pastikan ada hasil. Anda beli simkad, dan saya jual simkad kepada anda. 

Ini bukan bisnes MLM yang mana saya perlu terangkan pada anda, buat bulat-bulat, gambar rajah, bentuk piramid, carta alir dan sebagainya. 

Ini bisnes sim kad. 

Anda beli sim kad dari saya. Activate sebagai pengguna sim kad, dan seterusnya anda baca sendiri ebook yang saya tulis. 

Jangan biasakan diri, jadikan benda yang senang jadi susah. Habit tu tak sihat dan tak sepatutnya ada dalam bisnes ni. 

   

 
Continue Reading

Pengalaman Sertai Tune Talk Tone Excel

Posted by sabree hussin on Sunday, October 12, 2014

Kalau anda sertai bisnes ni sebab nak jadi kaya cepat, anda sebenarnya berpotensi untuk jadi miskin lagi cepat. 

Kalau anda fikir bisnes ni senang, anda akan kecewa bila dapati ianya tak semudah mana.

Kalau anda terpengaruh dengan untung lumayan, saya khuatir anda akan patah hati apabila anda dapati untung dalam bisnes ni hanya sen-sen sahaja.

Seorang usahawan yang bijak, dia akan meneliti terlebih dahulu, perniagaan yang ingin diceburinya. 

Bukannya main belasah je join, kemudian terkial-kial, tak tau nak buat apa. Habis semua orang yang menggunakan teknik pemasaran yang istimewa, dan lain sedikit ditirunya. 

Ya

Saya FAHAM! Bukan semua orang dilahirkan sebagai usahawan. Bukan semua orang ada bakat nak jadi usahawan. 

Ada orang, perlu melalui siri latihan yang panjang, bermula dari lepasan SPM hinggalah mencecah usia persaraan, barulah beroleh keyakinan dan keberanian untuk mula berbisnes.

Itu pun masih belum tentu lagi, dia akan berbisnes dengan sepenuh hati. Silap-silap, perasaan malu-malu tu masih tersimpan lagi. 

Bila orang tanya, "aku dengar ko buat bisnes Tone Excel sekarang, betul ke?" 

Dia boleh pulak jawab, "Eh tak la... aku saja-saja je. Anak aku ni ha, daftarkan aku, aku ikut-ikut je. Suka-suka."

Tengoklah... apabila yang berusia, yang vateran, dan yang kononnya lebih dulu makan garam pun kita tak boleh nak buat contoh, dari mana lagi kita nak belajar falsafah bisnes? 

Dari bisnes orang cina? Dari bisnes Mamak? 


=====

Pengalaman saya sertai Tone Excel. 

Oh bukan mudah. Ada banyak cabarannya. Siap pernah gagal lagi sebelum ini. 

Saya pernah rangkumkan dalam satu artikel, berjudul 10 kesalahan yang pernah saya lakukan dalam bisnes Tone Excel.

Saya harap, buat yang pernah baca artikel tu, jadikan ia sebagai pengajaran dan iktibar. Kalau tak faham dengan apa yang saya kongsikan, bertanya. 

Saya akan berusaha untuk beri penjelasan dan kefahaman kepada anda.
======

Kenapa tak sertai XOX? Kenapa mesti kembali ke Tone Excel? 

Beberapa hari sebelum saya kembali sertai Tone Excel, saya di "approach" oleh seorang kenalan di FB untuk sertai Clixster. 

Saya baca dan cuba fahami marketing plan. 

Saya ambil masa yang lama untuk FAHAM, itupun masih lagi tidak benar-benar FAHAM. 

Kemudian, saya ditawarkan pula untuk buat bisnes One XOX. Itupun dari kenalan di FB. 

Masa tu sekitar awal March 2014. 

Info tentang peluang perniagaan dan marketing plan juga masih tak jelas ketika itu. Pada waktu tu, ia agak berbeza seperti sekarang.  Alhamdulilah, sekarang info lagi mudah untuk diperolehi. 

Rakan-rakan di FB juga dah ramai yang buat bisnes telco One XOX. Bila-bila masa, jika perlu, saya boleh terus bertanya dengan mereka.

Matlamat dan misi One XOX adalah penjimatan. 

Manakala misi Tone Excel ialah untuk membantu ahlinya memperolehi financial freedom, passive and recurring income. 

Dah jelas dan tak syak lagi. 

Saya nak buat duit. 


Jadi, dah tentu saya akan pilih Tone Excel. 

===================
 
Setiap produk ada marketnya

Carilah orang yang nak kan produk kita. 

Kenal pasti orang yang mahu berurus niaga dengan kita.

Anda BERMASALAH MENTAL apabila anda menawarkan BMW kepada komuniti yang nak beli Kancil 660 2nd hand pun tak mampu. 

Faham kan? 

Kalau anda jual BMW, carilah komuniti dan pasaran yang mampu pakai BMW. Dengan ini, anda tak perlu nak dengar rungutan dan rengekan manja mereka yang tak mampu nak pakai BMW. 

Kalau difikirkan, sebenarnya mudah sahaja bisnes ni. 

Dah tu... jangan nak susah-susahkan la.


 

Continue Reading

4 Aktiviti Hujung Minggu Bantu Kembangkan Bisnes Tone Excel

Posted by sabree hussin on Saturday, October 11, 2014

Hari ini Ahad.

Hujung minggu. Untuk sesetengah tempat, hari ini adalah hari bekerja. Namun ada juga di tempat yang lain, hari Ahad merupakan hari cuti. 

Saya di Klang... Ahad adalah hari cuti. 

Soalan: Apa yang patut saya lakukan untuk memanfaatkan hari cuti seperti ini dan mengembangkan bisnes Tone Excel? 

Saya merupakan ejen sim kad Tone Excel. Untuk rakan-rakan yang berada di sekitar, Meru, Kapar, Klang dan lain-lain kawasan berdekatan, dan anda berhasrat untuk menyertai Tone Excel, anda boleh berhubung dengan saya.

1.0 Buat appointment 

Jumpa lebih ramai prospek dan bakal klien. Anda ada hari Isnin hingga Sabtu untuk set up appointment. 

Hari Ahad macam ni, anda hanya perlu susun ikut keutamaan dan mula jumpa mereka. Itupun, jika anda rasakan kaedah jumpa one on one ini sesuai dengan cara dan personaliti anda.

Kalau anda ada masa dan ada tempat yang sesuai, boleh juga open table kat mana-mana.

Yang penting, jumpalah orang nak kongsikan mengenai peluang bisnes ini kepada seberapa ramai yang boleh.

tone_excel_klang
  

2.0 Buat artikel promosi

Mungkin jumpa orang bukan aktiviti kegemaran anda. 

Tak ada masalah. Anda boleh fokus untuk hasilkan seberapa banyak artikel yang boleh dan promosikan. 

Promosi boleh dilakukan di halaman media sosial seperti 

1. Facebook 

2. Google+ 

3. LinkedIn

4. Twitter 

5. Ummaland 

6. ... dan banyak lagi

Ambil masa anda, untuk hasilkan satu artikel yang TERBAIK bagi menceritakan tentang perniagan Tone Excel anda. Jika anda benar-benar buat artikel dengan tekun dan teliti, anda tak perlu risau jika hanya ada satu atau dua artikel dalam koleksi anda. 

Artikel yang sama, anda boleh gunakan banyak kali.

Artikel yang sama, anda boleh jadikan senjata pemasaran anda berulang-ulang kali. 

Artikel yang baik, unik dan penuh pengisian dah tentu. 

Jika anda tak mampu nak jumpa orang, tak mampu nak set appointment, sempatkan diri anda untuk hasilkan artikel promosi anda sendiri.

3.0 Rancang status update selama seminggu untuk di post di FB

Fikirkan dengan sedalam-dalamnya. 

Hari Isnin nak cerita pasal apa. Ok... Isnin ni kita selalu kaitkan dengan Monday Blues. Jadi, cerita anda juga perlu berkaitan dengan emosi prospek yang ramai tak suka dengan hari isnin. 

Selasa pulak? 

Ah buat la kajian sendiri. Fahami kitaran minda dan psikologi golongan pekerja. Apa yang mereka rasa pada hari-hari tertentu.

Bagaimana perasaan mereka apabila tiba hari Jumaat?

Apa perasaan mereka apabila mereka tak dibenarkan cuti apabila menjelang musim perayaan? 

Gunakan elemen-elemen psikologi ini untuk mempromosikan bisnes ni. Anda tak tau apa lagi elemen psikologi yang anda boleh manipulasikan? Bacalah kitab 100 Rahsia Psikologi Pelanggan.

4.0 Draf emel promosi untuk tujuan broadcast 

Network saya, saya memang tekankan untuk anda guna kaedah pemasaran emel dalam pemasaran Tone Excel. 

Sebelum anda nak buat blog, 

Sebelum anda nak buat promosi all out di media social

Sebelum anda nak buat promosi laman web personal anda, 

Pastikan anda dah ada sistem autoresponder, lengkap dengan siri-siri emel follow up untuk dihantar secara automatik kepada prospek. 

Ya. 

Anda mungkin tak akan berjaya close deal dengan prospek anda hanya melalui siri-siri emel yang dihantar.

Sebab itu, dari masa ke masa, anda perlu blast emel kepada mereka. Ambil masa untuk draf emel kepada prospek anda. 

Jangan takut.

Jangan takut nak hantar emel kepada mereka. 

Buat je.

Kalau mereka tak suka dengan apa yang anda tulis, mereka boleh keluar dari mailing list anda pada bila-bila masa. 

Yang penting, JANGAN SPAM.

Bercakap pasal SPAM, ramai lagi yang tak faham, apa itu teknik pemasaran emel sebenar, dan apa itu teknik pemasaran emel SPAM. 

Kalau anda masih tak jelas, macam mana nak buat pemasaran emel, saya juga ada cerita teknik-teknik promosi menerusi emel dalam ebook saya, Jurnal Pemasaran Affiliate

Hakikatnya...

Saya boleh tunjukkan jalan macam mana nak berjaya. 

Apa yang perlu dibuat. 


Apa yang perlu diutamakan. 

Tetapi... kalau anda tak nak ikut, atau masih tak bersedia nak ikut dan sebagainya... saya tak boleh buat apa.  

Bisnes ini, bisnes anda. 

Ikut cara saya?

Kita buat online saja! 

 

Continue Reading

Bagus ke Laman Web Tone Express Untuk Promosi Tone Excel

Posted by sabree hussin on Thursday, October 9, 2014

Beberapa bulan kebelakangan ini, satu laman web mula meningkat naik dari segi popularitinya. 

Ia ibarat suatu fenomena. 

Laman web ini dikenali dengan nama Tone Express.

Khabarnya, laman web ini amat berkesan bagi membantu para ahli tone excel untuk mengembangkan lagi network tone excel mereka. 

Sedikit sebanyak, saya setuju. 

Itupun dengan syarat, ahli Tone Excel tersebut menggunakan kaedah pemasaran secara online. Tetapi, kalau dia lebih cenderung nak buat marketing secara offline... anda tak perlukan laman web tone express ini.



Jelas?

Saya juga nampak, ada pihak yang tak senang dengan penggunaan laman web ini. Ada kelihatan beberapa kekeliruan, yang ditimbulkan. Sebenarnya, kekeliruan itu dapat dielakkan, sekiranya MEREKA MEMBACA! 

Mereka TAK BACA, lepas tu mereka kata mereka KELIRU! 

Bodoh kan? 

Tapi inilah yang berlaku. Manusia... memang pelbagai. Tak mungkin kita dapat fahami satu per satu. 

Baiklah, jadi kali ini saya akan kongsikan serba sedikit komen dan pendapat saya mengenai laman web Tone Express ini. 

Sekali lagi saya tegaskan, tak ada paksaan untuk anda terima apa yang saya kongsikan dalam artikel ini. Ini adalah pendapat peribadi dari saya, setelah saya buat kajian pada laman web tone express ini. 

Pertama sekali, adakah anda lakukan promosi Tone Excel secara online?

Apa tools yang anda gunakan untuk buat marketing? 

Katalah, bagi ahli Tone Excel yang memang TAK MAHIR dalam bidang IT, tetapi mereka nak buat marketing secara online, lazimnya mereka akan bergantung harap pada laman web FB. 

That's it.

Jika rangkaian anda menyediakan laman web landing page sendiri, maka dalam hal ini anda ada dua laman web yang boleh digunakan bagi membantu usaha pemasaran anda. 

Satu laman web FB, satu lagi laman web landing page yang disediakan percuma oleh upline anda. 

Upline saya hadiahkan landing page percuma ini. Klik sini.

Adakah anda tahu dan pernah ambil tahu, berapakah kos sebenar untuk memiliki laman web anda sendiri? 

Saya ambil contoh laman web saya sendiri, iaitu Panduan Bisnes Tone Excel.

Untuk menghasilkan laman web tersebut, sekurang-kurangnya saya perlukan 

1. Nama domain dan hosting - RM100 setahun 

2. Software khas untuk bina website - RM100++

3. Sistem autoresponder - RM100 setiap bulan 

4. Kemahiran design - Tak ternilai 

5. Masa untuk kerja-kerja editing - tak ternilai
Nampak tak apa yang saya sampaikan? Bukan MURAH dan bukan MUDAH nak hasilkan laman web landing page sendiri. Setengah orang perlu berhabis ribuan RM untuk mengupah programmer untuk bina website sendiri. 

Kemudian muncul pula laman web Tone Express. 

Anda boleh gunakan laman web ini jika mahu, walaupun anda dah join Tone Excel. Namun, laman web ini TIDAK DIBERI PERCUMA. Anda kena BAYAR! 

Alahai... bayarannya bukan mahal sangat pun. RM10 sahaja dan anda akan memperolehi link khas yang mengandungi id anda. 

Anda boleh mula mempromosikan bisnes Tone Excel anda dengan bantuan laman web Tone Express ini. 

Satu lagi keistimewaan laman web ini ialah, ia turut menawarkan sistem referral! Mana-mana ahli yang dah berdaftar, boleh mempromosikan laman web ini kepada orang ramai yang berminatnak guna laman tone express dalam usaha pemasaran mereka. 

Jika mereka nak guna, mereka juga perlu bayar RM10. Bayaran perlu dibuat kepada Admin.

Apa jadi pada yuran pendaftaran RM10 tu? 

Sebenarnya, duit itu tak ke mana. Ia akan digunakan semula untuk membayar ahli Tone Express yang aktif mempromosikan laman web dan berjaya mendapat ahli baru.

RM10 itu akan jadi imbuhan. 

Apa jadi kalau anda berjaya 'jual' hak menggunakan laman web tone express kepada 10 orang? 

Ya! 

Anda akan dapat komisyen yang lagi tinggi. 

RM10 x 10 = RM100

Dah cukup untuk anda dapat modal untuk beli stok simkad yang baru. 

Ini berbeza sama sekali dengan lain-lain landing page... yang mana ia diberi percuma, dan anda tidak mendapat sebarang faedah apabila mempromosikan landing page yang anda sedang gunakan. 

Sebab itu, walaupun anda belum join Tone Excel, anda boleh sertai Tone Express dan dapatkan modal dengan membantu admin mempromosikan laman web ini. 

Jika anda dah cukup modal kemudian hari, anda dah boleh gunakan duit tu untuk jadi modal join Tone Excel.

Sebab itu, ada yang kata, anda kini boleh join Tone Excel dengan modal serendah RM10 sahaja. 

Mungkin ayat tu yang mereka keliru... Sebabnya? Mereka tak baca habis dan tak kaji. 

Memanglah keliru. 

Baiklah, sekarang anda dah baca, anda dah faham, kan?

Promosi bisnes ini saya jalankan secara online. Saya tidak hanya bergantung pada satu laman web semata-mata. 

Ada banyak lagi laman web yang saya gunakan untuk bantu mempromosikan bisnes ini.



     

 
Continue Reading

Salam Perkenalan Dari Tone Excel Klang

Posted by sabree hussin on Monday, October 6, 2014

Alhamdulilah... 

Akhirnya laman web khas untuk saya berkongsi cerita tentang bisnes Tone Excel kini LIVE!

Nama dipilih Tone Excel Klang, sempena nama tempat kediaman dan kelahiran saya, iaitu di Klang. 

Semoga dengan wujudnya laman web ini, proses penyampaian maklumat yang tepat dan BENAR dapat sampai kepada penduduk dan warga klang.

Saya juga akan sedaya upaya akan menyalurkan informasi-informasi yang terbaik untuk makluman dan rujukan anda. 

Tiada sebarang paksaan untuk anda sertai saya sebagai pengguna sim kad Tone Excel dan pada masa yang sama mengambil peluang ini untuk menjadi dealer bagi simkad Tone Excel. 

Pilihan 100% terletak di tangan anda.


Saya faham... 

Anda mungkin berbelah bahagi nak jadi pengguna dan jadi pengedar sim kad Tone Excel. 

Saya tak salahkan anda. 

Mungkin ada terlalu banyak perkara berlegar di fikiran anda. 



Saya nak kongsikan pada anda, testimoni pengguna sim kad ini.

Setiap orang tak akan dapat hasil yang sama. 

Jika anda hanya ingin jadi pengguna, anda dapat keuntungan dalam bentuk FREE Kredit. 

Jika anda sasarkan untuk tambah pendapatan, tak usah hairan jika anda berjaya dapat income RM500 dan semakin meningkat setiap bulan. 

Semuanya boleh dicapai apabila anda menjadi pengguna talian Tune Talk melalui sim kad Tone Excel. 

Jika anda masih belum jelas tentang perjalanan bisnes ini dan anda inginkan panduan dalam bentuk ebook, boleh muat turun di laman web saya ini. 

Klik: Panduan Pengedar Sim Kad Tone Excel

Jika anda berada di sekitar Klang, anda boleh set appointment dengan saya. 

In Shaa Allah saya akan beri penerangan kepada anda dengan lebih lanjut lagi.

Bookmark blog ini untuk anda dapatkan lagi banyak perkongsian tentang Tone Excel. 

      
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...