Alahai rupanya saya dah promosikan link Autodownline yang SALAH

Posted by sabree hussin on Monday, September 14, 2015


Seingat saya, saya dah join Team AutoDownline hampir dua minggu. Saya pelik jugak, bila saya lihat status akaun saya masih lagi belum upgrade kepada ahli berbayar, walaupun sebenarnya saya dah pun mendaftar sebagai ahli TE menerusi rangkaian Team Autodownline. 


Tak apa. Saya fikir, mungkin ia lambat atas sebab-sebab teknikal, atau lain-lain sebab yang saya sendiri tak ketahui apa sebenarnya. 


Hidup mesti diteruskan, betul tak? Maka, sepanjang tempoh masa tu, saya teruskan aktiviti promosi macam biasa. Saya promosikan dekat blog, dan mudah-mudahan strategi untuk menSEOkan kata kunci buat duit khusus untuk mempromosikan TE ini berhasil. 


Tapi saya pelik, dah dekat dua minggu ni... kenapa masih tak ada update. Kenapa status saya masih lagi FREE member? 


MY MISTAKE. 


Oh my... 


Saya dah promosikan link yang salah rupanya. Aduhai. Macam-macam pulak kecuaian yang saya dah buat dalam buat promosi ni. 


Link yang betul ialah ini.


Sekarang saya perlu bermula semula dari bawah. Macam-macam kan... 



Itulah, bila kita terlalu mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar, masa itulah tanpa sedar, kita dah buat macam-macam kesilapan yang tak diduga. 


Nak meratap pun tak guna. Teruskan perjuangan. Cuma kali ini.... harapnya tak ada lagi kesilapan macam sebelum-sebelum ni. 


  
Continue Reading

Ayat promosi Tone Excel diberi PERCUMA dalam sistem Autodownline

Posted by sabree hussin on Friday, September 11, 2015


Satu masalah lazim buat mereka yang dah join bisnes Tone Excel ni ialah, tak pandai nak bina ayat-ayat promosi untuk menarik perhatian prospek menyertai mereka sebagai ahli Tone Excel di level 1.


Dalam post-post sebelum ni, saya banyak menyentuh tentang sistem Autodownline dan bagaimana ia berupaya untuk bantu memudahkan kerja-kerja pemasaran bisnes simkad Tone Excel anda.


Jadi kali ini, saya nak kongsikan pula satu lagi kelebihan yang disediakan oleh penyedia sistem ini, iaitu contoh-contoh ayat promosi. Anda boleh lihat screenshot dibawah


Ini la sebahagian daripada ayat-ayat promosi yang anda boleh terus copy and paste jika ingin menggunakan sistem ini. 


Boleh daftarkan akaun autodownline anda secara percuma sahaja di sini.


Saya tak cadang nak cerita tentang team autodownline kali ini. Mungkin lain kali ye. Jika anda perlukan penjelasan yang lebih lanjut, apa itu team Autodownline, anda baca post saya sebelum ni ya. 

Team Autodownline: Strategi bina rangkaian TE dengan Pantas 



 
Continue Reading

Cara ajak orang join tone excel

Posted by sabree hussin on Wednesday, September 9, 2015


Sebelum anda join bisnes Tone Excel ni, pernah tak anda terfikir, lepas anda dah join nanti, agak-agaknya macam mana agaknya cara paling BEST nak ajak orang lain untuk join Tone Excel jugak dan jadi ahli di rangkaian anda? 


Ada terfikir, atau langsung tak pernah terfikir? 


Nah... ini lah dia kesilapan biasa yang dilakukan oleh orang-orang yang bercita-cita besar nak buat duit dengan bisnes Tone Excel ni. Mereka ni tak fikir dengan lurus dan mungkin tak sedia lagi dengan perancangan di masa akan datang. 


Macam yang saya pernah kongsikan dalam entri saya sebelum ini berjudul, Jangan join Tone Excel sebelum anda baca maklumat ini, saya ada sebutkan dalam tu, yang sebenarnya setakat nak cari 10 - 20 orang yang pertama untuk join bisnes ni, SENANG.


Baca dulu entri tu ye. 


Ok macam ni, untuk mendapatkan 10 - 20 orang yang pertama untuk join bisnes ni sebenarnya tak la sesukar mana. Ia memerlukan bahan yang paling penting, iaitu MASA. 


Kemudian, pada masa yang sama, anda juga perlu konsisten memperkenalkan perniagaan ini dan kena selalu kongsikan kehebatan serta peluang pendapatan yang tiada hadnya apabila betul-betul sanggup untuk berikan komitmen. 


Most likely, 10 - 20 orang downline yang pertama itu juga adalah mereka yang terhampir dengan anda. ia boleh jadi dalam kalangan ahli keluarga, rakan dan sebagainya. 


Cabaran menjadi lebih getir, apabila anda berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian anda. Macam mana nak keluar daripada 20 orang yang pertama tu tadi dan mendapatkan downline daripada fresh market.



Bagaimana kita nak jadikan orang luar, orang yang tak kenal dengan kita, orang asing sebagai downline kita dalam perniagaan ini? Kita tak boleh nak terlalu bergantung harap pada ahli keluarga dan mereka-mereka yang kita kenal semata-mata untuk jadi downline kita. 


Sebabnya, lambat laun dan lama kelamaan kita pasti akan kehabisan prospek juga. 


"Siapa join Tone Excel dengan saya, saya akan berikan dia sistem autodownline secara percuma sahaja!"


Disebabkan saya faham, adalah agak sukar untuk orang yang kurang pengalaman buat marketing secara online untuk dapatkan prospek, maka saya ingin cadangkan supaya anda join melalui saya. 


Saya juga akan berikan anda akses kepada sistem autodownline seperti yang sedang saya gunakan sekarang ni. 

 

Dengan menggunakan sistem Autodownline ini, dan sertai melalui saya, anda akan dapat downline secara percuma menerusi fungsi "spillover from upline". 


Kenapa saya begitu yakin anda akan dapat downline secara percuma? 


Ini adalah kerana, setiap hari saya mempromosikan bisnes ni menggunakan skrip ini, dan saya percaya dalam masa beberapa hari lagi, mereka yang dah daftar sebagai level 1 saya, pasti akan dapat lihat ada limpahan downline masuk ke level 1 mereka.


Buat yang dah daftar, terima kasih saya ucapkan dan tunggu la, anda akan lihat keajaibannya.


Anda nak tau tak, dua cara yang saya pernah gunakan untuk ajak orang join Tone Excel


 
 


   
Continue Reading

Potensi untuk dapat downline secara PERCUMA melalui sistem Autodownline

Posted by sabree hussin on Saturday, September 5, 2015


Kini, proses penajaan anda dalam bisnes Tone Excel akan jadi lebih mudah dengan adanya fungsi autodownline. Fungsi autodownline membenarkan ahlinya untuk menerima limpahan downline daripada pengguna sistem autodownline yang lain, atau lebih tepat lagi daripada upline.


Saya ada tulis dengan lebih mendalam mengenai bagaimana anda boleh dapat downline secara percuma apabila menyertai bisnes Tone Excel menerusi sistem autodownline disini. 

Baca: Team Autodownline: Strategi bina rangkaian Tone Excel dengan lebih pantas di tahun 2015 

Jika anda baca dengan teliti, saya ada sebutkan, yang anda berpeluang untuk dapat downline secara percuma sahaja. 


Lihat screenshot dibawah

 

Apa yang anda sedang lihat kat atas ni ialah screenshot akaun autodownline yang baru saya daftarkan tak sampai seminggu. 


Adakah anda dapat lihat perkataan, spillover from upline? Inilah dia kesan penggunaan sistem autodownline. Dari masa ke masa, anda akan dapat lebihan downline daripada upline anda.


Walaubagaimanapun, untuk meningkatkan kebarangkalian untuk anda dapat downline secara percuma dari upline anda, anda mestilah mempunyai upline yang sememangnya aktif mempromosikan bisnes simkad Tone Excel ni menerusi sistem autodownline.


Sistem autodownline ini direka bagi membantu memudahkan proses penajaan berbanding kaedah biasa jalankan bisnes ini. Tiada sebarang paksaan pun untuk anda gunakan sistem ini. Jika anda lagi selesa nak buat bisnes TE ini dengan cara lama, ia terpulang pada anda. 


Atau jika anda dah bosan dan inginkan suatu pembaharuan, dan ingin mendapatkan fresh market, maka kaedah ini bolehlah anda cuba. 


Siapa tahu, rezeki anda lebih baik apabila anda menggunakan sistem autodownline dalam mempromosikan perniagaan simkad Tone Excel anda ni nanti. 


Selamat mencuba!    
 


 
Continue Reading

Bisnes Tone Excel dengan teknik pemasaran Autodownline

Posted by sabree hussin on Friday, September 4, 2015


Strategi untuk letupkan lagi pendapatan pasif daripada bisnes Tone Excel untuk tahun 2015 hingga tahun 2016! 


Kali ini, In Shaa Allah saya akan gunakan sistem TERBARU yang dikenali dengan nama sistem AutoDownline


Dengan menggunakan sistem ini, kita bukan sahaja dapat mengautomasikan bisnes Tone Excel ni, malahan kita juga berpotensi untuk dapat downline secara automatik! Maka tak hairanlah apabila ia dinamakan sebagai AutoDownline.


Walaubagaimanapun, sistem ini bukan untuk semua orang. Ia hanya untuk pengguna simkad Tone Excel yang baru sahaja. 


Jika anda baru nak join Tone Excel, atau dah pernah join Tone Excel sebelum ni tapi simkad anda dah expired, atau anda nak mulakan sekali lagi perjalanan dalam bisnes ni, boleh la cuba kaedah AutoDownline ni. 





Pastikan bila anda klik pada link ini, nama saya yang dipaparkan pada laman web tersebut. Bermakna, anda akan sertai rangkaian saya menerusi sistem AutoDownline ini.


Apa yang menarik bila buat Tone Excel menerusi sistem Autodownline ini? 


1. Prosesnya semudah 1, 2, 3 


Langkah pertama, anda daftar secara percuma dilaman web ini: http://www.sabreehussin.com/toneexcel-autodownline


Langkah kedua, anda bina rangkaian anda terlebih dahulu tanpa perlu buat sebarang bayaran


Langkah ketiga, ambil tindakan. Dalam masa 30 hari, jika anda puas hati dengan prestasi sistem ini, barulah anda buat bayaran untuk upgrade sebagai active member.


Mudah sahaja.


2. Hanya perlu fokus pada kerja-kerja marketing sahaja 

Lain-lain urusan seperti pengeposan, support, dan sebagainya akan diuruskan oleh admin Sistem Autodownline. 


Peranan kita hanyalah promosikan link sahaja. Dalam situasi ini, sebenarnya admin telah bantu memudahkan kerja-kerja kita. 


3. Sistem Spill Over yang BEST 


Part ni mesti anda suka. Especially kalau anda memang jenis yang tak berapa rajin nak buat marketing. Anda boleh harapkan untuk terima downline menerusi sistem spill over. 


Orang lain yang buat marketing, anda yang dengan senang lenang boleh dapat downline secara percuma. 


"How can this happen?"


Sebabnya mudah sahaja. Sistem Autodownline menggunakan konsep matriks 10 x 3 yang bermaksud, setiap pengguna sistem ini akan menerima 10 orang downline sahaja di level 1. 


Jika terdapat lebihan downline, sistem secara automatik akan transfer downline tersebut ke level 2 atau 3. Bermakna, anda juga berpeluang untuk dapat downline secara percuma dari upline anda. 


Baca: Penerangan tentang Spill Over from Upline 

Jadi, anda dah faham ke belum dengan konsep spill over ni?


4. Sistem follow up prospek secara automatik 


Prospek anda akan difollow up secara automatik oleh sistem autoresponder yang dipasang pada fungsi Sistem Autodownline ni. 


Jadi dengan ada nya fungsi follow up secara automatik ini, anda dah tak perlu lagi risau untuk buat follow up secara manual. Biarkan sistem sahaja yang buatkan kerja-kerja follow up ni untuk anda.


5. Automasikan sistem kerja dan operasi kepada yang memang ada masa nak buat semua ni 

Apa yang saya maksudkan dengan sistem operasi ini ialah hal-hal berkaitan dengan menjawab pertanyaan prospek, pos simkad, support dan sebagainya. 


Hal-hal remeh ni semua akan diambil alih oleh pengurusan sistem Autodownline. 


Tugas kita, dah pun dimudahkan dengan hanya perlu fokus untuk promosikan link sahaja. 


Jika anda biasa dengan konsep kerja sistem affiliate, bermakna anda pasti tahu bagaimana mudahnya nak buat kerja dengan konsep yang sama. Sampai masa, anda hanya perlu semak komisyen sahaja. 


Baiklah, saya dah daftar akaun saya di Sistem Autodownline. Kini, giliran anda pulak ya! 


Daftar kat sini sekarang


 



  


Continue Reading

Ikuti nasihat ini jika anda tahu menghargai nilai RM10

Posted by sabree hussin on Tuesday, June 23, 2015


Anda tak akan berpuas hati dengan sesuatu yang besar, jika anda tak pandai nak menghargai sesuatu yang kecil dari segi nilainya.


RM10


Nilainya tak sebesar mana. Dengan duit sebanyak ini, jika dibawa ke bazar ramadhan, saya hanya mampu beli dua bungkus laksa dan sebungkus air. Itu sahaja. Silap-silap, saya masih lagi perlu tambah sekurang-kurangnya RM1 untuk dapatkan sebungkus air, sebab sekarang ni, saya sendiri dah jarang jumpa kat bazaar ramadhan ada yang jual air dengan harga kurang dari RM3 sebungkus. 


Jika anda menghargai nilai RM10, dan pada masa yang sama, anda masih lagi bersemangat untuk mengembangkan rangkaian Tone Excel anda, apa kata anda buat promosi menerusi laman web ToneXpress ni.


Anda mungkin tak akan dapat pendapatan atau sebarang income dengan serta merta. 


Ia juga perlukan masa. 


Tetapi, jika kena dengan cara promosinya, tak mustahil untuk anda berjaya cash out income dari program ini setiap bulan. 


Oh itupun kalau anda benar-benar tahu menghargai nilai RM10. 


Nah daftar kat sini sementara anda masih ada masa. 


  
Continue Reading

ToneXpress: Komisyen ToneXpress June 2015

Posted by sabree hussin on Monday, June 22, 2015


Pada saya, bila buat marketing online, jika tak dapat sales langsung sekalipun, setidak-tidaknya biarlah usaha kita tu membuahkan serba sedikit hasil. Walau tak banyak, biarlah ada. Kadang-kadang, yang sedikit inilah yang akan jadi pemangkin semangat untuk kita teruskan bergerak, teruskan buat pemasaran. 


Cuba anda bayangkan, kalau situasi ni berlaku pada diri anda sendiri. Anda dah buat marketing tanpa henti dan tanpa jemu selama dua bulan penuh, tetapi anda masih tak berjaya nak buat duit walaupun RM10 yang pertama. 


Apa perasaan anda? 


Ok... RM10 mungkin terlalu besar nilainya sebagai permulaan. Kita tukar kepada satu angka yang lebih kecil. How about RM1


Jangan tak percaya dan jangan tak tau, sebenarnya bukan sedikit jumlahnya yang dah join Tone Excel berbulan-bulan lamanya, tetap masih belum dapat hasilkan sebarang jualan. Downline seorang pun tak ada lagi. 


Baca: Setakat dua bulan tak ada downline, apa ada hal? 


Tak payah nak berangan-angan, nak nikmati pendapatan pasif, dan nak ada income 4 - 5 angka setiap bulan tanpa perlu bekerja keras jika usaha tak setara dengan impian.


Tahukah anda, mereka yang berjaya dapat income 4 - 5 angka dalam bisnes ni, sebenarnya mereka bekerja lebih keras berbanding mereka yang memperolehi pendapatan 2 - 3 angka setiap bulan? 


Mereka yang incomenya 4 - 5 angka ni, sekurang-kurangnya 


+ Sudah keluar modal untuk upgrade kepada Junior Centre sekurang-kurangnya 

+ Mereka menjalankan preview setiap minggu

+ Mereka penuhi jadual waktu mereka dengan berjumpa dengan bakal pelanggan 

+ Wall FB mereka penuh dengan update terkini tentang bisnes mereka 

+ Mereka berkongsi peluang dengan lebih ramai orang 


Bandingkan dengan usaha anda? Setara? Lebih kurang? Atau masih jauh ketinggalan sebenarnya?


Baiklah, salah satu cara saya mempromosikan perniagaan Tone Excel ini adalah menerusi laman web ToneXpress.


Kerana saya tahu, bukan setiap hari orang akan join saya di Tone Excel. Kalau nak dibandingkan, kat luar sana, ada ramai lagi orang-orang yang lagi hebat dari saya, untuk mereka pilih sebagai upline. 


Maka atas sebab hakikat ini, saya perlu bersiap sedia untuk menerima outcome yang mana saya bakal melakukan promosi tanpa sebarang hasil. 


Jadi, bagi menampung kebocoran ini, saya guna alternatif laman web ToneXpress ini untuk buat promosi.



Ini komisyen ToneXpress yang saya terima untuk bulan Jun 2015. 


Amountnya lebih kurang sama dengan komisyen Tone Excel yang saya terima pada setiap bulan untuk salah satu akaun Tone Excel yang saya miliki. 



Ya


Memang tak banyak mana. 


Nak guna untuk buat installment Mitsubishi Lancer pun memang tak lepas. 


Cuma satu perkara yang saya cukup puas hati, setidak-tidaknya, usaha promosi saya tak adalah terbuang dan terbazir begitu sahaja. 


Ada jugak hasilnya. Bukankah itu lagi baik daripada tak ada langsung. Betul tak? 


Ok dah, buat yang belum ada sebarang akaun dengan ToneXpress, mari daftar kat sini


Kalau kena dengan teknik marketing yang anda gunakan, anda juga berpeluang untuk buat duit yang lebih kurang sama atau lebih banyak dari apa yang saya dah dapat. 


Ehem, tunggu apa lagi tu? Nak buat duit ke tak nak ni sebenarnya?


      
Continue Reading

Setakat dua bulan tak ada downline, apa ada hal?

Posted by sabree hussin on Sunday, June 21, 2015



Katakanlah, anda dah pun join Tone Excel selama lebih kurang dua bulan, tetapi sampai sekarang anda masih belum berjaya dapat downline walaupun seorang, apa yang anda akan buat seterusnya? 


Adakah anda akan tambahkan dan gandakan lagi usaha? 


Adakah anda akan minta tolong dari upline anda?


Atau, adakah anda akan minta tolong dari sesiapa sahaja yang anda rasakan mampu untuk bantu anda? 


Adakah anda akan kembali menuntut ilmu, baca buku-buku tentang MLM, network marketing, dan datang kelas-kelas tentang Tone Excel?


Atau anda tak buat apa-apa. 


Atau anda akan give up dan port out nombor anda dari TE ke lain-lain telco? 


Mana satu yang lebih mencerminkan dan menggambarkan diri anda? 


Saya tak kenal anda. Anda juga mungkin tak kenal siapa saya. Anda juga mungkin tak terfikir, akan sampai ke laman web saya. Kat sini saya hanya cerita tentang Tone Excel, walaupun pada hakikatnya, Tone Excel bukanlah satu-satunya bisnes telco yang saya jalankan. 


Ok sebenarnya baru-baru ni, saya terima satu emel dari salah seorang subscriber saya yang mengatakan "dia masih belum dapatkan sebarang prospek untuk join TE menerusi rangkaian dia." 


PELIK. 


Ko ni tau ke tak apa maksud prospek? Tau tak apa beza prospek dengan pelanggan? 




Ringkasnya begini. 


Prospek adalah seseorang yang berpotensi untuk kita tukarkan dia jadi pelanggan. 


Pelanggan pula adalah seseorang yang telah membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan dari kita. 


Siapa prospek? Sesiapa sahaja boleh jadi prospek kita. Mak, ayah, adik beradik, pak cik, makcik, saudara mara, jiran, apek jual aiskrim, pakcik bawak teksi, abam bawak bas, semua manusia yang ada kat sekitar kita ni boleh dijadikan prospek. 


BEZANYA... 


Sama ada prospek tersebut berkualiti atau tidak. Sama ada mereka ada kemungkinan untuk ditukarkan kepada pelanggan atau sebaliknya. Bukan semua prospek, akan jadi pelanggan kita, walaupun kita dah cerita segala yang best-best kepada prospek kita tu. 


So bila ko kata, "dah dua bulan join tapi masih belum ada prospek"... 


Dalam kepala saya ni cuma pikir satu benda. "hang ni buat kerja ka tak buat kerja ni?"


.


..

Kalau dua bulan masih tak dapat downline. 


Apa ada hal. 


Saya sendiri, masa awal-awal join Tone Excel dulu, masuk bulan yang ketiga baru ada downline. So apa masalahnya? Even kalau tak ada downline sekalipun, masih lagi akan tetap guna handphone, kan? Masih lagi akan tetap topup macam biasa, betul tak?



Sementara masih tak ada downline ni, saya anggap anda masih lagi belum betul-betul busy. Ye la... anda kan tak ada downline, nak busy amendenya. Kalau anda masih nak kata yang anda ni memang super busy, pasti busy hal-hal yang tak ada kaitan dengan bisnes TE. 


So sekarang, cuba-cubalah ambik masa sikit, lihat ke dalam diri. Pasal apa anda masih tak dapat downline tu ya? 


Adakah anda kurang buat marketing? Anda kurang beri komitmen? Anda tak serius masa buat promosi? Atau sebenarnya masalah anda ialah anda langsung tak buat apa-apa lagi... 


Baiklah. 


Saya tak ada teknik magika untuk bantu anda dapatkan sales. Apa yang saya tahu, jika saya kongsikan kepada anda semuanya, pun belum tentu akan bantu anda dapat sales. Sebabnya, teknik saya hanya berkesan pada saya sahaja. 


Tapi, saya ada berita gembira untuk anda. 


Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, saya mempromosikan perniagaan Tone Excel ni dengan bantuan laman web ToneXpress ini


Jadi, apa yang berlaku ialah, walaupun prospek saya tak join sebagai downline Tone Excel, ada antara mereka yang join menerusi platform ToneXpress ini. 


Seorang downline, saya dibayar RM10.


Jika ada 100 downline? Anda boleh kira sendiri potensi pendapatannya, kan?


Perlukan penerangan lagi panjang pasal ToneXpress ke? Baca kat sini la ye. Atau klik review ToneXpress







 

        
Continue Reading

Adakah simkad Tone Excel bermanfaat untuk anda?

Posted by sabree hussin on Monday, March 23, 2015

Soalan ni memang subjektif.

Saya jawab berdasarkan pengalaman saya sendiri memasarkan simkad ini. Pada saya, bukan semua orang akan dapat manfaat daripada simkad ini. 

.

..

Lebih-lebih lagi buat mereka yang tak ada minat, keinginan dan inisiatif untuk memasarkan simkad ini dibawah program komuniti WOW. 


Anda ingat senang ke nak buat duit dengan Tone Excel?

Jika anda fikir ianya mudah, anda dah tersilap BESAR. Ramai yang GAGAL dalam bidang ini. Malahan saya sendiri pernah gagal dalam bidang ini. Anda boleh baca tentang kisah kegagalan saya dalam bisnes ni dengan menekan klik pada pautan ini.


Semua orang pasti akan merasai kegagalan bila berada dalam bisnes ni. Namun, setiap orang akan alami kegagalan yang berbeza-beza. Adakah ia bersifat sementara, ataupun anda akan jadikan ia sebagai satu kegagalan yang PERMANENT? 

Bisnes ni tak sesuai untuk orang yang kurang sabar

Anda boleh bertahan, kalau dalam setahun anda usahakan bisnes ni, alih-alih income anda cuma setakat RM500 - RM600 sahaja sebulan?

Ah... orang yang tak pernah rasa income banyak ini memanglah akan kata, "ini dah lebih dari bagus dan sangat mencukupi..." 

(ko tak buat kerja, tiba-tiba dapat RM600 setiap bulan memang la ko suka. Cuba ko dah usaha sungguh-sungguh, tapi cuma dapat banyak tu... baru ko tau macam mana rasanya...)

.

..

Nampaknya, bukan saya seorang sahaja yang terpaksa melalui fasa kegagalan dalam bisnes ni. 

Salah seorang rakan niaga saya juga menghadapi ujian yang sama. 



Saya tulis semula apa yang ditulis di group support whatsapp saya. 

Ini kata-kata akhir sebelum beliau meninggalkan group saya. 


Assalammualaikum & Selamat Pagi semua :)

Maaf ya kerana hari ini saya terpaksa keluar daripada group ini kerana 
 saya dah pakai Simkad Telco yang lain.

Saya tidak dapat bertahan lama dalam biz ni.

Terima kasih atas semua tunjuk ajar, bantuan dan support pada saya selama ini. 

Jika ada kata2 atau perbuatan saya menyinggung hati semua, mohon maafkan saya ya.

Harap tiada yang marah ataupun terasa hati selepas ni.

Saya doakan semoga semua GengSImkadMagic di sini berjaya satu hari ni. Amin :)

Terima kasih ;) ;)

hmm...

Inilah REALITI. 

Bisnes ni memang ramai yang BERJAYA. Cerita kejayaan mereka ada dimana-mana. 

Namun kisah kegagalan, tidak kurang banyaknya.




  
Continue Reading

Pembayaran Komisyen ke-4 Dari ToneXpress

Posted by sabree hussin on Thursday, March 12, 2015

Ya. 

Syukur ke hadrat ilahi. 

Kali ini ialah kali yang keempat saya terima komisyen dari program ToneXpress. 

Memang CEPAT, CEKAP dan PANTAS admin ToneXpress buat bayaran komisyen kepada ahli-ahlinya. Cuma kali ni saya rasa pelik sikit, sebab tak terima sebarang notifikasi dari pihak bank. Tapi bila saya semak baki akaun saya, memang ada pertambahan. 

Bila semak pada transaction history, memang terbukti ada pembayaran komisyen dari ToneXpress dah dilakukan ke akaun saya. 


.

..

Adakah anda sudah give up nak promosikan bisnes Tone Excel anda?

Kalau jawapan anda ialah YA, apa kata saya sarankan anda cuba promosi menerusi laman web ToneXpress. Klik sini untuk lihat laman web.

Fungsi laman web ini adalah untuk membantu anda mendapatkan prospek secara online. 

Walaubagaimanapun, kita semua sedia maklum, sekarang ni boleh kata ramai juga yang dah pun menjadi ahli Tone Excel. 

Pendek kata, bila kita buat marketing secara online, lazimnya kita akan jumpa banyak individu yang dah join Tone Excel. 

Namun begitu, walaupun mereka dah join Tone Excel, boleh jadi mereka tak pernah lagi guna laman web ToneXpress. 

Jadi, inilah peluang anda. 

Ini yang akan berlaku sekiranya mereka juga berminat nak gunakan laman web ToneXpress untuk mempromosikan bisnes Tone Excel mereka.

Saya ringkaskan 

1. Apabila mereka join dan upgrade sebagai ahli VIP, anda akan dapat komisyen sebanyak RM10.

2. Sistem pemasaran ToneXpress menggunakan konsep pass 2 up. Ini bermakna, setiap orang akan menghadiahkan 2 orang downline kepada upline masing-masing.

3. Ya. Anda juga akan menghadiahkan 2 orang downline anda kepada upline anda.

4. Melalui sistem ini, dari seorang pelanggan atau pengguna, anda akan dapat 2 lagi pelanggan baru yang akan terus menjadi direct downline anda.

5. Jika salah seorang atau kedua-dua sekali daripada 2 orang downline yang anda terima hasil daripada pass 2 up downline anda belum lagi menjadi ahli Tone Excel, apabila mereka sudah layak untuk dapat simkad Tone Excel yang pertama, ahli tersebut secara automatik akan menjadi downline anda di level satu.

6. Tugas anda mudah sahaja! Fokus untuk mempromosikan link unik dari ToneXpress.

7. Ini dia contoh link saya --> http://www.sabreehussin.com/tonexpress

8. Link saya sedikit berbeza kerana saya telah menggunakan perisian khas untuk mengubah link tersebut.



Soalan: Adakah begitu mudah nak mempromosikan program ToneXpress ni? 

Terpulang pada anda. 

Anda nak guna cara yang susah, BOLEH. Nak guna cara yang senang-senang je pun, BOLEH. ikut kesesuaian dan mana-mana satu yang anda rasa selesa. 

Pada saya, teknik yang SENANG itu adalah teknik yang anda sendiri faham bagaiaman flownya dan ia biasa anda lakukan. 

Teknik yang susah ni pula, mengikut pandangan saya ialah teknik baru yang anda sendiri baru pelajari. Kalau baru belajar, dan anda tak biasa memang akan rasa macam susah. In Shaa Allah, saya yakin, lama kelamaan, bila anda dah terbiasa dengan teknik tu, segalanya akan bertukar jadi mudah. 

.

..

Teknik ASAS pemasaran program ToneXpress

Bagi saya, inilah yang paling asas. 

Guna sahaja Facebook. Saya yakin, anda ada Facebook. Malahan bukan anda seorang sahaja yang ada akaun Facebook. Potential customer anda juga pasti ada facebook. 

Anda biasa update status? 

Ok kali ni, setiap kali anda update status, biasakan diri untuk masukkan sekali link unik ToneXpress anda. 

Selitkan je la, sama ada kat bahagian permulaan ayat, kat bahagian tengah atau konten, ataupun kat bahagian bawah sekali (ayat terakhir status update anda).

Sama ada orang nak join atau tidak, itu terpulang. 

Tugas kita, kongsi, share dan promosi. 

Senang je kan? Cukup masa, just semak akaun bank, tengok-tengok dapat pulak komisyen dari ToneXpress. 

Ok la... 

Cakap banyak pun tak guna. Hasil satu apa pun tak ada. Kalau anda nak guna sistem ToneXpress ni jugak, silakan ke laman web ini untuk dapatkan akaun anda sendiri. 



   
 
Continue Reading

Bisnes Tone Excel Juga Ada Haters!

Posted by sabree hussin on Tuesday, February 17, 2015

Sebenarnya bukan sekadar bisnes Tone Excel

Malahan dalam apa jua perniagaan sekalipun, pasti akan ada haters. Pasti akan ada je yang tak kena pada pandangan mata orang lain. 

Perkara ni terlalu subjektif. 

Tak ada haters yang akan mengaku dirinya Haters. Kadang-kadang saya rasa, haters dan keyboard warriors ni sebenarnya tak banyak bezanya. 

Mereka muncul ditempat-tempat yang mereka tak diperlukan. 

Mereka menyuarakan pandangan dan melontarkan soalan, bukan dengan niat untuk dapatkan jawapan, tetapi sekadar untuk mempersoalkan. 

Setiap persoalan akhirnya menjurus kearah perdebatan yang tak akan ada kesudahan.

.

..



Kalau dalam bisnes Tone Excel ni, antara soalan yang popular yang sengaja nak dibahaskan ialah berkenaan dengan polisi insurans percuma yang diberikan secara percuma apabila pengguna simkad Tone Excel maintain topup sebanyak RM50 setiap bulan. 

Nota: Perlindungan akan berkuat kuasa pada hari ke 61 atau pada bulan ketiga setelah pengguna maintain topup setiap bulan RM50

Benda selalu disalah ertikan. 

Si jahil terus meloncat dan mengatakan Tone Excel ni tak patuh syariah sebabnya menghadiahkan perlindungan Insurans kepada penggunanya yang topup RM50 minima setiap bulan. 

Walhal benda ni percuma. 

Anda nak atau tak nak, ia diberi secara percuma. Perumpamaannya ibarat anda mendapat insurans percuma yang disediakan oleh majikan secara berkelompok. 

Belum tentu majikan akan sediakan pelan Takaful, mungkin majikan mencarum dengan syarikat insurans dan setiap staff adalah dilindungi oleh pelan perlindungan tersebut. 

.

..

Katakanlah, selepas 5 bulan anda bekerja, satu hari anda ditimpa musibah dan anda layak untuk claim insurans. Sekarang ni, anda tak pernah bayar apa-apa untuk dapatkan insurans, tetapi syarikat tempat anda bekerja yang hadiahkan perlindungan insurans tersebut kepada anda. 

Pada ketika itu, anda ada pilihan, sama ada nak buat tuntutan ataupun tidak. Itu hak anda. 

Kalau anda was-was dan tak yakin dengan kehalalan duit insurans tersebut, maka anda tak perlu buat sebarang tuntutan atau claim. Sebaliknya, jika anda berpegang pada pandangan insurans tersebut adalah HARUS kerana ia diberikan secara percuma oleh majikan dan anda tidak mencarum untuk mendapatkan perlindungan tersebut, maka anda boleh claim insurans tersebut tanpa risau melanggar sebarang hukum syariah. 

Apa pun, jika anda masih blur blur mengenai topik ini, maka saya amat menggalakkan anda baca buku-buku berkenaan dengan kewangan Islam dan sistem perniagaan Islam. 

Zaman sekarang ni, saya dah tengok terlalu ramai ustaz dan ustazah Internet, memandai-mandai jatuhkan hukum berlandaskan ilmu agama yang dia sendiri dapat dari internet. 

Orang macam ni ada baaaanyak. 

Mereka bukan bercakap dan menjatuhkan hukum berdasarkan landasan ilmu, sebaliknya bersandarkan nafsu. 

Saya bukanlah seorang yang sempurna serba serbi dari segi ilmu keagamaan hinggalah ilmu kewangan dan sistem perniagaan Islam. Saya juga masih lagi belajar, dan menelaah kitab-kitab yang dikarang oleh mereka yang mempunyai kredibiliti untuk memberi hujah.

.

..

Apa pun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Jika anda rasakan Tone Excel ini tak sesuai untuk anda, maka anda boleh cari peluang lain yang sesuai dengan anda. 

Tak perlu susah payah nak keluarkan fatwa dan pendapat merapu. Anda bukan sahaja mengelirukan orang lain, bahkan anda sendiri bakal buatkan diri anda makin keliru dengan ilmu yang tak seberapa yang anda miliki. 


.

..

Jom dapatkan simkad Tone Excel dari saya dan sertai level 1 saya. Dapatkan disini.  
Continue Reading

Soalan Berkaitan Pos Laju Untuk Pos Simkad Tone Excel

Posted by sabree hussin on Sunday, February 15, 2015

Cerita yang saya nak kongsikan kali ni adalah berkaitan dengan hal-hal penghantaran dan pengeposan simkad Tone Excel

Memandangkan kebanyakkan pelanggan yang saya dapat adalah dari serata Malaysia, jadi nak tak nak memang saya perlu gunakan perkhidmatan penghantaran. 

... dan yang paling popular adalah Pos Laju. 

.

..

1) Adakah pos laju menawarkan perkhidmatan pos secara percuma?

Soalan ni pernah diajukan kepada saya. 

Mungkin juga si penanya tu tak biasa dengan hal-hal penghantaran dan pengeposan simkad. 

Kalau anda layari salah satu laman jualan saya, iaitu 

1. http://tawaran-toneexcel.blogspot.com 

2. http://www.sabreehussin.com/toneexcel

Saya ada menawarkan servis penghantaran secara percuma.

Ada yang tanya kat saya, macam mana saya boleh bagi penghantaran percuma? Adakah pos laju menyediakan servis penghantaran percuma tu?

.

..

Jawapannya... TIDAK. 

Servis penghantaran percuma tersebut adalah ditaja oleh saya sendiri

Ya

Saya keluarkan duit poket saya sendiri untuk duit pos. Anggaplah macam FREE gift sebab anda membeli simkad dari saya dan nak join rangkaian saya. 

Jadi, kalau next time nak beli lagi, kenalah bayar kos penghantaran sebanyak RM6 tu. Ok? Jelas?





2) Ada beza ke kalau pos simkad waktu pagi dengan waktu petang?

Biasanya saya akan pos simkad waktu petang. 

Kenapa tak pos waktu pagi? 

Salah satu sebabnya ialah saya nak tunggu order pada hari tu. Jadi, bila pos petang saya boleh pos sekali harung pada hari yang sama. 

Berbeza kalau pos waktu pagi. 

Nanti tengahari bila dapat order, saya nak kena pos sekali lagi. Jadi macam tak syok la, nak kena pergi pos laju dua tiga kali. 

Tapi yang jadi persoalannya ialah... "Adakah ada beza bila pos waktu pagi dengan pos waktu petang?"

"Adakah kalau kita pos waktu pagi, barang akan sampai lebih awal berbanding bila kita pos waktu petang?" 

"Adakah pos laju akan collect barang-barang yang kita hantar ke pusat pengumpulan barang dua kali sehari? Satu untuk mereka yang pos waktu pagi, dan sesi seterusnya untuk mereka yang pos waktu petang?" 

Misteri betul, kan.

Memandangkan saya sendiri pun tak tau apa jawapannya, jadi terpaksalah saya tanya pada staf yang jaga dikaunter. Nak tau apa jawapan yang saya dapat?

.

..

Ah panjang pulak ceritanya nanti. 

Saya ringkaskan. 

Jawapannya ialah... "TAK ADA BEZA." 

Pos awal pagi, barang akan dikumpulkan dan waktu lewat petang nanti baru barang-barang akan dihantar ke hub pos laju untuk proses selanjutnya.

Pos petang pun sama, barang yang dipos akan dihantar sama dengan barang-barang yang di pos pada waktu siang. 

Eh, faham ke ni? 

(Kalau tak faham, baca la ayat saya tu dua tiga kali. Asalkan anda dapat capai kesimpulan yang sebenarnya ia tak ada beza pun)


3) Selamat ke guna perkhidmatan dari Pos Laju? Barang tak hilang ke?

Setiap barang yang di pos menggunakan perkhidmatan pos laju, akan disertakan bersamanya tracking number. 

Jadi, anda pun boleh semak sendiri apa status penghantaran anda. Kalau agak-agak macam lama sangat barang tak sampai-sampai, semak je tracking number tu. Apa sebenarnya yang dah jadi pada item tersebut. 

.

..

Dari segi keselamatan barang ni pulak, buat masa ni tak pernah lagi jadi barang yang di pos ni hilang. 

Kalau rosak, mungkin saya pernah alami sekali. Rosak ni pulak subjektif. Kadang-kadang barang tu rosak sebab kita sendiri yang cuai bila wrap barang tu. 

Kalau dah tahu barang yang kita nak hantar ni mudah pecah, mudah rosak, balutlah cantik-cantik. Gunakan banyak-banyak bubble wrap. Guna polisterin dan apa-apa lagi yang sesuai. 

.

..

Part keselamatan lagi. Pos laju tak akan sesuka hati berikan barang yang dihantar kepada sesiapa. Mereka juga tak akan tinggalkan barang yang dihantar dalam peti surat atau kat depan pintu. 

Mesti kena ada someone untuk terima barang tersebut. 

Jadi, kalau order barang tu, kena pastikan, alamat yang kita bagi tu, ada orang yang tunggu. Sebabnya, kalau kenderaan pos laju dah sampai, kemudian tak ada sesiapa yang tunggu dan terima barang, pihak pos laju akan simpan barang tersebut. 

Penerima terpaksa datang sendiri ke kaunter dan collect barang tersebut.

... dan dalam masa 14 hari, jika masih tak dituntut oleh penerima, barang tersebut akan dipos semula kepada penghantar.

Oleh sebab tu, jika rumah kita ni selalu tak ada orang pada waktu siang, dan masa kita lagi banyak dihabiskan kat tempat kerja, gunalah alamat ofis. Kan itu lagi senang. 

.

..

Baik, itulah dia serba sedikit yang saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat laman web Tone Excel Klang sekalian. 

Harap-harap informasi yang anda baca ini berguna untuk anda. 

Salam kejayaan, 


Sabree Hussin 
http://www.sabreehussin.com
 

  

 
Continue Reading

Pembayaran komisyen Kedua dan Ketiga dari ToneXpress

Posted by sabree hussin on Wednesday, February 11, 2015

Selain Tone Excel, satu lagi program yang rajin membuat bayaran kepada saya ialah program ToneXpress.

Awal-awal dulu, saya juga agak skeptikal. 

Boleh kata agak ragu-ragu jugaklah nak join ToneXpress ni. Macam-macam perkara yang bermain dalam kepala ni. Risau pun ada... 

Pertama, saya risau bila saya join ToneXpress nanti saya terpaksa beli simkad Tone Excel baru dan wajib daftarkan simkad tersebut dengan upline yang baru!

.

..

Rupa-rupanya kerisauan saya tu tak berasas langsung. Sebenarnya semua yang dah jadi ahli Tone Excel boleh join ToneXpress dan promosikan laman web tersebut. 

Fungsi laman web tersebut pun lebih kurang sama macam lain-lain web replika yang disediakan oleh leader-leader Tone Excel untuk downline atau network masing-masing. 

Bezanya ialah, tak kiralah walau di network mana anda berada, anda masih tetap boleh gunakan laman web ToneXpress untuk mempromosikan Tone Excel. 

.

..

Kalau setengah network, dia tak akan kongsikan landing page atau web replika yang rangkaian mereka hasilkan kepada orang lain. Kalau nak pakai yang sama, kenalah join rangkaian mereka tu dulu. 

Jadi kat situ kita boleh lihat, web replika adalah sesuatu yang unik dan hanya eksklusif untuk rangkaian yang sama sahaja. 

Saya sendiri ada beberapa web replika yang saya hasilkan khusus untuk rangkaian saya sahaja. Tak kisahlah walau berapa rangkaian lain nak bayar untuk guna web yang saya guna, saya tetap tak akan kongsi ha ha 

Kedekut kan? Well... ini cara saya jaga network saya, dan jadikan network saya ni benar-benar lain dari yang lain dan eksklusif. 

.

..

Ok kali ni sebenarnya saya nak kongsikan screenshot bayaran yang saya terima dari ToneXpress. 

Bayaran kali kedua saya terima adalah pada 6 Januari 2015 dan bayaran tersebut adalah sebanyak RM78 



Not bad. 

Untuk hasil kerja promosi yang agak sambil lewa dan main-main, alih-alih dapat bayaran pulak.

Cara saya promosi pun tak glamor mana. Cuma menaip dalam blog ni, bila saya ada masa. Ah... kalau tak ada masa pun saya akan cuba cari masa untuk menulis tentang ToneXpress dalam mana-mana satu blog yang saya hasilkan.

Ini pulak adalah komisyen ketiga dari ToneXpress yang selama sampai ke akaun saya. 



Boleh kata agak baru jugaklah komisyen ni saya terima. 

Kalau ikut pada tarikh catatan ni saya buat, komisyen ni saya terima pada hari semalam, iaitu 10 Februari 2015. 

Untuk tahun 2015 ni, dah setiap bulan saya dapat cash out komisyen dari ToneXpress. 

.

..

Baiklah, jadi kesimpulan yang saya nak sampaikan ialah, program ToneXpress ini memang benar-benar membayar ahlinya. 

Buat masa ni, masih belum pernah lagi dengar berita dari mana-mana sumber yang program ini tak bayar ahli-ahli yang berjaya buat sales. 

Hmm... kalau satu hari nanti program ni dah tak bayar ahlinya macam mana? 

Maknanya owner program ni ada masalah.

Mungkin ada masalah besar. Tak apa, kita slow talk dulu dan cuba tanya apa agak-agaknya punca. 

Harap-harap dari segi pengurusan, wang masuk dan keluar, semuanya dapat dijalankan dengan lancar. 

Apa pun, terima kasih saya ucapkan sebab anda dah baca catatan yang saya tulis ni. 

Jadi, apa tunggu lagi? 


Siapa tahu, lepas ni anda pulak yang akan dapat komisyen! 

  
  
Continue Reading

Dapat Jual 114 Simkad Tone Excel Dalam Masa Sebulan. Macam Mana Dia Buat?

Posted by sabree hussin on Thursday, February 5, 2015

Dengar cerita, nak buat bisnes Tone Excel ni SUSAH... Betul ke?

Kalau betul buat bisnes Tone Excel ni susah, apa sebabnya? dan kalau bisnes Tone Excel ni MUDAH... Macam mana ia boleh jadi mudah? 

Adakah ia susah sebab kita sendiri yang jadikan ia complicated dan memeningkan kepala?

Jom kita tengok carta ni... 


Anda kata susah... 

Tetapi... kenapa ada je orang yang boleh buat sales sampai seratus lebih simkad dalam masa sebulan? 

Oh ya, buat yang tak berapa faham dengan carta kat atas ni, ia sebenarnya di update sebulan sekali. Carta Top Sponsor ini dikira dalam masa sebulan. 

.

..

114 simkad dalam masa sebulan. 

Ini bermakna, secara purata beliau menjual 3 - 4 simkad dalam masa sehari. Persoalannya, apa agaknya strategi dan teknik yang digunakan untuk mendapatkan jualan yang sedemikian rupa?

.

.

Adakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan jualan simkad Tone Excel tu susah atau mudah?

Adakah prospek Tone Excel yang diperolehi tu datang dari kerja-kerja pemasaran online, atau pun beliau hanya buat pemasaran secara offline?

.

..

Susah sebab kurang ilmu 

Ya

Saya berpendapat itulah sebabnya, kenapa anda rasa bisnes ni macam susah je.

Saya bukan kata anda tak ada ilmu, TETAPI kekurangan ilmu. 

Kalau anda target nak jual simkad ini, macam mana pun anda kena ada ilmu menjual. 

Kalau anda niat untuk berkongsi sahaja kelebihan dan kebaikkan menjadi pengguna simkad ini, maka anda perlukan ilmu komunikasi. 

Kalau anda  nak buat marketing secara dalam talian, maka anda juga perlukan ilmu. 

Konsep pemasaran secara online ni sangat meluas. Ia bukan sahaja tertumpu pada pemasaran menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun twitter semata-mata. 

Konteksnya lebih luas lagi. 

Apa yang saya sebutkan tadi, iaitu Facebook, Twitter, Instagram... itu semua adalah platform pemasaran sahaja. 

Serbi sedikit, anda perlu juga tahu tentang konsep pemasaran. Asas pemasaran. Apa yang pelanggan atau prospek anda fikirkan sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk? 

Adakah mereka akan terus membeli setelah mendengar tawaran anda, ataupun mereka akan window shopping terlebih dulu dan mencari best offer yang dia boleh perolehi.

.

..

Susah sebab tak buat

Sebenarnya banyak juga yang saya jumpa, yang kata bisnes ni susah sebab DIA TAK BUAT PUN.

Dia ni asyik fikir-fikir, macam mana nak buat? Macam mana nak buat ayat iklan? Macam mana nak cari modal? Macam mana nak buat ayat iklan paling power? Macam mana nak bina rangkaian Tone Excel di Seluruh Malaysia? 

Macam mana? Macam mana? Macam mana?

Semua benda dia nak fikir dalam satu masa. 

Bukanlah saya maksudkan berfikir tu tak bagus... Sebenarnya berfikir tu bagus. Namun, ia juga perlu disertakan sekali dengan tindakan. 

Asyik-asyik dengan fikir, fikir, fikir dan terus fikir... 

Buat aje lah. 

.

..

Saya percaya semua orang tahu konsep bisnes ni sebenarnya mudah sahaja. Kita hanya SHARE kebaikkan dan kelebihan tentang bisnes ni.

Lagipun, tak kan lah korang tak diberitahu oleh mereka yang perkenalkan bisnes ni kepada anda. 

Jadi, kenapa masih tak boleh buat? 

Mungkinkah sebenarnya anda sendiri yang menjadikan bisnes ni rumit? Saranan saya, jangan terlalu terikut-ikut dengan kaedah orang lain. 

Ada orang dia selesa dengan berpromosi di facebook sahaja. Ia lebih santai dan bila nak close deal dengan prospek pun hanya perlu PM sahaja. 

Ada orang lebih selesa buat marketing menggunakan blog. Macam saya sendiri, saya lebih selesa guna pendekatan blogging. Entahla.. saya rasa ia lebih personal berbanding bila saya menulis di FB. 

Kalau menulis kat FB tu, saya rasa macam tak berapa puas... haish... jadi buat apa saya nak buat sesuatu yang saya sendiri rasa kurang puas? Kan lebih baik saya fokuskan je kat perkara-perkara yang saya selesa nak buat dan terbukti memberikan hasilnya. 

.

.. 

Baiklah, jadi sebagai penutup artikel ni... silalah ambil inisiatif untuk upgrade diri dengan ilmu. Ada macam-macam ilmu kat luar sana. Ada ilmu yang bermanfaat, dan ada ilmu yang sia-sia. 

Maka beruntunglah mereka yang mencintai ilmu dan sentiasa memperbaiki diri dengan ilmu. 

Pakej RM100 yang saya perkenalkan ini juga didatangkan dengan pakej ILMU. KLIK SINI UNTUK LIHAT KANDUNGAN PAKEJ RM100 





    
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...