Kaedah Pemasaran Tone Excel Menerusi Pos Risalah

Posted by sabree hussin on Wednesday, November 5, 2014

Petang tu sekitar jam 6 suku, hujan turun dengan renyai-renyai.

Waktu hujan-hujan macam ni, memang tak sesuai nak buat aktiviti diluar rumah. Kalau nak keluar ke pekan pun rasa malas betul...

Almaklumlah, sekarang ni waktu Maghrib masuk agak cepat. Kalau di Klang, tepat jam 7:00 malam dah masuk waktu maghrib. 

Saya buka TV. 

Tukar ke channel 710. Cerita Sleepy Hollow Season 2 tengah ditayangkan. Hujan punya pasal, siaran sekejap ada sekejap hilang. Ah... boring lah. 

Tukar pulak ke channel 721. Erk! Ada cerita The Voice. Tak minat. 

Tekan button play. Semak balik senarai movie yang saya pernah rakam sebelum ni. 

Check satu per satu. 

Rasa macam nak tengok cerita Hobbit 2: Desolation of Smaug

Hujan kat luar makin lebat. Matikan tv. Rasa tak berani pulak nak tengok tv bila hujan makin lebat macam ni. Kemudian mata saya terperasan ada timbunan surat betul-betul kat tepi tv. 

Saya memang maklum, kat situ ada surat-surat saya. Ada yang sengaja saya malas nak bukak. 

Ala... dah tau dah. Ni mesti surat daripada bank. 

Sama ada dia nak bagi penyata akaun, atau nak ingatkan saya untuk bayar hutang kad kredit. Memang begitulah rutinnya. Dah biasa dah...

Tiba-tiba mata saya ternampak sepucuk surat yang agak lain daripada yang lain. Saya kata ia lain daripada yang lain sebab ia ditulis dengan tulisan tangan. 

Kalau tulisan tangan ni... Hmmm betul-betul buatkan hati saya tak sabar-sabar nak tahu... surat apa ni ye? 

Kalau surat yang ditaip dengan menggunakan perisian komputer, itu tak payah bukak pun dah tahu dah. Mesti surat dari bank punya tu. 

Saya pun bukak. 

Rupanya kat dalam surat tu berisi... 


Sekali tengok macam tak ada apa-apa kan? Ho ho nanti dulu. 

Saya respek dengan kaedah pemasaran ni. 

Mula-mula sekali, bukan senang nak tulis tangan nama dan alamat prospek ni. Kalau ada 1,000 orang? Mau lenguh tangan nak tulis satu per satu. 

Lagi satu, part yang paling penting. Kos dari segi wang ringgit!

Satu masa dulu, ala... ni cerita masa dulu-dulu la... kalau nak post surat, pakai setem 30sen je dah cukup. Itu pun dah rasa mahal betul dah tu. 

Tapi hari ini, rasanya kalau cuma pakai yang 30sen tak kemana la surat tu. 

Risalah ini dihantar menggunakan pos biasa, dan menggunakan setem 60sen.

Mahal ke mahal? 

Entahlah... kalau saya, itu dah kira mahal dah. Saya lagi rela gunakan bajet untuk hantar surat ni untuk buat pengiklanan berbayar pay per click adwords daripada hantar surat macam ni. 

Nampak tak beza antara orang yang nampak peluang dengan orang yang cuma nampak masalah? 

Pada saya, penghantar risalah ini adalah seorang yang opportunist. 

Mata beliau dah dilatih untuk melihat peluang-peluang yang tersembunyi. Ramai yang tak nampak, besarnya potensi pendapatan dalam bisnes ni. 

Ok... 

Orang biasa akan nampak... Mak aih... mahalnya 60sen. 

Tapi, kalau anda perasan, apabila ada yang beri respons dan setuju untuk jadi pengguna dan pengedar sim kad Tone Excel ini, kat situ je dah dapat untung RM20. 

RM20 - RM0.60 = RM19.40

Anda masih lagi untung RM19.40

Kat mana fokus anda? Untung RM19.40 atau kos pemasaran 60sen. Orang biasa, lagi ramai yang fokus kat kos pemasaran 60sen tu sampai lupa pada untung yang lagi besar. 

Itu belum kira lagi keuntungan sepanjang hayat, dalam bentuk komisyen topup selagi mana pelanggan anda itu masih lagi tetap guna simkad Tone Excel ni.

Bisnes memang beginilah. Pada awal-awalnya memang kita perlu laburkan sedikit belanja sebagai modal. Modal untuk promosi. Modal untuk stok sim kad. 

... dan kalau tak nak keluarkan semua modal tu, anda masih tetap perlukan modal untuk dapatkan simkad anda sendiri, dan modal untuk upgrade diri dengan ilmu-ilmu meniaga. 

Apa pun, jangan kata anda dah buat semua benda dalam bisnes ni. 

Saya yakin, pembaca blog ini, masih ramai lagi yang tak pernah cuba kaedah edar risalah Tone Excel pakai pos macam yang saya terima ni. 

Buntu dan anda nak tau kaedah promosi bisnes Tone Excel yang lain?

Apa kata anda baca: Adakah anda pernah cuba kaedah promosi seperti ini..?


Terima kasih kerana membaca. 

Moga bermanfaat hendaknya. 

 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...