Setakat dua bulan tak ada downline, apa ada hal?

Posted by sabree hussin on Sunday, June 21, 2015



Katakanlah, anda dah pun join Tone Excel selama lebih kurang dua bulan, tetapi sampai sekarang anda masih belum berjaya dapat downline walaupun seorang, apa yang anda akan buat seterusnya? 


Adakah anda akan tambahkan dan gandakan lagi usaha? 


Adakah anda akan minta tolong dari upline anda?


Atau, adakah anda akan minta tolong dari sesiapa sahaja yang anda rasakan mampu untuk bantu anda? 


Adakah anda akan kembali menuntut ilmu, baca buku-buku tentang MLM, network marketing, dan datang kelas-kelas tentang Tone Excel?


Atau anda tak buat apa-apa. 


Atau anda akan give up dan port out nombor anda dari TE ke lain-lain telco? 


Mana satu yang lebih mencerminkan dan menggambarkan diri anda? 


Saya tak kenal anda. Anda juga mungkin tak kenal siapa saya. Anda juga mungkin tak terfikir, akan sampai ke laman web saya. Kat sini saya hanya cerita tentang Tone Excel, walaupun pada hakikatnya, Tone Excel bukanlah satu-satunya bisnes telco yang saya jalankan. 


Ok sebenarnya baru-baru ni, saya terima satu emel dari salah seorang subscriber saya yang mengatakan "dia masih belum dapatkan sebarang prospek untuk join TE menerusi rangkaian dia." 


PELIK. 


Ko ni tau ke tak apa maksud prospek? Tau tak apa beza prospek dengan pelanggan? 




Ringkasnya begini. 


Prospek adalah seseorang yang berpotensi untuk kita tukarkan dia jadi pelanggan. 


Pelanggan pula adalah seseorang yang telah membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan dari kita. 


Siapa prospek? Sesiapa sahaja boleh jadi prospek kita. Mak, ayah, adik beradik, pak cik, makcik, saudara mara, jiran, apek jual aiskrim, pakcik bawak teksi, abam bawak bas, semua manusia yang ada kat sekitar kita ni boleh dijadikan prospek. 


BEZANYA... 


Sama ada prospek tersebut berkualiti atau tidak. Sama ada mereka ada kemungkinan untuk ditukarkan kepada pelanggan atau sebaliknya. Bukan semua prospek, akan jadi pelanggan kita, walaupun kita dah cerita segala yang best-best kepada prospek kita tu. 


So bila ko kata, "dah dua bulan join tapi masih belum ada prospek"... 


Dalam kepala saya ni cuma pikir satu benda. "hang ni buat kerja ka tak buat kerja ni?"


.


..

Kalau dua bulan masih tak dapat downline. 


Apa ada hal. 


Saya sendiri, masa awal-awal join Tone Excel dulu, masuk bulan yang ketiga baru ada downline. So apa masalahnya? Even kalau tak ada downline sekalipun, masih lagi akan tetap guna handphone, kan? Masih lagi akan tetap topup macam biasa, betul tak?



Sementara masih tak ada downline ni, saya anggap anda masih lagi belum betul-betul busy. Ye la... anda kan tak ada downline, nak busy amendenya. Kalau anda masih nak kata yang anda ni memang super busy, pasti busy hal-hal yang tak ada kaitan dengan bisnes TE. 


So sekarang, cuba-cubalah ambik masa sikit, lihat ke dalam diri. Pasal apa anda masih tak dapat downline tu ya? 


Adakah anda kurang buat marketing? Anda kurang beri komitmen? Anda tak serius masa buat promosi? Atau sebenarnya masalah anda ialah anda langsung tak buat apa-apa lagi... 


Baiklah. 


Saya tak ada teknik magika untuk bantu anda dapatkan sales. Apa yang saya tahu, jika saya kongsikan kepada anda semuanya, pun belum tentu akan bantu anda dapat sales. Sebabnya, teknik saya hanya berkesan pada saya sahaja. 


Tapi, saya ada berita gembira untuk anda. 


Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, saya mempromosikan perniagaan Tone Excel ni dengan bantuan laman web ToneXpress ini


Jadi, apa yang berlaku ialah, walaupun prospek saya tak join sebagai downline Tone Excel, ada antara mereka yang join menerusi platform ToneXpress ini. 


Seorang downline, saya dibayar RM10.


Jika ada 100 downline? Anda boleh kira sendiri potensi pendapatannya, kan?


Perlukan penerangan lagi panjang pasal ToneXpress ke? Baca kat sini la ye. Atau klik review ToneXpress







 

        

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...