Adakah simkad Tone Excel bermanfaat untuk anda?

Posted by sabree hussin on Monday, March 23, 2015

Soalan ni memang subjektif.

Saya jawab berdasarkan pengalaman saya sendiri memasarkan simkad ini. Pada saya, bukan semua orang akan dapat manfaat daripada simkad ini. 

.

..

Lebih-lebih lagi buat mereka yang tak ada minat, keinginan dan inisiatif untuk memasarkan simkad ini dibawah program komuniti WOW. 


Anda ingat senang ke nak buat duit dengan Tone Excel?

Jika anda fikir ianya mudah, anda dah tersilap BESAR. Ramai yang GAGAL dalam bidang ini. Malahan saya sendiri pernah gagal dalam bidang ini. Anda boleh baca tentang kisah kegagalan saya dalam bisnes ni dengan menekan klik pada pautan ini.


Semua orang pasti akan merasai kegagalan bila berada dalam bisnes ni. Namun, setiap orang akan alami kegagalan yang berbeza-beza. Adakah ia bersifat sementara, ataupun anda akan jadikan ia sebagai satu kegagalan yang PERMANENT? 

Bisnes ni tak sesuai untuk orang yang kurang sabar

Anda boleh bertahan, kalau dalam setahun anda usahakan bisnes ni, alih-alih income anda cuma setakat RM500 - RM600 sahaja sebulan?

Ah... orang yang tak pernah rasa income banyak ini memanglah akan kata, "ini dah lebih dari bagus dan sangat mencukupi..." 

(ko tak buat kerja, tiba-tiba dapat RM600 setiap bulan memang la ko suka. Cuba ko dah usaha sungguh-sungguh, tapi cuma dapat banyak tu... baru ko tau macam mana rasanya...)

.

..

Nampaknya, bukan saya seorang sahaja yang terpaksa melalui fasa kegagalan dalam bisnes ni. 

Salah seorang rakan niaga saya juga menghadapi ujian yang sama. 



Saya tulis semula apa yang ditulis di group support whatsapp saya. 

Ini kata-kata akhir sebelum beliau meninggalkan group saya. 


Assalammualaikum & Selamat Pagi semua :)

Maaf ya kerana hari ini saya terpaksa keluar daripada group ini kerana 
 saya dah pakai Simkad Telco yang lain.

Saya tidak dapat bertahan lama dalam biz ni.

Terima kasih atas semua tunjuk ajar, bantuan dan support pada saya selama ini. 

Jika ada kata2 atau perbuatan saya menyinggung hati semua, mohon maafkan saya ya.

Harap tiada yang marah ataupun terasa hati selepas ni.

Saya doakan semoga semua GengSImkadMagic di sini berjaya satu hari ni. Amin :)

Terima kasih ;) ;)

hmm...

Inilah REALITI. 

Bisnes ni memang ramai yang BERJAYA. Cerita kejayaan mereka ada dimana-mana. 

Namun kisah kegagalan, tidak kurang banyaknya.




  

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...