Pengguna Sim Kad Tone Excel Dengan IDP 600,000 Dah Dikenalpasti

Posted by sabree hussin on Friday, December 5, 2014

Beberapa hari kebelakang ni saya agak sibuk sedikit. 

Sengaja saya "keluar" sejenak dari dunia online ke dunia offline. Mencuba sesuatu yang baru.

Kadang-kadang tu, kita perlu cuba sesuatu yang kita tak pernah lakukan. 

Ya 

Bisnes Tone Excel ini, kalau mahu, memang kita boleh jalankan dengan bantuan laptop dan internet semata-mata. 

Update status di facebook setiap masa. 

Buat blogpost terbaru di blog dan sebagainya. 

Boleh juga buat macam tu. Dan ramai yang berjaya dapat sales dengan cara ini. Saya juga biasa dapat sales dengan cara ini. 

Cuma akan tiba satu masa, kita nakkan satu kelainan. Yang penting tu ialah "Human Touch" agar kita rasa seperti kita benar-benar berurusan dengan insan. 

Bukan robot, bukan mesin. 

Okeh sepanjang bulan November yang lalu, saya sibuk buat marketing secara online dan juga secara offline. Kalau sebelum-sebelum ini saya asyik buat online je, bulan November saya nak pelbagaikan. 

Secara asasnya, saya sibuk buat sales. 

Karang nanti menulis pum pang pum pang, macam hebat sangat, tapi sendiri punya sales suam-suam kuku. Jadi tak syok jugak. 

Kalau pandai tulis, pandai bagi tips, kena pandai juga buktikan, yang tips yang diberi tu memang boleh pakai. 

Baiklah, seperti yang saya kongsikan di tajuk artikel ini, pemilik IDP 600,000 dah pun muncul di Tone Excel. 

Wow

Lihatlah buktinya... 

  
Terus terang saya kata, bukan calang-calang orang yang sanggup dan berani bertukar ke sim kad Tone Excel ini. 

Sememangnya ia memerlukan keberanian yang tinggi! 

Apa tidaknya, setelah anda menjadi simkad Tone Excel, anda akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan. Ada ke Telco lain yang menawarkan program keusahawanan macam yang di offer oleh Tone Excel ini? 

Tak ada. 

Kebanyakkannya nak suruh kita jadi pengguna sahaja. Dia bagi kita caj yang murah-murah supaya kita puas hati dan guna je tanpa ada banyak soalan. 

Walhal, setiap bulan kita menyumbangkan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada syarikat Telco. Tapi itu semua kita tak perasan, dan mereka juga tak nak kita tahu semua tu. 

Sebab itu syarikat Telco merasuah anda dengan memberi caj yang murah. 

Ramai terpedaya dengan JIMAT sedangkan kat Tone Excel, anda bukan sahaja akan dapat JIMAT malahan sesuatu yang lebih baik dari itu. Anda boleh jana pendapatan. 

Beberapa minit sebelum entri ini saya catatkan, saya baru sahaja mendaftarkan seorang pengguna baru sim kad Tone Excel. 

Nak tau berapa IDP dia? 

600,445


Memang cukup pantas! 

Dalam masa beberapa jam (atau mungkin beberapa minit) sahaja, dah bertambah lagi pengguna baru sehingga 445 orang. 

Laju kan? 

Mereka ini semua nampak peluang. 

Bukan ke lagi bagus bila kita topup kita dapat FREE kredit dan pada masa yang sama kita juga akan dapat rebate sebanyak 3 - 7%? 

Kalau sekadar nak jadi pengguna biasa pun ada banyak kelebihan. Kalau tak minat nak jalankan program ini, simple. 

Tak payah buat. 

Janji simkad tu tukar je simkad Tone Excel

 
 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...