Cerita yang saya nak kongsikan kali ni adalah berkaitan dengan hal-hal penghantaran dan pengeposan simkad Tone Excel.
Memandangkan kebanyakkan pelanggan yang saya dapat adalah dari serata Malaysia, jadi nak tak nak memang saya perlu gunakan perkhidmatan penghantaran.
... dan yang paling popular adalah Pos Laju.
.
..
1) Adakah pos laju menawarkan perkhidmatan pos secara percuma?
Soalan ni pernah diajukan kepada saya.
Mungkin juga si penanya tu tak biasa dengan hal-hal penghantaran dan pengeposan simkad.
Kalau anda layari salah satu laman jualan saya, iaitu
1. http://tawaran-toneexcel.blogspot.com
2. http://www.sabreehussin.com/toneexcel
Saya ada menawarkan servis penghantaran secara percuma.
Ada yang tanya kat saya, macam mana saya boleh bagi penghantaran percuma? Adakah pos laju menyediakan servis penghantaran percuma tu?
.
..
Jawapannya... TIDAK.
Servis penghantaran percuma tersebut adalah ditaja oleh saya sendiri.
Ya
Saya keluarkan duit poket saya sendiri untuk duit pos. Anggaplah macam FREE gift sebab anda membeli simkad dari saya dan nak join rangkaian saya.
Jadi, kalau next time nak beli lagi, kenalah bayar kos penghantaran sebanyak RM6 tu. Ok? Jelas?
2) Ada beza ke kalau pos simkad waktu pagi dengan waktu petang?
Biasanya saya akan pos simkad waktu petang.
Kenapa tak pos waktu pagi?
Salah satu sebabnya ialah saya nak tunggu order pada hari tu. Jadi, bila pos petang saya boleh pos sekali harung pada hari yang sama.
Berbeza kalau pos waktu pagi.
Nanti tengahari bila dapat order, saya nak kena pos sekali lagi. Jadi macam tak syok la, nak kena pergi pos laju dua tiga kali.
Tapi yang jadi persoalannya ialah... "Adakah ada beza bila pos waktu pagi dengan pos waktu petang?"
"Adakah kalau kita pos waktu pagi, barang akan sampai lebih awal berbanding bila kita pos waktu petang?"
"Adakah pos laju akan collect barang-barang yang kita hantar ke pusat pengumpulan barang dua kali sehari? Satu untuk mereka yang pos waktu pagi, dan sesi seterusnya untuk mereka yang pos waktu petang?"
Misteri betul, kan.
Memandangkan saya sendiri pun tak tau apa jawapannya, jadi terpaksalah saya tanya pada staf yang jaga dikaunter. Nak tau apa jawapan yang saya dapat?
.
..
Ah panjang pulak ceritanya nanti.
Saya ringkaskan.
Jawapannya ialah... "TAK ADA BEZA."
Pos awal pagi, barang akan dikumpulkan dan waktu lewat petang nanti baru barang-barang akan dihantar ke hub pos laju untuk proses selanjutnya.
Pos petang pun sama, barang yang dipos akan dihantar sama dengan barang-barang yang di pos pada waktu siang.
Eh, faham ke ni?
(Kalau tak faham, baca la ayat saya tu dua tiga kali. Asalkan anda dapat capai kesimpulan yang sebenarnya ia tak ada beza pun)
3) Selamat ke guna perkhidmatan dari Pos Laju? Barang tak hilang ke?
Setiap barang yang di pos menggunakan perkhidmatan pos laju, akan disertakan bersamanya tracking number.
Jadi, anda pun boleh semak sendiri apa status penghantaran anda. Kalau agak-agak macam lama sangat barang tak sampai-sampai, semak je tracking number tu. Apa sebenarnya yang dah jadi pada item tersebut.
.
..
Dari segi keselamatan barang ni pulak, buat masa ni tak pernah lagi jadi barang yang di pos ni hilang.
Kalau rosak, mungkin saya pernah alami sekali. Rosak ni pulak subjektif. Kadang-kadang barang tu rosak sebab kita sendiri yang cuai bila wrap barang tu.
Kalau dah tahu barang yang kita nak hantar ni mudah pecah, mudah rosak, balutlah cantik-cantik. Gunakan banyak-banyak bubble wrap. Guna polisterin dan apa-apa lagi yang sesuai.
.
..
Part keselamatan lagi. Pos laju tak akan sesuka hati berikan barang yang dihantar kepada sesiapa. Mereka juga tak akan tinggalkan barang yang dihantar dalam peti surat atau kat depan pintu.
Mesti kena ada someone untuk terima barang tersebut.
Jadi, kalau order barang tu, kena pastikan, alamat yang kita bagi tu, ada orang yang tunggu. Sebabnya, kalau kenderaan pos laju dah sampai, kemudian tak ada sesiapa yang tunggu dan terima barang, pihak pos laju akan simpan barang tersebut.
Penerima terpaksa datang sendiri ke kaunter dan collect barang tersebut.
... dan dalam masa 14 hari, jika masih tak dituntut oleh penerima, barang tersebut akan dipos semula kepada penghantar.
Oleh sebab tu, jika rumah kita ni selalu tak ada orang pada waktu siang, dan masa kita lagi banyak dihabiskan kat tempat kerja, gunalah alamat ofis. Kan itu lagi senang.
.
..
Baik, itulah dia serba sedikit yang saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat laman web Tone Excel Klang sekalian.
Harap-harap informasi yang anda baca ini berguna untuk anda.
Salam kejayaan,
Sabree Hussin
http://www.sabreehussin.com
Home
»
servis pos laju
» Soalan Berkaitan Pos Laju Untuk Pos Simkad Tone Excel
Soalan Berkaitan Pos Laju Untuk Pos Simkad Tone Excel
Posted by sabree hussin on Sunday, February 15, 2015
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment