Kena HENTAM Itu Lumrah Perniagaan

Posted by sabree hussin on Tuesday, November 4, 2014

Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang ringan mulut untuk menghentam dan memperlekehkan orang lain? 

Ataupun, 

Anda berada dalam kelompok yang kerap kali jadi sasaran hentaman orang lain? 

Agak-agak, anda ni cenderung untuk berada di pihak yang mana satu?

Perkara ni normal. Ia biasa terjadi. Lebih-lebih lagi untuk orang yang berniaga. Kata nak jadi usahawan kan... mestilah kena tebalkan telinga dan cekalkan hati. 

Setakat kena hentam, kena sindir, kena perli, itu semua kita anggap sebagai benda kecik je. Semua orang yang nak jadi usahawan, perlu lalui perkara yang sama. 

Apa ingat orang yang kerja makan gaji tak ada yang kena hentam? Come on la... semua orang, tak kira sama ada dia kerja makan gaji ataupun seorang usahawan pasti tak akan terlepas daripada melalui pengalaman kena hentam. 

Jadi, apa yang peliknya? Sampai tahap ni... saya harap anda dapat pegang satu konsep ni... "kena hentam ini adalah sesuatu yang normal dan tak ada apa yang perlu dimalukan... Ia adalah satu fasa WAJIB dilalui oleh semua orang" 

Saya bangga Menjadikan Tone Excel Sebagai Bisnes Saya 


Saya banyak kali mulakan bisnes baru. 

Saya juga banyak kali gagal dalam bisnes-bisnes yang saya buat. Bisnes yang setakat suam-suam kuku pun ada banyak jugak.


Akan tetapi... bisnes Tone Excel ni LAIN MACAM! 

Ia amat berbeza berbanding dengan bisnes-bisnes lain yang saya buat.

Kebanyakkan bisnes yang saya buat, saya perlu buat jualan berulang kali, barulah saya dapat capai pendapatan yang baik. Berbeza dengan bisnes simkad Tone Excel ini, saya hanya perlu buat jualan sekali sahaja. 

Bulan November ni saya masih belum jual sim kad lagi. (dan jika anda sudi bantu saya, dapatkan simkad dan aktifkan menerusi IDP saya 449841)

Alhamdulilah, saya dah ada income dalam bisnes ni. Syukur atas nikmat yang dipinjamkan Allah kepada saya.

Saya kenal Tone Excel dulu berbanding bisnes Telco lain 


Waktu saya mula-mula kenal Tone Excel, saya tak jumpa lagi bisnes telco lain yang seumpama dengannya.  Tak salah kalau saya katakan, pada waktu tu, tak ada lagi bisnes Telco lain yang menawarkan peluang penjanaan pendapatan seperti yang ditawarkan oleh Tone Excel. 

Saya ambil masa sekurang-kurangnya setengah tahun untuk saya kaji baik dan buruk, peluang dan ancaman (jika ada) jika saya berhasrat untuk memulakan perniagaan saya dalam industri ini. 

Tujuan saya buat bisnes ni, dan jadi pengguna talian Tune Talk yang menggunakan sim kad Tone Excel, ialah saya nak buat duit. Langsung tak terlintas dihati saya nak jimat, nak murah atau anything in between.

Simkad Tone Excel ini sendiri tak pernah diperkenalkan sebagai simkad murah, sim kad jimat ataupun simkad unlimited internet kuota. Tak pernah...  

Simkad ini menawarkan pelan penjanaan pendapatan. Dan jika anda seorang yang aktif menghasilkan jualan, anda juga berpeluang untuk menghasilkan pendapatan pasif. 

Menarik, kan? 

Hanya pesaing dalam bisnes ni je yang akan kata apa yang ditawarkan oleh Tone Excel ni tak menarik. 



Kena hentam tu perkara biasa...

Anggap ini semua lumrah alam perniagaan. 

Jangan kita harap semua orang akan layan kita dengan baik. Kita tak perlu terkejut pun kalau dilayan dengan makian, tohmahan dan sindirian. 

Kita terima je... yang setengah orang ni memang mempunyai sifat buruk built in dalam diri mereka. Jangan marah dan tak perlu salahkan mereka. Simpan dendam pun tak perlu. 

Sebab mereka yang buruk lagi hodoh perangainya ni, tak sedar pun mereka ada perangai yang buruk. Apa boleh buat, sebabnya mereka pun tak tau yang perangai mereka ni buruk dan busuk. Mungkin sebab dah terbiasa.

Apa pun, tak perlu terkejut sangat jika ada ahli dalam network kita berpindah ke Telco lain. 

This is just business. Purely business. 

Biasalah. 

Pengguna Maxis ada yang bertukar ke Celcom. Pengguna Celcom ada yang bertukar ke pelan Digi. Dah bertukar ke Digi ada yang patah balik pakai Celcom. 

Jadi sama lah halnya dengan pengguna simkad Tone Excel. Nanti-nanti kalau dia dah tak minat pakai simkad Tone Excel, dia akan bertukar sendiri. Tetapi, kalau nanti dia rasa macam nak pakai semula simkad Tone Excel, dia akan datang balik. 

Tapi waktu tu, dia mungkin akan menyesal la. Sebabnya dia dah kehilangan network dan rangkaian pengedar dibawah mereka. 

Untuk yang nak berpindah, kita ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk menjadi pelanggan kita, kerana sudi untuk menyokong bisnes kita. 

Pada bila-bila masa, kita amat berbesar hati untuk menerima mereka semula untuk masuk dalam rangkaian kita. 

Jika apa yang dicari di Telco lain tak sama seperti yang diharapkan, you are most welcome to come back. Sama macam yang terjadi kat saya sebelum ini. 

Saya pernah guna simkad Tone Excel sebelum ini. 

Namun, disebabkan saya hilang fokus, saya biarkan sim saya expired. 

Tahun ni, saya mula kembali dalam bisnes ni... Ah... sedikit sebanyak saya rasa rugi, sebab simkad yang lama tu, saya dah ada income. 

Apa pun, saya anggap ini semua sebagai pengalaman yang berharga. 

Tak akan saya sia-siakan lagi bisnes ni..

Sebabnya?

BISNES INI BISNES SAYA! 



Sabree Hussin 
IDP449841 
017 254 3031 
Klang, Selangor     

 

  

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...