Bisnes Tone Excel Juga Ada Haters!

Posted by sabree hussin on Tuesday, February 17, 2015

Sebenarnya bukan sekadar bisnes Tone Excel

Malahan dalam apa jua perniagaan sekalipun, pasti akan ada haters. Pasti akan ada je yang tak kena pada pandangan mata orang lain. 

Perkara ni terlalu subjektif. 

Tak ada haters yang akan mengaku dirinya Haters. Kadang-kadang saya rasa, haters dan keyboard warriors ni sebenarnya tak banyak bezanya. 

Mereka muncul ditempat-tempat yang mereka tak diperlukan. 

Mereka menyuarakan pandangan dan melontarkan soalan, bukan dengan niat untuk dapatkan jawapan, tetapi sekadar untuk mempersoalkan. 

Setiap persoalan akhirnya menjurus kearah perdebatan yang tak akan ada kesudahan.

.

..



Kalau dalam bisnes Tone Excel ni, antara soalan yang popular yang sengaja nak dibahaskan ialah berkenaan dengan polisi insurans percuma yang diberikan secara percuma apabila pengguna simkad Tone Excel maintain topup sebanyak RM50 setiap bulan. 

Nota: Perlindungan akan berkuat kuasa pada hari ke 61 atau pada bulan ketiga setelah pengguna maintain topup setiap bulan RM50

Benda selalu disalah ertikan. 

Si jahil terus meloncat dan mengatakan Tone Excel ni tak patuh syariah sebabnya menghadiahkan perlindungan Insurans kepada penggunanya yang topup RM50 minima setiap bulan. 

Walhal benda ni percuma. 

Anda nak atau tak nak, ia diberi secara percuma. Perumpamaannya ibarat anda mendapat insurans percuma yang disediakan oleh majikan secara berkelompok. 

Belum tentu majikan akan sediakan pelan Takaful, mungkin majikan mencarum dengan syarikat insurans dan setiap staff adalah dilindungi oleh pelan perlindungan tersebut. 

.

..

Katakanlah, selepas 5 bulan anda bekerja, satu hari anda ditimpa musibah dan anda layak untuk claim insurans. Sekarang ni, anda tak pernah bayar apa-apa untuk dapatkan insurans, tetapi syarikat tempat anda bekerja yang hadiahkan perlindungan insurans tersebut kepada anda. 

Pada ketika itu, anda ada pilihan, sama ada nak buat tuntutan ataupun tidak. Itu hak anda. 

Kalau anda was-was dan tak yakin dengan kehalalan duit insurans tersebut, maka anda tak perlu buat sebarang tuntutan atau claim. Sebaliknya, jika anda berpegang pada pandangan insurans tersebut adalah HARUS kerana ia diberikan secara percuma oleh majikan dan anda tidak mencarum untuk mendapatkan perlindungan tersebut, maka anda boleh claim insurans tersebut tanpa risau melanggar sebarang hukum syariah. 

Apa pun, jika anda masih blur blur mengenai topik ini, maka saya amat menggalakkan anda baca buku-buku berkenaan dengan kewangan Islam dan sistem perniagaan Islam. 

Zaman sekarang ni, saya dah tengok terlalu ramai ustaz dan ustazah Internet, memandai-mandai jatuhkan hukum berlandaskan ilmu agama yang dia sendiri dapat dari internet. 

Orang macam ni ada baaaanyak. 

Mereka bukan bercakap dan menjatuhkan hukum berdasarkan landasan ilmu, sebaliknya bersandarkan nafsu. 

Saya bukanlah seorang yang sempurna serba serbi dari segi ilmu keagamaan hinggalah ilmu kewangan dan sistem perniagaan Islam. Saya juga masih lagi belajar, dan menelaah kitab-kitab yang dikarang oleh mereka yang mempunyai kredibiliti untuk memberi hujah.

.

..

Apa pun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Jika anda rasakan Tone Excel ini tak sesuai untuk anda, maka anda boleh cari peluang lain yang sesuai dengan anda. 

Tak perlu susah payah nak keluarkan fatwa dan pendapat merapu. Anda bukan sahaja mengelirukan orang lain, bahkan anda sendiri bakal buatkan diri anda makin keliru dengan ilmu yang tak seberapa yang anda miliki. 


.

..

Jom dapatkan simkad Tone Excel dari saya dan sertai level 1 saya. Dapatkan disini.  

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...