Bisnes Tone Excel Juga Ada Haters!

Posted by sabree hussin on Tuesday, February 17, 2015

Sebenarnya bukan sekadar bisnes Tone Excel

Malahan dalam apa jua perniagaan sekalipun, pasti akan ada haters. Pasti akan ada je yang tak kena pada pandangan mata orang lain. 

Perkara ni terlalu subjektif. 

Tak ada haters yang akan mengaku dirinya Haters. Kadang-kadang saya rasa, haters dan keyboard warriors ni sebenarnya tak banyak bezanya. 

Mereka muncul ditempat-tempat yang mereka tak diperlukan. 

Mereka menyuarakan pandangan dan melontarkan soalan, bukan dengan niat untuk dapatkan jawapan, tetapi sekadar untuk mempersoalkan. 

Setiap persoalan akhirnya menjurus kearah perdebatan yang tak akan ada kesudahan.

.

..



Kalau dalam bisnes Tone Excel ni, antara soalan yang popular yang sengaja nak dibahaskan ialah berkenaan dengan polisi insurans percuma yang diberikan secara percuma apabila pengguna simkad Tone Excel maintain topup sebanyak RM50 setiap bulan. 

Nota: Perlindungan akan berkuat kuasa pada hari ke 61 atau pada bulan ketiga setelah pengguna maintain topup setiap bulan RM50

Benda selalu disalah ertikan. 

Si jahil terus meloncat dan mengatakan Tone Excel ni tak patuh syariah sebabnya menghadiahkan perlindungan Insurans kepada penggunanya yang topup RM50 minima setiap bulan. 

Walhal benda ni percuma. 

Anda nak atau tak nak, ia diberi secara percuma. Perumpamaannya ibarat anda mendapat insurans percuma yang disediakan oleh majikan secara berkelompok. 

Belum tentu majikan akan sediakan pelan Takaful, mungkin majikan mencarum dengan syarikat insurans dan setiap staff adalah dilindungi oleh pelan perlindungan tersebut. 

.

..

Katakanlah, selepas 5 bulan anda bekerja, satu hari anda ditimpa musibah dan anda layak untuk claim insurans. Sekarang ni, anda tak pernah bayar apa-apa untuk dapatkan insurans, tetapi syarikat tempat anda bekerja yang hadiahkan perlindungan insurans tersebut kepada anda. 

Pada ketika itu, anda ada pilihan, sama ada nak buat tuntutan ataupun tidak. Itu hak anda. 

Kalau anda was-was dan tak yakin dengan kehalalan duit insurans tersebut, maka anda tak perlu buat sebarang tuntutan atau claim. Sebaliknya, jika anda berpegang pada pandangan insurans tersebut adalah HARUS kerana ia diberikan secara percuma oleh majikan dan anda tidak mencarum untuk mendapatkan perlindungan tersebut, maka anda boleh claim insurans tersebut tanpa risau melanggar sebarang hukum syariah. 

Apa pun, jika anda masih blur blur mengenai topik ini, maka saya amat menggalakkan anda baca buku-buku berkenaan dengan kewangan Islam dan sistem perniagaan Islam. 

Zaman sekarang ni, saya dah tengok terlalu ramai ustaz dan ustazah Internet, memandai-mandai jatuhkan hukum berlandaskan ilmu agama yang dia sendiri dapat dari internet. 

Orang macam ni ada baaaanyak. 

Mereka bukan bercakap dan menjatuhkan hukum berdasarkan landasan ilmu, sebaliknya bersandarkan nafsu. 

Saya bukanlah seorang yang sempurna serba serbi dari segi ilmu keagamaan hinggalah ilmu kewangan dan sistem perniagaan Islam. Saya juga masih lagi belajar, dan menelaah kitab-kitab yang dikarang oleh mereka yang mempunyai kredibiliti untuk memberi hujah.

.

..

Apa pun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Jika anda rasakan Tone Excel ini tak sesuai untuk anda, maka anda boleh cari peluang lain yang sesuai dengan anda. 

Tak perlu susah payah nak keluarkan fatwa dan pendapat merapu. Anda bukan sahaja mengelirukan orang lain, bahkan anda sendiri bakal buatkan diri anda makin keliru dengan ilmu yang tak seberapa yang anda miliki. 


.

..

Jom dapatkan simkad Tone Excel dari saya dan sertai level 1 saya. Dapatkan disini.  
Continue Reading

Soalan Berkaitan Pos Laju Untuk Pos Simkad Tone Excel

Posted by sabree hussin on Sunday, February 15, 2015

Cerita yang saya nak kongsikan kali ni adalah berkaitan dengan hal-hal penghantaran dan pengeposan simkad Tone Excel

Memandangkan kebanyakkan pelanggan yang saya dapat adalah dari serata Malaysia, jadi nak tak nak memang saya perlu gunakan perkhidmatan penghantaran. 

... dan yang paling popular adalah Pos Laju. 

.

..

1) Adakah pos laju menawarkan perkhidmatan pos secara percuma?

Soalan ni pernah diajukan kepada saya. 

Mungkin juga si penanya tu tak biasa dengan hal-hal penghantaran dan pengeposan simkad. 

Kalau anda layari salah satu laman jualan saya, iaitu 

1. http://tawaran-toneexcel.blogspot.com 

2. http://www.sabreehussin.com/toneexcel

Saya ada menawarkan servis penghantaran secara percuma.

Ada yang tanya kat saya, macam mana saya boleh bagi penghantaran percuma? Adakah pos laju menyediakan servis penghantaran percuma tu?

.

..

Jawapannya... TIDAK. 

Servis penghantaran percuma tersebut adalah ditaja oleh saya sendiri

Ya

Saya keluarkan duit poket saya sendiri untuk duit pos. Anggaplah macam FREE gift sebab anda membeli simkad dari saya dan nak join rangkaian saya. 

Jadi, kalau next time nak beli lagi, kenalah bayar kos penghantaran sebanyak RM6 tu. Ok? Jelas?





2) Ada beza ke kalau pos simkad waktu pagi dengan waktu petang?

Biasanya saya akan pos simkad waktu petang. 

Kenapa tak pos waktu pagi? 

Salah satu sebabnya ialah saya nak tunggu order pada hari tu. Jadi, bila pos petang saya boleh pos sekali harung pada hari yang sama. 

Berbeza kalau pos waktu pagi. 

Nanti tengahari bila dapat order, saya nak kena pos sekali lagi. Jadi macam tak syok la, nak kena pergi pos laju dua tiga kali. 

Tapi yang jadi persoalannya ialah... "Adakah ada beza bila pos waktu pagi dengan pos waktu petang?"

"Adakah kalau kita pos waktu pagi, barang akan sampai lebih awal berbanding bila kita pos waktu petang?" 

"Adakah pos laju akan collect barang-barang yang kita hantar ke pusat pengumpulan barang dua kali sehari? Satu untuk mereka yang pos waktu pagi, dan sesi seterusnya untuk mereka yang pos waktu petang?" 

Misteri betul, kan.

Memandangkan saya sendiri pun tak tau apa jawapannya, jadi terpaksalah saya tanya pada staf yang jaga dikaunter. Nak tau apa jawapan yang saya dapat?

.

..

Ah panjang pulak ceritanya nanti. 

Saya ringkaskan. 

Jawapannya ialah... "TAK ADA BEZA." 

Pos awal pagi, barang akan dikumpulkan dan waktu lewat petang nanti baru barang-barang akan dihantar ke hub pos laju untuk proses selanjutnya.

Pos petang pun sama, barang yang dipos akan dihantar sama dengan barang-barang yang di pos pada waktu siang. 

Eh, faham ke ni? 

(Kalau tak faham, baca la ayat saya tu dua tiga kali. Asalkan anda dapat capai kesimpulan yang sebenarnya ia tak ada beza pun)


3) Selamat ke guna perkhidmatan dari Pos Laju? Barang tak hilang ke?

Setiap barang yang di pos menggunakan perkhidmatan pos laju, akan disertakan bersamanya tracking number. 

Jadi, anda pun boleh semak sendiri apa status penghantaran anda. Kalau agak-agak macam lama sangat barang tak sampai-sampai, semak je tracking number tu. Apa sebenarnya yang dah jadi pada item tersebut. 

.

..

Dari segi keselamatan barang ni pulak, buat masa ni tak pernah lagi jadi barang yang di pos ni hilang. 

Kalau rosak, mungkin saya pernah alami sekali. Rosak ni pulak subjektif. Kadang-kadang barang tu rosak sebab kita sendiri yang cuai bila wrap barang tu. 

Kalau dah tahu barang yang kita nak hantar ni mudah pecah, mudah rosak, balutlah cantik-cantik. Gunakan banyak-banyak bubble wrap. Guna polisterin dan apa-apa lagi yang sesuai. 

.

..

Part keselamatan lagi. Pos laju tak akan sesuka hati berikan barang yang dihantar kepada sesiapa. Mereka juga tak akan tinggalkan barang yang dihantar dalam peti surat atau kat depan pintu. 

Mesti kena ada someone untuk terima barang tersebut. 

Jadi, kalau order barang tu, kena pastikan, alamat yang kita bagi tu, ada orang yang tunggu. Sebabnya, kalau kenderaan pos laju dah sampai, kemudian tak ada sesiapa yang tunggu dan terima barang, pihak pos laju akan simpan barang tersebut. 

Penerima terpaksa datang sendiri ke kaunter dan collect barang tersebut.

... dan dalam masa 14 hari, jika masih tak dituntut oleh penerima, barang tersebut akan dipos semula kepada penghantar.

Oleh sebab tu, jika rumah kita ni selalu tak ada orang pada waktu siang, dan masa kita lagi banyak dihabiskan kat tempat kerja, gunalah alamat ofis. Kan itu lagi senang. 

.

..

Baik, itulah dia serba sedikit yang saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat laman web Tone Excel Klang sekalian. 

Harap-harap informasi yang anda baca ini berguna untuk anda. 

Salam kejayaan, 


Sabree Hussin 
http://www.sabreehussin.com
 

  

 
Continue Reading

Pembayaran komisyen Kedua dan Ketiga dari ToneXpress

Posted by sabree hussin on Wednesday, February 11, 2015

Selain Tone Excel, satu lagi program yang rajin membuat bayaran kepada saya ialah program ToneXpress.

Awal-awal dulu, saya juga agak skeptikal. 

Boleh kata agak ragu-ragu jugaklah nak join ToneXpress ni. Macam-macam perkara yang bermain dalam kepala ni. Risau pun ada... 

Pertama, saya risau bila saya join ToneXpress nanti saya terpaksa beli simkad Tone Excel baru dan wajib daftarkan simkad tersebut dengan upline yang baru!

.

..

Rupa-rupanya kerisauan saya tu tak berasas langsung. Sebenarnya semua yang dah jadi ahli Tone Excel boleh join ToneXpress dan promosikan laman web tersebut. 

Fungsi laman web tersebut pun lebih kurang sama macam lain-lain web replika yang disediakan oleh leader-leader Tone Excel untuk downline atau network masing-masing. 

Bezanya ialah, tak kiralah walau di network mana anda berada, anda masih tetap boleh gunakan laman web ToneXpress untuk mempromosikan Tone Excel. 

.

..

Kalau setengah network, dia tak akan kongsikan landing page atau web replika yang rangkaian mereka hasilkan kepada orang lain. Kalau nak pakai yang sama, kenalah join rangkaian mereka tu dulu. 

Jadi kat situ kita boleh lihat, web replika adalah sesuatu yang unik dan hanya eksklusif untuk rangkaian yang sama sahaja. 

Saya sendiri ada beberapa web replika yang saya hasilkan khusus untuk rangkaian saya sahaja. Tak kisahlah walau berapa rangkaian lain nak bayar untuk guna web yang saya guna, saya tetap tak akan kongsi ha ha 

Kedekut kan? Well... ini cara saya jaga network saya, dan jadikan network saya ni benar-benar lain dari yang lain dan eksklusif. 

.

..

Ok kali ni sebenarnya saya nak kongsikan screenshot bayaran yang saya terima dari ToneXpress. 

Bayaran kali kedua saya terima adalah pada 6 Januari 2015 dan bayaran tersebut adalah sebanyak RM78 



Not bad. 

Untuk hasil kerja promosi yang agak sambil lewa dan main-main, alih-alih dapat bayaran pulak.

Cara saya promosi pun tak glamor mana. Cuma menaip dalam blog ni, bila saya ada masa. Ah... kalau tak ada masa pun saya akan cuba cari masa untuk menulis tentang ToneXpress dalam mana-mana satu blog yang saya hasilkan.

Ini pulak adalah komisyen ketiga dari ToneXpress yang selama sampai ke akaun saya. 



Boleh kata agak baru jugaklah komisyen ni saya terima. 

Kalau ikut pada tarikh catatan ni saya buat, komisyen ni saya terima pada hari semalam, iaitu 10 Februari 2015. 

Untuk tahun 2015 ni, dah setiap bulan saya dapat cash out komisyen dari ToneXpress. 

.

..

Baiklah, jadi kesimpulan yang saya nak sampaikan ialah, program ToneXpress ini memang benar-benar membayar ahlinya. 

Buat masa ni, masih belum pernah lagi dengar berita dari mana-mana sumber yang program ini tak bayar ahli-ahli yang berjaya buat sales. 

Hmm... kalau satu hari nanti program ni dah tak bayar ahlinya macam mana? 

Maknanya owner program ni ada masalah.

Mungkin ada masalah besar. Tak apa, kita slow talk dulu dan cuba tanya apa agak-agaknya punca. 

Harap-harap dari segi pengurusan, wang masuk dan keluar, semuanya dapat dijalankan dengan lancar. 

Apa pun, terima kasih saya ucapkan sebab anda dah baca catatan yang saya tulis ni. 

Jadi, apa tunggu lagi? 


Siapa tahu, lepas ni anda pulak yang akan dapat komisyen! 

  
  
Continue Reading

Dapat Jual 114 Simkad Tone Excel Dalam Masa Sebulan. Macam Mana Dia Buat?

Posted by sabree hussin on Thursday, February 5, 2015

Dengar cerita, nak buat bisnes Tone Excel ni SUSAH... Betul ke?

Kalau betul buat bisnes Tone Excel ni susah, apa sebabnya? dan kalau bisnes Tone Excel ni MUDAH... Macam mana ia boleh jadi mudah? 

Adakah ia susah sebab kita sendiri yang jadikan ia complicated dan memeningkan kepala?

Jom kita tengok carta ni... 


Anda kata susah... 

Tetapi... kenapa ada je orang yang boleh buat sales sampai seratus lebih simkad dalam masa sebulan? 

Oh ya, buat yang tak berapa faham dengan carta kat atas ni, ia sebenarnya di update sebulan sekali. Carta Top Sponsor ini dikira dalam masa sebulan. 

.

..

114 simkad dalam masa sebulan. 

Ini bermakna, secara purata beliau menjual 3 - 4 simkad dalam masa sehari. Persoalannya, apa agaknya strategi dan teknik yang digunakan untuk mendapatkan jualan yang sedemikian rupa?

.

.

Adakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan jualan simkad Tone Excel tu susah atau mudah?

Adakah prospek Tone Excel yang diperolehi tu datang dari kerja-kerja pemasaran online, atau pun beliau hanya buat pemasaran secara offline?

.

..

Susah sebab kurang ilmu 

Ya

Saya berpendapat itulah sebabnya, kenapa anda rasa bisnes ni macam susah je.

Saya bukan kata anda tak ada ilmu, TETAPI kekurangan ilmu. 

Kalau anda target nak jual simkad ini, macam mana pun anda kena ada ilmu menjual. 

Kalau anda niat untuk berkongsi sahaja kelebihan dan kebaikkan menjadi pengguna simkad ini, maka anda perlukan ilmu komunikasi. 

Kalau anda  nak buat marketing secara dalam talian, maka anda juga perlukan ilmu. 

Konsep pemasaran secara online ni sangat meluas. Ia bukan sahaja tertumpu pada pemasaran menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun twitter semata-mata. 

Konteksnya lebih luas lagi. 

Apa yang saya sebutkan tadi, iaitu Facebook, Twitter, Instagram... itu semua adalah platform pemasaran sahaja. 

Serbi sedikit, anda perlu juga tahu tentang konsep pemasaran. Asas pemasaran. Apa yang pelanggan atau prospek anda fikirkan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk? 

Adakah mereka akan terus membeli setelah mendengar tawaran anda, ataupun mereka akan window shopping terlebih dulu dan mencari best offer yang dia boleh perolehi.

.

..

Susah sebab tak buat

Sebenarnya banyak juga yang saya jumpa, yang kata bisnes ni susah sebab DIA TAK BUAT PUN.

Dia ni asyik fikir-fikir, macam mana nak buat? Macam mana nak buat ayat iklan? Macam mana nak cari modal? Macam mana nak buat ayat iklan paling power? Macam mana nak bina rangkaian Tone Excel di Seluruh Malaysia? 

Macam mana? Macam mana? Macam mana?

Semua benda dia nak fikir dalam satu masa. 

Bukanlah saya maksudkan berfikir tu tak bagus... Sebenarnya berfikir tu bagus. Namun, ia juga perlu disertakan sekali dengan tindakan. 

Asyik-asyik dengan fikir, fikir, fikir dan terus fikir... 

Buat aje lah. 

.

..

Saya percaya semua orang tahu konsep bisnes ni sebenarnya mudah sahaja. Kita hanya SHARE kebaikkan dan kelebihan tentang bisnes ni.

Lagipun, tak kan lah korang tak diberitahu oleh mereka yang perkenalkan bisnes ni kepada anda. 

Jadi, kenapa masih tak boleh buat? 

Mungkinkah sebenarnya anda sendiri yang menjadikan bisnes ni rumit? Saranan saya, jangan terlalu terikut-ikut dengan kaedah orang lain. 

Ada orang dia selesa dengan berpromosi di facebook sahaja. Ia lebih santai dan bila nak close deal dengan prospek pun hanya perlu PM sahaja. 

Ada orang lebih selesa buat marketing menggunakan blog. Macam saya sendiri, saya lebih selesa guna pendekatan blogging. Entahla.. saya rasa ia lebih personal berbanding bila saya menulis di FB. 

Kalau menulis kat FB tu, saya rasa macam tak berapa puas... haish... jadi buat apa saya nak buat sesuatu yang saya sendiri rasa kurang puas? Kan lebih baik saya fokuskan je kat perkara-perkara yang saya selesa nak buat dan terbukti memberikan hasilnya. 

.

.. 

Baiklah, jadi sebagai penutup artikel ni... silalah ambil inisiatif untuk upgrade diri dengan ilmu. Ada macam-macam ilmu kat luar sana. Ada ilmu yang bermanfaat, dan ada ilmu yang sia-sia. 

Maka beruntunglah mereka yang mencintai ilmu dan sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu. 

Pakej RM100 yang saya perkenalkan ini juga didatangkan dengan pakej ILMU. KLIK SINI UNTUK LIHAT KANDUNGAN PAKEJ RM100 





    
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...