Yang Tersurat dan Yang Tersirat

Posted by sabree hussin on Wednesday, November 12, 2014

Pada suatu hari, datang seorang Hamba Allah. Beriya-iya dia bertanya tentang Tone Excel. 

Serba serbi dia nak tahu. 

Tone Excel ni patuh syariah ke tak? 

Tone Excel ni milik orang Melayu Bumiputera ke bukan? 

Tone Excel ni orang Islam punya ke?

Berapa kadar panggilan Tone Excel? Kenapa harga dia macam tu, kenapa pilih yang membebankan?

Kenapa sanggup berhabis duit nak beli simkad Tone Excel yang berharga RM90 sedangkan dengan RM10 anda dah boleh mula buat bisnes yang sama, dalam bidang telekomunikasi jugak. 

Alih-alih... rupa-rupanya yang beriya-iya tanya tu bukannya sebab nak tahu pasal Tone Excel sangat pun. 



Dia cuma berminat nak bermain dengan kata-kata dan nak mempengaruhi kita untuk keluar dari bisnes ni, dan follow bisnes dia. 

Itu yang tersirat. Pada awal-awal tu memang dia nampak macam baik, macam betul-betul ikhlas nak tahu, rupa-rupanya ada niat tersembunyi.

Segala yang dipertontonkan, konon-kononnya nak "bantu" kita hanyalah lakonan dan sandiwara untuk mempengaruhi kita. 

Biasanya, mula-mula tu memang dia akan tunjuk yang dia berada dipihak kita. Dia akan perkenalkan diri dan persembahkan diri sebagai seorang "kawan".

Bila kita dah mula percayakan dia, dia akan mula tembak kita dengan ayat-ayat marketing dan akan buatkan kita sendiri goyah dengan pendirian bisnes kita. 

Sebab tu kena tapis siapa kawan-kawan kita

Saya berkawan dengan semua orang. 

Tapi ada limit. Jika seseorang yang saya anggap "kawan" itu mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi urusan bisnes saya, saya akan limitkan pergaulan dengan "kawan" tersebut. 

Tak perlu nak follow sangat apa yang di update di FB setiap hari. 

Tak perlu nak selalu berPM atau berwhatsapp dengan dia. 

Tak perlu nak jumpa-jumpa selalu. Nak terserempak pun tak perlu. 

Biarlah kalau jumpa setahun sekali atau 2 tahun sekali dah cukup. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita atau pada perniagaan kita, dek kerana mendengar "nasihat" daripada "kawan-kawan" yang bahaya, adalah lebih baik kita hadkan pergaulan.

Atas sebab yang sama, anda perlu lebih banyak bersama dengan kawan-kawan yang mempunyai semangat juang dan perjuangan yang sama dengan anda.

Yang sama-sama nak berjaya. 

Yang sama-sama nak lihat anda berjaya. Yang ikhlas bersama-sama dengan perjuangan anda.

Suasana akan jadi lebih harmoni.

Saya tulis artikel ini, sebab saya dikhianati dan rasa ada cubaan nak sabotaj bisnes saya.

Perkara yang sama juga tak mustahil berlaku kepada anda.

Lebih-lebih lagi kalau anda baru bermula dan income anda dalam bisnes masih lagi ditahap biasa-biasa. 

Ingat! Dalam apa-apa bisnes, pasti ada yang top performer dan ada juga yang under achiever. 

Apa yang membezakan antara keduanya ialah usaha dan ilmu. Bukan produk, bukan syarikat, bukan harga, bukan marketing plan. 

Semoga anda tabah dan kuat apabila diuji! 

  
Continue Reading

Ada Ke Bisnes Yang TAK PAYAH CARI ORANG?

Posted by sabree hussin on Thursday, November 6, 2014

"... aku nak buat bisnes... tapi aku tak minat la bisnes yang kena cari-cari orang ni." 

Ah sudah... jem kepala otak aku. Amenda la aku nak ayat kat si polan ni. Bagi jawapan tak best karang, dia tak nak join buat bisnes ni. Bagi ayat menipu karang, dia komplen pulak kalau dia tak ada income lepas dah join bisnes ni. Bagi ayat yang jujur, kang SENTAP pulak budak ni.

  
Kalau dulu, bila saya jumpa orang yang kata dia tak minat nak cari-cari orang... saya akan bersusah payah untuk kemukakan segala hujah untuk membuka mata orang yang kata tak minat pada bisnes yang perlu cari orang. 

Tapi kali ni... keadaan dah berbeza. Terlalu berbeza. 

Kalau ada yang kata, tak minat nak buat bisnes yang kena cari orang... saya akan ikut pesan Sifu Mazelan Abas. 

"TERUS TUKAR TOPIK PERBUALAN, DAN TINGGALKAN DIA..." 

Tak payah lagi susah payah nak terangkan kat dia. Orang bodoh ni mahal ubatnya. Anda perlu bayar dengan masa anda yang sangat berharga. 

Orang Utan dengan Beruk ni tengah buat bisnes sesama sendiri. Sebab dia cuma berniaga sesama binatang. Jadi memang tak perlu cari orang. FAHAM?

Ada ke bisnes yang tak perlu cari orang? 

Taukey saloon, kalau dia tak buat bisnes dengan orang, dengan siapa dia nak jual servis dia? 

Taukey kedai runcit, kalau dia tak jual barangan runcit dia dengan orang, dengan siapa lagi dia nak jual stok barangan tu semua? 

Taukey kedai handphone, kalau dia tak jual handphone dia dekat orang, dekat siapa lagi yang dia nak jual? 

Guna common sense la sikit...

Anda mungkin nampak, taukey saloon, taukey kedai runcit dan taukey kedai handphone macam tak cari orang. Mereka cuma duduk di kedai, tetapi pelanggan yang datang cari dia. 

Tau sebab apa? Biar saya bagitahu... Sebabnya, mereka ni berniaga di tempat yang terbuka. Tempat yang ada ramai orang lalu lalang. Mereka ada premis perniagaan yang siap dengan dekorasi. 

Jadi, orang yang nampak kedai mereka dah tahu, ooo ini kedai runcit.

Tapi anda kena ingat satu perkara, bukak kedai runcit, bukak saloon kosnya bukan murah. Sewa kedai, bergantung pada kawasan boleh mencecah sekitar RM3,000 - RM8,000 sebulan. 

Ini belum masuk lagi kos untuk barang niaga. Stok. 

Kos untuk renovate kedai. Bil-bil semasa. Upah pekerja dan macam-macam lagi. 

Ya. Anda nampak macam orang tu tak perlu cari orang, sebab dia dah invest satu jumlah yang besar di permulaan perniagaannya. Apa yang ada pada diri mereka, kedai, signboard, susun atur dalaman berfungsi untuk menjual bagi pihak mereka. 

Anda ada duit? ... dan kalau ada duit sekali pun, anda sanggup risikokan sejumlah wang yang besar, untuk perniagaan yang belum tahu untung ruginya? 

Dalam bisnes Tone Excel ni, kita cuma mintak anda keluarkan modal RM90 sahaja. 

Anda akan dapat sekeping simkad, dan anda dah layak untuk jadi pengedar simkad Tone Excel ini. 

Mana ada bisnes lain yang memerlukan modal serendah RM90 untuk bermula? Kalau ada bisnes lain pun, yang kelihatan seakan-akan sama, anda perlu keluarkan RM290 sebagai modal permulaan. Baru layak jadi pengedar. 

Ini RM90 sahaja. 

Part kena cari orang. Itu lumrah. Inilah namanya bisnes. 

Ok fine. Kalau anda tak nak buat kerja-kerja cari orang ni, kena keluar modal lebih sikit la. Upah pekerja. 

Saya bagi tips sikit. Anda kenalpasti siapa yang nak buat bisnes ni. Pastikan orang tu memang ada semangat nak buat bisnes ni. Anda "belanja" dia masuk bisnes ni. 

Letakkan dia sebagai downline anda. 

Jangan cuma cari seorang je. Cari la ramai-ramai. Fokus anda cuma sponsor orang untuk dijadikan "staf" anda. Amacam berani? 

Kalau nak buat strategi macam ni, modal bukan lagi RM90. Ia akan jadi lebih banyak dari itu.

Wujud ke peluang buat duit yang tak perlu cari orang, cuma letak modal je?

Pasti la ada. 

Namun, kita tak panggil ia sebagai perniagaan.

Kita panggil ia sebagai pelaburan. 

Pelaburan juga ada untung dan rugi. Pelaburan tidak boleh menjamin pulangan wang yang tetap. Jika ia menjamin pulangan wang dan keuntungan yang tetap, ia dah jadi bukan pelaburan, tetapi ia adalah pelan riba.

Jadi, kalau anda nak berniaga, dan nak cuba perniagaan tone excel ni, buat betul-betul. 

Jangan buat separuh-separuh. Buat sampai jadi. Buat sampai habis! 
Alah bukan lama pun, fokus untuk buat benda ni betul-betul dalam masa 2 - 5 tahun je. 

Lepas tu dah boleh berhenti dah. 

Afterall, kalau anda tak buat bisnes ni pun, anda akan tetap guna handphone hingga akhir hayat anda juga. Betul, kan?  Ke lepas anda baca artikel ni, anda nak buang handphone anda dah?


Sabree Hussin
017 254 3031 
IDP449841 
Klang, Selangor 
 

   

 
Continue Reading

Jeruk Mangga Asam Boi Memang FENOMENA!

Posted by sabree hussin

Bukak FB je... mesti nampak iklan pasal produk jeruk mangga ni. Rasanya macam satu Malaysia duk tercari-cari dan mengidam nak makan jeruk mangga ni. 

Kat rumah saya ada pokok mangga. Langsung tak rasa macam nak makan pun. Tapi penangan jeruk mangga asam boi ni memang lain macam. 

Walaubagaimanapun... walau macam mana up sekali pun produk ni, kita semua perlu terima hakikat yang ianya bermusim. 

Sekarang ni memang tengah popular. Tetapi untuk berapa lama? Lagi-lagi untuk produk berasaskan makanan. 

Buah mangga tu sendiri, berapa lama ia boleh bertahan sehingga hilang kesegarannya? 

Seminggu? Dua minggu? 

Nak buat duit dengan menjual jeruk mangga asam boi



Jeruk mangga ini juga menarik perhatian golongan opportunist untuk cuba buat duit menjual jeruk mangga macam ni. 

Masing-masing dah mula berlumba-lumba nak dapatkan resipi jeruk mangga. Mana yang think business, instead of just think to make money, mereka akan mula perkenalkan produk mereka dalam packaging yang menarik. 

Oh... saya ada dengar jugak, kalau nak jeruk mangga ni tahan lama, kena asingkan bahan-bahan. Baru mangga tu tak mengecut. 

Saya belum ada rezeki lagi nak rasa jeruk mangga asam boi ni. Mungkin... dalam masa terdekat. Tak mengharap dan tak mencari pun :-)

Kalau nak buat duit dengan menjual produk ini... masa yang paling tepat ialah semalam. Jika anda mula semalam, hari ini mungkin dah boleh dapat hasilnya. Ataupun ada juga yang kata, anda patut mulakan sejak dua minggu yang lalu. 

Waktu produk ni baru lagi nak jadi bualan. 

Ada macam-macam packaging produk jeruk asam boi ni, adakah semua rasanya sama? 

I don't think so. (maaf kalau saya silap) 

Saya beranggapan rasanya pasti tak akan sama, dan ia pastinya dipengaruhi oleh beberapa keadaan, iaitu 

1. Jenis mangga yang digunakan

2. Jenis asam boi yang digunakan

3. Tahap kesegaran buah mangga

... ah ini yang buatkan saya agak tawar hati nak buat bisnes dalam industri makanan.

Selain faktor permintaan yang bermusim... ia juga tak tahan lama. There is too much at risk.

Bulan ini mungkin ramai orang cari produk ni. How about bulan-bulan seterusnya?

Macam mana sebagai peniaga nak handle apabila stok mangga dah tiada. Permintaan terhadap produk ini semakin berkurangan, komplen dan macam-macam lagi. 

Pening, kan...

Sebab tu, untuk orang yang malas nak pening-pening kepala macam saya ni, saya pilih untuk jual sim kad Tone Excel je. 

Jual sekali je dah cukup. 

Tak perlu risau bab persaingan, sebabnya kita bergerak dalam kumpulan. Jualan kumpulan, kita dapat sikit imbuhan. 

Memang berbeza sangat dengan jualan produk-produk biasa. 

Kalau produk biasa (selain yang menggunakan kaedah pemasaran seperti Tone Excel) kalau bulan tu jual banyak, untung banyak. Kalau bulan seterusnya tak ada jualan... ha... garu kepala. Dah kena cari produk lain pulak nak dijual. 

Bisnes Tone Excel, LAIN.

Kalau bulan ni tak dapat nak buat sales, In Shaa Allah masih ada income. Hasil daripada jualan bulan lepas, dan juga komisyen topup daripada kumpulan. 

Itu pun masih nak pertikaikan lagi bisnes ni? 


Sabree Hussin
IDP449841
017 254 3031
Klang, Selangor


Kalau nak tempah jeruk mangga ni, boleh ke FB Page Jeruk Mangga Asam Boi     


Continue Reading

Kaedah Pemasaran Tone Excel Menerusi Pos Risalah

Posted by sabree hussin on Wednesday, November 5, 2014

Petang tu sekitar jam 6 suku, hujan turun dengan renyai-renyai.

Waktu hujan-hujan macam ni, memang tak sesuai nak buat aktiviti diluar rumah. Kalau nak keluar ke pekan pun rasa malas betul...

Almaklumlah, sekarang ni waktu Maghrib masuk agak cepat. Kalau di Klang, tepat jam 7:00 malam dah masuk waktu maghrib. 

Saya buka TV. 

Tukar ke channel 710. Cerita Sleepy Hollow Season 2 tengah ditayangkan. Hujan punya pasal, siaran sekejap ada sekejap hilang. Ah... boring lah. 

Tukar pulak ke channel 721. Erk! Ada cerita The Voice. Tak minat. 

Tekan button play. Semak balik senarai movie yang saya pernah rakam sebelum ni. 

Check satu per satu. 

Rasa macam nak tengok cerita Hobbit 2: Desolation of Smaug

Hujan kat luar makin lebat. Matikan tv. Rasa tak berani pulak nak tengok tv bila hujan makin lebat macam ni. Kemudian mata saya terperasan ada timbunan surat betul-betul kat tepi tv. 

Saya memang maklum, kat situ ada surat-surat saya. Ada yang sengaja saya malas nak bukak. 

Ala... dah tau dah. Ni mesti surat daripada bank. 

Sama ada dia nak bagi penyata akaun, atau nak ingatkan saya untuk bayar hutang kad kredit. Memang begitulah rutinnya. Dah biasa dah...

Tiba-tiba mata saya ternampak sepucuk surat yang agak lain daripada yang lain. Saya kata ia lain daripada yang lain sebab ia ditulis dengan tulisan tangan. 

Kalau tulisan tangan ni... Hmmm betul-betul buatkan hati saya tak sabar-sabar nak tahu... surat apa ni ye? 

Kalau surat yang ditaip dengan menggunakan perisian komputer, itu tak payah bukak pun dah tahu dah. Mesti surat dari bank punya tu. 

Saya pun bukak. 

Rupanya kat dalam surat tu berisi... 


Sekali tengok macam tak ada apa-apa kan? Ho ho nanti dulu. 

Saya respek dengan kaedah pemasaran ni. 

Mula-mula sekali, bukan senang nak tulis tangan nama dan alamat prospek ni. Kalau ada 1,000 orang? Mau lenguh tangan nak tulis satu per satu. 

Lagi satu, part yang paling penting. Kos dari segi wang ringgit!

Satu masa dulu, ala... ni cerita masa dulu-dulu la... kalau nak post surat, pakai setem 30sen je dah cukup. Itu pun dah rasa mahal betul dah tu. 

Tapi hari ini, rasanya kalau cuma pakai yang 30sen tak kemana la surat tu. 

Risalah ini dihantar menggunakan pos biasa, dan menggunakan setem 60sen.

Mahal ke mahal? 

Entahlah... kalau saya, itu dah kira mahal dah. Saya lagi rela gunakan bajet untuk hantar surat ni untuk buat pengiklanan berbayar pay per click adwords daripada hantar surat macam ni. 

Nampak tak beza antara orang yang nampak peluang dengan orang yang cuma nampak masalah? 

Pada saya, penghantar risalah ini adalah seorang yang opportunist. 

Mata beliau dah dilatih untuk melihat peluang-peluang yang tersembunyi. Ramai yang tak nampak, besarnya potensi pendapatan dalam bisnes ni. 

Ok... 

Orang biasa akan nampak... Mak aih... mahalnya 60sen. 

Tapi, kalau anda perasan, apabila ada yang beri respons dan setuju untuk jadi pengguna dan pengedar sim kad Tone Excel ini, kat situ je dah dapat untung RM20. 

RM20 - RM0.60 = RM19.40

Anda masih lagi untung RM19.40

Kat mana fokus anda? Untung RM19.40 atau kos pemasaran 60sen. Orang biasa, lagi ramai yang fokus kat kos pemasaran 60sen tu sampai lupa pada untung yang lagi besar. 

Itu belum kira lagi keuntungan sepanjang hayat, dalam bentuk komisyen topup selagi mana pelanggan anda itu masih lagi tetap guna simkad Tone Excel ni.

Bisnes memang beginilah. Pada awal-awalnya memang kita perlu laburkan sedikit belanja sebagai modal. Modal untuk promosi. Modal untuk stok sim kad. 

... dan kalau tak nak keluarkan semua modal tu, anda masih tetap perlukan modal untuk dapatkan simkad anda sendiri, dan modal untuk upgrade diri dengan ilmu-ilmu meniaga. 

Apa pun, jangan kata anda dah buat semua benda dalam bisnes ni. 

Saya yakin, pembaca blog ini, masih ramai lagi yang tak pernah cuba kaedah edar risalah Tone Excel pakai pos macam yang saya terima ni. 

Buntu dan anda nak tau kaedah promosi bisnes Tone Excel yang lain?

Apa kata anda baca: Adakah anda pernah cuba kaedah promosi seperti ini..?


Terima kasih kerana membaca. 

Moga bermanfaat hendaknya. 

 
Continue Reading

Kena HENTAM Itu Lumrah Perniagaan

Posted by sabree hussin on Tuesday, November 4, 2014

Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang ringan mulut untuk menghentam dan memperlekehkan orang lain? 

Ataupun, 

Anda berada dalam kelompok yang kerap kali jadi sasaran hentaman orang lain? 

Agak-agak, anda ni cenderung untuk berada di pihak yang mana satu?

Perkara ni normal. Ia biasa terjadi. Lebih-lebih lagi untuk orang yang berniaga. Kata nak jadi usahawan kan... mestilah kena tebalkan telinga dan cekalkan hati. 

Setakat kena hentam, kena sindir, kena perli, itu semua kita anggap sebagai benda kecik je. Semua orang yang nak jadi usahawan, perlu lalui perkara yang sama. 

Apa ingat orang yang kerja makan gaji tak ada yang kena hentam? Come on la... semua orang, tak kira sama ada dia kerja makan gaji ataupun seorang usahawan pasti tak akan terlepas daripada melalui pengalaman kena hentam. 

Jadi, apa yang peliknya? Sampai tahap ni... saya harap anda dapat pegang satu konsep ni... "kena hentam ini adalah sesuatu yang normal dan tak ada apa yang perlu dimalukan... Ia adalah satu fasa WAJIB dilalui oleh semua orang" 

Saya bangga Menjadikan Tone Excel Sebagai Bisnes Saya 


Saya banyak kali mulakan bisnes baru. 

Saya juga banyak kali gagal dalam bisnes-bisnes yang saya buat. Bisnes yang setakat suam-suam kuku pun ada banyak jugak.


Akan tetapi... bisnes Tone Excel ni LAIN MACAM! 

Ia amat berbeza berbanding dengan bisnes-bisnes lain yang saya buat.

Kebanyakkan bisnes yang saya buat, saya perlu buat jualan berulang kali, barulah saya dapat capai pendapatan yang baik. Berbeza dengan bisnes simkad Tone Excel ini, saya hanya perlu buat jualan sekali sahaja. 

Bulan November ni saya masih belum jual sim kad lagi. (dan jika anda sudi bantu saya, dapatkan simkad dan aktifkan menerusi IDP saya 449841)

Alhamdulilah, saya dah ada income dalam bisnes ni. Syukur atas nikmat yang dipinjamkan Allah kepada saya.

Saya kenal Tone Excel dulu berbanding bisnes Telco lain 


Waktu saya mula-mula kenal Tone Excel, saya tak jumpa lagi bisnes telco lain yang seumpama dengannya.  Tak salah kalau saya katakan, pada waktu tu, tak ada lagi bisnes Telco lain yang menawarkan peluang penjanaan pendapatan seperti yang ditawarkan oleh Tone Excel. 

Saya ambil masa sekurang-kurangnya setengah tahun untuk saya kaji baik dan buruk, peluang dan ancaman (jika ada) jika saya berhasrat untuk memulakan perniagaan saya dalam industri ini. 

Tujuan saya buat bisnes ni, dan jadi pengguna talian Tune Talk yang menggunakan sim kad Tone Excel, ialah saya nak buat duit. Langsung tak terlintas dihati saya nak jimat, nak murah atau anything in between.

Simkad Tone Excel ini sendiri tak pernah diperkenalkan sebagai simkad murah, sim kad jimat ataupun simkad unlimited internet kuota. Tak pernah...  

Simkad ini menawarkan pelan penjanaan pendapatan. Dan jika anda seorang yang aktif menghasilkan jualan, anda juga berpeluang untuk menghasilkan pendapatan pasif. 

Menarik, kan? 

Hanya pesaing dalam bisnes ni je yang akan kata apa yang ditawarkan oleh Tone Excel ni tak menarik. 



Kena hentam tu perkara biasa...

Anggap ini semua lumrah alam perniagaan. 

Jangan kita harap semua orang akan layan kita dengan baik. Kita tak perlu terkejut pun kalau dilayan dengan makian, tohmahan dan sindirian. 

Kita terima je... yang setengah orang ni memang mempunyai sifat buruk built in dalam diri mereka. Jangan marah dan tak perlu salahkan mereka. Simpan dendam pun tak perlu. 

Sebab mereka yang buruk lagi hodoh perangainya ni, tak sedar pun mereka ada perangai yang buruk. Apa boleh buat, sebabnya mereka pun tak tau yang perangai mereka ni buruk dan busuk. Mungkin sebab dah terbiasa.

Apa pun, tak perlu terkejut sangat jika ada ahli dalam network kita berpindah ke Telco lain. 

This is just business. Purely business. 

Biasalah. 

Pengguna Maxis ada yang bertukar ke Celcom. Pengguna Celcom ada yang bertukar ke pelan Digi. Dah bertukar ke Digi ada yang patah balik pakai Celcom. 

Jadi sama lah halnya dengan pengguna simkad Tone Excel. Nanti-nanti kalau dia dah tak minat pakai simkad Tone Excel, dia akan bertukar sendiri. Tetapi, kalau nanti dia rasa macam nak pakai semula simkad Tone Excel, dia akan datang balik. 

Tapi waktu tu, dia mungkin akan menyesal la. Sebabnya dia dah kehilangan network dan rangkaian pengedar dibawah mereka. 

Untuk yang nak berpindah, kita ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk menjadi pelanggan kita, kerana sudi untuk menyokong bisnes kita. 

Pada bila-bila masa, kita amat berbesar hati untuk menerima mereka semula untuk masuk dalam rangkaian kita. 

Jika apa yang dicari di Telco lain tak sama seperti yang diharapkan, you are most welcome to come back. Sama macam yang terjadi kat saya sebelum ini. 

Saya pernah guna simkad Tone Excel sebelum ini. 

Namun, disebabkan saya hilang fokus, saya biarkan sim saya expired. 

Tahun ni, saya mula kembali dalam bisnes ni... Ah... sedikit sebanyak saya rasa rugi, sebab simkad yang lama tu, saya dah ada income. 

Apa pun, saya anggap ini semua sebagai pengalaman yang berharga. 

Tak akan saya sia-siakan lagi bisnes ni..

Sebabnya?

BISNES INI BISNES SAYA! 



Sabree Hussin 
IDP449841 
017 254 3031 
Klang, Selangor     

 

  
Continue Reading

Contohi Bisnes Pesaing Untuk Majukan Bisnes Sendiri

Posted by sabree hussin

Tak ada apa yang perlu disembunyikan. Segenap inci tentang bisnes Tone Excel ini telah pun saya ceritakan sama ada menerusi satu artikel yang panjang mahupun artikel yang ringkas-ringkas dalam blog ni. 

Namun, tetap ada yang cuba mencari, apa dia keburukkan join bisnes Tone Excel ni?

Ya memang betul. Tak ada satu pun yang perfect atas muka bumi ini. 

Jika ada yang mengatakan modal permulaan sebanyak RM90 sebagai MAHAL dan ianya adalah satu keburukkan, ada beberapa perkara yang bermain difikiran saya. Saya boleh gambarkan sama ada, yang berkata tu

1. Adalah seseorang yang bukannya business minded

2. Pesaing. Boleh jadi dari syarikat OneXOX, RedOne dan sebagainya

3. Mereka yang dah puas hati dengan apa yang dia miliki

4. Mereka yang memang tak nak dan tak minat dengan apa yang kita tawarkan

No problem

Lagipun, bisnes ni memang kita cuma tawarkan kepada mereka yang benar-benar berminat sahaja. 

Just because seorang dua kata tak nak, (dan mereka pula adalah pesaing) tak kan kita terus menganggap tak ada lagi orang Malaysia yang nak pakai sim kad ini.

Sejak sekian lama saya menjadi pengguna Maxis. Saya amat berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan oleh Maxis, namun adakah satu Malaysia menjadi pengguna Maxis?



Tidak. 

Tetap ada yang menjadi pengguna Celcom, Digi, Umobile dan sebagainya. Jadi, adakah just because orang tak nak guna Maxis, pihak Maxis stop buat marketing untuk produk mereka? 

Nope. 

Malahan kalau anda perasan, setiap tahun Maxis pasti akan memperkenalkan pelan-pelan telco yang baru, dan mereka cipta iklan-iklan baru yang lebih menarik. Sehinggakan pernah satu hari, saya ternanti-nati, "bagaimana agaknya rupa iklan raya dari Maxis ya..." 

Sifat seperti ini yang perlu kita contohi. 

Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Kita tak akan selama-lamanya dibiarkan tanpa ada sebarang ujian. 

Tak perlu takut dengan ujian, kerana ujian itulah yang mematangkan kita. ujian itulah yang akan jadi penanda aras sama ada kita benar-benar dah faham dengan konsep bisnes dan teknik pemasaran yang dipelajari sebelum ini. 

Tak ada siapa yang mengatakan bisnes ni mudah. 

Tak ada siapa. 

... dan saya pasti, tak ada siapa yang menipu, memaksa ataupun memperdayakan diri anda untuk join bisnes ni. Anda sendiri yang nak join, dan nak bina masa depan yang lebih baik menerusi ikhtiar sebagai usahawan Tone Excel. 

Apa yang mengubah pendirian anda? 

Apa yang menyebabkan anda side track? Apa yang membuatkan anda hilang fokus? 

Apa sebenarnya yang buatkan anda hilang semangat? 

Apa sebenarnya yang anda masih tak tahu mengenai bisnes ni? Apa sebenarnya bantuan yang anda perlukan? 

Terlalu banyak persoalan. 

Adakalanya saya rasa terkilan, dengan mereka yang dah bersusah payah join bisnes ni. Mereka masih belum berjaya, tapi dah give up. 

Mereka ini adalah golongan yang suka buat kerja separuh jalan. Perjalanan masih panjang, namun mereka tak habiskan dan tak siapkan kerja yang patut diselesaikan. 

Belajar dari upline anda 

... ataupun belajarlah dari upline orang lain. 

Jika ada peluang untuk belajar percuma, ambil perluang tersebut. Jika perlu bayar untuk anda kuasai sesuatu ilmu, bayarlah. 

Yang penting anda kena belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru. Pengetahuan dan skil yang anda ada pada waktu ini adalah penyebab kenapa income anda "tersekat" pada tahap anda sekarang ni. 

Saya suka nak kaitkan dengan alam pekerjaan. 

Sebagai seorang pekerja biasa, yang bekerja dengan majikan... income saya juga sebenarnya "tersekat" pada satu tahap semata-mata. Untuk saya naikkan income saya, saya perlu dapatkan ilmu baru. 

Kelayakkan baru. 

Mungkin saya perlu dapatkan ijazah, sarjana muda, PhD dan sebagainya... barulah saya boleh improve income saya. 

Bisnes ni juga mematuhi peraturan yang sama. Jika anda berjaya kuasai strategi pemasaran yang betul, apa yang menghalang anda untuk berjaya dalam bisnes ni? 

Ramai yang menjadikan laman web FB sebagai medium pemasaran, namun tak ramai yang berani untuk invest untuk dapatkan sistem pemasaran yang lebih ampuh dan berkesan. 

Berapa ramai yang sanggup untuk guna sistem pemasaran FB Viralism untuk dapatkan lebih ramai prospek di FB?

Apa yang saya perhatikan, ramai yang terikut-ikut dengan ahli lain, yang hanya menggunakan kaedah biasa, hanya update status biasa-biasa di wall FB sendiri.  

Cuba bayangkan... jika anda cuba sesuatu yang luar biasa, bukannya untuk orang lain, tetapi untuk bisnes anda sendiri, siapa yang untung?  

Buat mereka yang mungkin dah terlupa, bisnes Tone Excel ini adalah bisnes jangka masa panjang. 

Ia bukannya bisnes untuk sebulan dua. 

Ia adalah bisnes yang anda perlu usahakan at least 3 - 5 tahun. In fact, bisnes konvensional juga memerlukan at least 5 tahun baru anda akan dapat lihat hasilnya. 

Saya percaya, jika anda konsisten mempromosikan bisnes ni, 5 tahun dari sekarang, anda pasti akan tersenyum puas melihat hasil susah payah dan usaha keras anda. 

Salam kejayaan dari saya, 

Sabree Hussin 
IDP449841 
017 254 3031
 
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...