Pengguna Sim Kad Tone Excel Dengan IDP 600,000 Dah Dikenalpasti

Posted by sabree hussin on Friday, December 5, 2014

Beberapa hari kebelakang ni saya agak sibuk sedikit. 

Sengaja saya "keluar" sejenak dari dunia online ke dunia offline. Mencuba sesuatu yang baru.

Kadang-kadang tu, kita perlu cuba sesuatu yang kita tak pernah lakukan. 

Ya 

Bisnes Tone Excel ini, kalau mahu, memang kita boleh jalankan dengan bantuan laptop dan internet semata-mata. 

Update status di facebook setiap masa. 

Buat blogpost terbaru di blog dan sebagainya. 

Boleh juga buat macam tu. Dan ramai yang berjaya dapat sales dengan cara ini. Saya juga biasa dapat sales dengan cara ini. 

Cuma akan tiba satu masa, kita nakkan satu kelainan. Yang penting tu ialah "Human Touch" agar kita rasa seperti kita benar-benar berurusan dengan insan. 

Bukan robot, bukan mesin. 

Okeh sepanjang bulan November yang lalu, saya sibuk buat marketing secara online dan juga secara offline. Kalau sebelum-sebelum ini saya asyik buat online je, bulan November saya nak pelbagaikan. 

Secara asasnya, saya sibuk buat sales. 

Karang nanti menulis pum pang pum pang, macam hebat sangat, tapi sendiri punya sales suam-suam kuku. Jadi tak syok jugak. 

Kalau pandai tulis, pandai bagi tips, kena pandai juga buktikan, yang tips yang diberi tu memang boleh pakai. 

Baiklah, seperti yang saya kongsikan di tajuk artikel ini, pemilik IDP 600,000 dah pun muncul di Tone Excel. 

Wow

Lihatlah buktinya... 

  
Terus terang saya kata, bukan calang-calang orang yang sanggup dan berani bertukar ke sim kad Tone Excel ini. 

Sememangnya ia memerlukan keberanian yang tinggi! 

Apa tidaknya, setelah anda menjadi simkad Tone Excel, anda akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan. Ada ke Telco lain yang menawarkan program keusahawanan macam yang di offer oleh Tone Excel ini? 

Tak ada. 

Kebanyakkannya nak suruh kita jadi pengguna sahaja. Dia bagi kita caj yang murah-murah supaya kita puas hati dan guna je tanpa ada banyak soalan. 

Walhal, setiap bulan kita menyumbangkan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada syarikat Telco. Tapi itu semua kita tak perasan, dan mereka juga tak nak kita tahu semua tu. 

Sebab itu syarikat Telco merasuah anda dengan memberi caj yang murah. 

Ramai terpedaya dengan JIMAT sedangkan kat Tone Excel, anda bukan sahaja akan dapat JIMAT malahan sesuatu yang lebih baik dari itu. Anda boleh jana pendapatan. 

Beberapa minit sebelum entri ini saya catatkan, saya baru sahaja mendaftarkan seorang pengguna baru sim kad Tone Excel. 

Nak tau berapa IDP dia? 

600,445


Memang cukup pantas! 

Dalam masa beberapa jam (atau mungkin beberapa minit) sahaja, dah bertambah lagi pengguna baru sehingga 445 orang. 

Laju kan? 

Mereka ini semua nampak peluang. 

Bukan ke lagi bagus bila kita topup kita dapat FREE kredit dan pada masa yang sama kita juga akan dapat rebate sebanyak 3 - 7%? 

Kalau sekadar nak jadi pengguna biasa pun ada banyak kelebihan. Kalau tak minat nak jalankan program ini, simple. 

Tak payah buat. 

Janji simkad tu tukar je simkad Tone Excel

 
 
Continue Reading

Bro, Boleh Bagi Tips Nak Promosi Tone Excel?

Posted by sabree hussin on Monday, December 1, 2014

Tips nak promosikan sim kad Tone Excel... Hmmm...

Pada satu masa dulu, saya pernah beli sebuah buku berjudul "101 Ways to Promote Yourself - Tricks of the Trade for Taking Charge of Your Own Success by Viz-Ability Marketing Expert"

Rasanya dah bertahun-tahun jugak buku ini berada dalam simpanan saya... dan seingat saya, sekali pun tak pernah saya habis khatam baca buku ini. 

Percubaan untuk baca buku ini terhenti hingga ke muka surat yang ke 72 sahaja. (buku ini keseluruhannya mengandungi 393 muka surat)

Sesungguhnya saya dah berlaku zalim pada diri saya sendiri. Saya gagal untuk menambahkan ilmu, sedangkan segala jenis buku yang diperlukan sentiasa ada bersama saya. 

In fact, kalau di google soalan macam mana nak buat promosi tu sendiri, akan keluar macam-macam recommendation tentang macam mana cara dan teknik sebenar untuk buat promosi. 

Kelemahan kita adalah untuk fokus dalam menuntut ilmu. 

Bukan itu sahaja, malahan lepas dah dapat ilmu tu... masih lagi bermasalah dari segi implementation

Belajar beriya-iya. Coaching sana sini. Datang seminar, bengkel, tanya sifu macam-macam soalan, tapi bila tiba part untuk ambil tindakan... hambar pulak. 



Baiklah, dalam buku yang sama, saya merujuk kepada muka surat 71, ada diceritakan tentang strategi menganjurkan kontes bagi tujuan promosi.

Soalan: 

1. Siapakah yang akan jadi pemenang bagi kontes yang dijalankan? 

2. Apakah kriteria yang anda cari untuk menentukan siapa pemenang? 

3. Bagaimana pemenang dipilih? 

Jawapannya...

Tak kisah apa kontes sekalipun yang anda ingin anjurkan, PASTIKAN PEMENANGNYA ADALAH ANDA! 

Ini bukan bermaksud anda perlu take part dalam kontes yang anda anjurkan.

... bukan juga bermaksud anda perlu hantar wakil yang mewakili diri anda, dan secara licik anda menetapkan pemenang adalah wakil anda tu sendiri. 

Bukan... bukan itu maksudnya. 

Sebaliknya, anda perlu pastikan, jika modal untuk menjalankan kontes ini ialah RM500... dipihak anda, anda berupaya untuk pulang modal dan dapat semula keuntungan at least dua kali ganda. 

.

..

...

Tak kira siapa yang menang dalam kontes tersebut, pastikan anda dapat untung berkali ganda. 

Anda dapat exposure. 

Anda lebih dikenali. 

Anda dapat lebih publisiti. 

Anda dapat recognition dan macam-macam lagi... dan jika hasil daripada kontes tersebut, anda berjaya dapat downline baru... Wow itu satu bonus untuk anda.

... dan berkenaan persoalan kontes yang bagaimana yang perlu anda anjurkan, itu terpulang pada kreativiti dan kebijaksanaan anda. 

Its time to hit the web and do some research.

Ada atau tidak cara senang nak buat promosi yang terbukti berkesan boleh dapat sales dalam bisnes Tone Excel ini? 

Saya ditanya soalan tersebut. 

Jawapan saya... memang ada. 

Dan step yang diperlukan sebenarnya tak sampai 10 step. To be exact, ia hanya memerlukan 5 step sahaja. 

Nak tau apa step-stepnya? 

Sila teruskan pembacaan... 


Step pertama: Buat prospecting 

Istilah prospecting sebenarnya adalah perkataan Inggeris yang bermaksud mencari prospek ataupun bakal pembeli.

Secara jujurnya, selain ahli keluarga, saya tak pernah tegur orang yang saya tak kenali secara berdepan-depan untuk mempromosikan sim kad Tone Excel ini. 

Jika anda ingin dapatkan ilmu, macam mana nak bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali (stranger) dan untuk dapatkan tempahan dari mereka serta nak ajak mereka jadi downline anda, ilmu tu memang saya tak tahu. 

Yup... sorry to disappoint you! 

Kepakaran saya adalah untuk buat marketing secara online. Itu yang saya buat selama ini. 

Saya tahu macam mana nak approach mereka yang berada beratus-ratus kilometer dari saya, sama ada mereka yang berada di Sarawak, Kedah, Perlis, Terengganu, Melaka, Perak dan sebagainya untuk join network saya. 

Itu saya tahu macam mana nak buat. 

Dan jika anda join network saya, anda "terpaksa" belajar macam mana nak buat seperti yang saya buat. 

Semuanya bermula dengan kerja-kerja prospecting. 

Yang membezakan antara seorang top seller dengan mereka yang biasa-biasa atau yang langsung tak ada sales ialah "prospecting" 

Kalau anda tak cari prospek, bagaimana anda nak dapat sales? Adakah cukup hanya dengan bercerita tentang Tone Excel 24 jam setiap hari di wall FB sendiri? 

Jawapannya ada di member area apabila anda log in ke dalam akaun ewallet anda sendiri. 

Jika setiap hari jumlah Level 1 anda makin berkembang, bermakna cara anda BETUL. 

Tetapi jika tak ada perubahan walaupun dah berbulan-bulan lamanya anda join Tone Excel, bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan method yang anda gunakan. 


Step Kedua: Simpan data dan maklumat prospek dalam sistem database 

Anda dah bersusah payah buat prospecting. 

Saya ambil contoh, let say anda telah berjaya dapat 2 orang prospek setiap hari tanpa gagal selama 30 hari... selepas 30 hari, ada berapa ramai prospek yang anda berjaya cari? 

Simple math kan... jawapannya ialah 60 orang. 

Adakah kesemua 60 orang ini akan segera sertai anda? Nope. No way.

Some will say yes, some will say no. Some will say maybe later.

Kalau mereka terus kata, Yes anda untung. 

Kalau mereka kata No, anda untung. Sebabnya anda tak perlu buang masa nak layan mereka lagi. Lagipun mereka dah buat keputusan. 

Masalahnya ialah, rata-rata prospek kita berada dalam kelompok yang akan kata Maybe Later. Untuk prospek dalam kelompok ini, tak boleh tidak, kita kena sentiasa follow up mereka. 

Sebab tu anda perlu masukkan mereka dalam sistem database. 

Tujuannya tak lain dan tak bukan semata-mata bagi memudahkan anda untuk buat follow up dengan mereka ni di kemudian hari. 

Untuk ini, saya gunakan sistem autoresponder. 

Anda boleh baca: 

1. Review sistem autoresponder PERCUMA Emelmatik 

2. 10 Sebab kenapa saya guna sistem autoresponder Aweber 


Kalau anda ingin fokuskan kerja-kerja pemasaran secara online sahaja, maka tools ini adalah tools wajib ada.


Step ketiga: Follow Up Prospek Anda

Sekarang ni anda dah pun ada sistem autoresponder. 

Anda juga dah ada senarai emel prospek anda. 

Apa lagi nak kena buat? Follow up la. 

Follow up sampai mereka join Tone Excel atau sampai mereka keluar sendiri dari sistem autoresponder anda.

Selagi mereka masih ada dalam sistem autoresponder anda, bermakna mereka masih berminat nak dengar tawaran-tawaran anda. 


Step keempat: Berikan Tawaran Irresistible Offer 

Fikirkan... satu tawaran yang sukar untuk dilepaskan. 

Satu tawaran, yang buatkan prospek anda tak teragak-agak untuk sertai Tone Excel menerusi network anda. 

Mungkin dengan sertai network anda, prospek anda tu nanti boleh dapat keistimewaan yang tak mungkin dia boleh dapat jika dia sertai network orang lain. 

Apa dia yang anda boleh tawarkan...?

Fikirlah. 


Step kelima: Ulang step pertama hingga keempat 

Itu sahaja. 

Buat apa yang berkesan, dan tinggalkan terus teknik yang langsung tak berkesan. 

As simple as that. 

Apalah gunanya duk ulang-ulang guna strategi yang sama, sedangkan strategi yang kita guna selama ini cuma sedikit keberkesanannya. 

Bisnes ni simple namun saya sendiri dah banyak kali jumpa ejen Tone Excel yang sengaja menyusahkan bisnes ni dan menyusahkan diri sendiri.

Adakah strategi lima langkah ni benar-benar berkesan? 

Hmm... kalau saya kata, dengan strategi ini sekurang-kurangnya anda boleh tambahkan 10 orang downline baru setiap bulan di level 1 satu anda, anda rasa ia berkesan atau tidak? 


 
    

        
  

 
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...