Contohi Bisnes Pesaing Untuk Majukan Bisnes Sendiri

Posted by sabree hussin on Tuesday, November 4, 2014

Tak ada apa yang perlu disembunyikan. Segenap inci tentang bisnes Tone Excel ini telah pun saya ceritakan sama ada menerusi satu artikel yang panjang mahupun artikel yang ringkas-ringkas dalam blog ni. 

Namun, tetap ada yang cuba mencari, apa dia keburukkan join bisnes Tone Excel ni?

Ya memang betul. Tak ada satu pun yang perfect atas muka bumi ini. 

Jika ada yang mengatakan modal permulaan sebanyak RM90 sebagai MAHAL dan ianya adalah satu keburukkan, ada beberapa perkara yang bermain difikiran saya. Saya boleh gambarkan sama ada, yang berkata tu

1. Adalah seseorang yang bukannya business minded

2. Pesaing. Boleh jadi dari syarikat OneXOX, RedOne dan sebagainya

3. Mereka yang dah puas hati dengan apa yang dia miliki

4. Mereka yang memang tak nak dan tak minat dengan apa yang kita tawarkan

No problem

Lagipun, bisnes ni memang kita cuma tawarkan kepada mereka yang benar-benar berminat sahaja. 

Just because seorang dua kata tak nak, (dan mereka pula adalah pesaing) tak kan kita terus menganggap tak ada lagi orang Malaysia yang nak pakai sim kad ini.

Sejak sekian lama saya menjadi pengguna Maxis. Saya amat berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan oleh Maxis, namun adakah satu Malaysia menjadi pengguna Maxis?



Tidak. 

Tetap ada yang menjadi pengguna Celcom, Digi, Umobile dan sebagainya. Jadi, adakah just because orang tak nak guna Maxis, pihak Maxis stop buat marketing untuk produk mereka? 

Nope. 

Malahan kalau anda perasan, setiap tahun Maxis pasti akan memperkenalkan pelan-pelan telco yang baru, dan mereka cipta iklan-iklan baru yang lebih menarik. Sehinggakan pernah satu hari, saya ternanti-nati, "bagaimana agaknya rupa iklan raya dari Maxis ya..." 

Sifat seperti ini yang perlu kita contohi. 

Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Kita tak akan selama-lamanya dibiarkan tanpa ada sebarang ujian. 

Tak perlu takut dengan ujian, kerana ujian itulah yang mematangkan kita. ujian itulah yang akan jadi penanda aras sama ada kita benar-benar dah faham dengan konsep bisnes dan teknik pemasaran yang dipelajari sebelum ini. 

Tak ada siapa yang mengatakan bisnes ni mudah. 

Tak ada siapa. 

... dan saya pasti, tak ada siapa yang menipu, memaksa ataupun memperdayakan diri anda untuk join bisnes ni. Anda sendiri yang nak join, dan nak bina masa depan yang lebih baik menerusi ikhtiar sebagai usahawan Tone Excel. 

Apa yang mengubah pendirian anda? 

Apa yang menyebabkan anda side track? Apa yang membuatkan anda hilang fokus? 

Apa sebenarnya yang buatkan anda hilang semangat? 

Apa sebenarnya yang anda masih tak tahu mengenai bisnes ni? Apa sebenarnya bantuan yang anda perlukan? 

Terlalu banyak persoalan. 

Adakalanya saya rasa terkilan, dengan mereka yang dah bersusah payah join bisnes ni. Mereka masih belum berjaya, tapi dah give up. 

Mereka ini adalah golongan yang suka buat kerja separuh jalan. Perjalanan masih panjang, namun mereka tak habiskan dan tak siapkan kerja yang patut diselesaikan. 

Belajar dari upline anda 

... ataupun belajarlah dari upline orang lain. 

Jika ada peluang untuk belajar percuma, ambil perluang tersebut. Jika perlu bayar untuk anda kuasai sesuatu ilmu, bayarlah. 

Yang penting anda kena belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru. Pengetahuan dan skil yang anda ada pada waktu ini adalah penyebab kenapa income anda "tersekat" pada tahap anda sekarang ni. 

Saya suka nak kaitkan dengan alam pekerjaan. 

Sebagai seorang pekerja biasa, yang bekerja dengan majikan... income saya juga sebenarnya "tersekat" pada satu tahap semata-mata. Untuk saya naikkan income saya, saya perlu dapatkan ilmu baru. 

Kelayakkan baru. 

Mungkin saya perlu dapatkan ijazah, sarjana muda, PhD dan sebagainya... barulah saya boleh improve income saya. 

Bisnes ni juga mematuhi peraturan yang sama. Jika anda berjaya kuasai strategi pemasaran yang betul, apa yang menghalang anda untuk berjaya dalam bisnes ni? 

Ramai yang menjadikan laman web FB sebagai medium pemasaran, namun tak ramai yang berani untuk invest untuk dapatkan sistem pemasaran yang lebih ampuh dan berkesan. 

Berapa ramai yang sanggup untuk guna sistem pemasaran FB Viralism untuk dapatkan lebih ramai prospek di FB?

Apa yang saya perhatikan, ramai yang terikut-ikut dengan ahli lain, yang hanya menggunakan kaedah biasa, hanya update status biasa-biasa di wall FB sendiri.  

Cuba bayangkan... jika anda cuba sesuatu yang luar biasa, bukannya untuk orang lain, tetapi untuk bisnes anda sendiri, siapa yang untung?  

Buat mereka yang mungkin dah terlupa, bisnes Tone Excel ini adalah bisnes jangka masa panjang. 

Ia bukannya bisnes untuk sebulan dua. 

Ia adalah bisnes yang anda perlu usahakan at least 3 - 5 tahun. In fact, bisnes konvensional juga memerlukan at least 5 tahun baru anda akan dapat lihat hasilnya. 

Saya percaya, jika anda konsisten mempromosikan bisnes ni, 5 tahun dari sekarang, anda pasti akan tersenyum puas melihat hasil susah payah dan usaha keras anda. 

Salam kejayaan dari saya, 

Sabree Hussin 
IDP449841 
017 254 3031
 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...