Yang Tersurat dan Yang Tersirat

Posted by sabree hussin on Wednesday, November 12, 2014

Pada suatu hari, datang seorang Hamba Allah. Beriya-iya dia bertanya tentang Tone Excel. 

Serba serbi dia nak tahu. 

Tone Excel ni patuh syariah ke tak? 

Tone Excel ni milik orang Melayu Bumiputera ke bukan? 

Tone Excel ni orang Islam punya ke?

Berapa kadar panggilan Tone Excel? Kenapa harga dia macam tu, kenapa pilih yang membebankan?

Kenapa sanggup berhabis duit nak beli simkad Tone Excel yang berharga RM90 sedangkan dengan RM10 anda dah boleh mula buat bisnes yang sama, dalam bidang telekomunikasi jugak. 

Alih-alih... rupa-rupanya yang beriya-iya tanya tu bukannya sebab nak tahu pasal Tone Excel sangat pun. 



Dia cuma berminat nak bermain dengan kata-kata dan nak mempengaruhi kita untuk keluar dari bisnes ni, dan follow bisnes dia. 

Itu yang tersirat. Pada awal-awal tu memang dia nampak macam baik, macam betul-betul ikhlas nak tahu, rupa-rupanya ada niat tersembunyi.

Segala yang dipertontonkan, konon-kononnya nak "bantu" kita hanyalah lakonan dan sandiwara untuk mempengaruhi kita. 

Biasanya, mula-mula tu memang dia akan tunjuk yang dia berada dipihak kita. Dia akan perkenalkan diri dan persembahkan diri sebagai seorang "kawan".

Bila kita dah mula percayakan dia, dia akan mula tembak kita dengan ayat-ayat marketing dan akan buatkan kita sendiri goyah dengan pendirian bisnes kita. 

Sebab tu kena tapis siapa kawan-kawan kita

Saya berkawan dengan semua orang. 

Tapi ada limit. Jika seseorang yang saya anggap "kawan" itu mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi urusan bisnes saya, saya akan limitkan pergaulan dengan "kawan" tersebut. 

Tak perlu nak follow sangat apa yang di update di FB setiap hari. 

Tak perlu nak selalu berPM atau berwhatsapp dengan dia. 

Tak perlu nak jumpa-jumpa selalu. Nak terserempak pun tak perlu. 

Biarlah kalau jumpa setahun sekali atau 2 tahun sekali dah cukup. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada diri kita atau pada perniagaan kita, dek kerana mendengar "nasihat" daripada "kawan-kawan" yang bahaya, adalah lebih baik kita hadkan pergaulan.

Atas sebab yang sama, anda perlu lebih banyak bersama dengan kawan-kawan yang mempunyai semangat juang dan perjuangan yang sama dengan anda.

Yang sama-sama nak berjaya. 

Yang sama-sama nak lihat anda berjaya. Yang ikhlas bersama-sama dengan perjuangan anda.

Suasana akan jadi lebih harmoni.

Saya tulis artikel ini, sebab saya dikhianati dan rasa ada cubaan nak sabotaj bisnes saya.

Perkara yang sama juga tak mustahil berlaku kepada anda.

Lebih-lebih lagi kalau anda baru bermula dan income anda dalam bisnes masih lagi ditahap biasa-biasa. 

Ingat! Dalam apa-apa bisnes, pasti ada yang top performer dan ada juga yang under achiever. 

Apa yang membezakan antara keduanya ialah usaha dan ilmu. Bukan produk, bukan syarikat, bukan harga, bukan marketing plan. 

Semoga anda tabah dan kuat apabila diuji! 

  

{ 1 comments... read them below or add one }

kakiblog said...

adalah perkara biasa kita diuji untuk join bisnes lain..ya memang sukar juga berkawan kerana bisnes

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...