Ada Ke Bisnes Yang TAK PAYAH CARI ORANG?

Posted by sabree hussin on Thursday, November 6, 2014

"... aku nak buat bisnes... tapi aku tak minat la bisnes yang kena cari-cari orang ni." 

Ah sudah... jem kepala otak aku. Amenda la aku nak ayat kat si polan ni. Bagi jawapan tak best karang, dia tak nak join buat bisnes ni. Bagi ayat menipu karang, dia komplen pulak kalau dia tak ada income lepas dah join bisnes ni. Bagi ayat yang jujur, kang SENTAP pulak budak ni.

  
Kalau dulu, bila saya jumpa orang yang kata dia tak minat nak cari-cari orang... saya akan bersusah payah untuk kemukakan segala hujah untuk membuka mata orang yang kata tak minat pada bisnes yang perlu cari orang. 

Tapi kali ni... keadaan dah berbeza. Terlalu berbeza. 

Kalau ada yang kata, tak minat nak buat bisnes yang kena cari orang... saya akan ikut pesan Sifu Mazelan Abas. 

"TERUS TUKAR TOPIK PERBUALAN, DAN TINGGALKAN DIA..." 

Tak payah lagi susah payah nak terangkan kat dia. Orang bodoh ni mahal ubatnya. Anda perlu bayar dengan masa anda yang sangat berharga. 

Orang Utan dengan Beruk ni tengah buat bisnes sesama sendiri. Sebab dia cuma berniaga sesama binatang. Jadi memang tak perlu cari orang. FAHAM?

Ada ke bisnes yang tak perlu cari orang? 

Taukey saloon, kalau dia tak buat bisnes dengan orang, dengan siapa dia nak jual servis dia? 

Taukey kedai runcit, kalau dia tak jual barangan runcit dia dengan orang, dengan siapa lagi dia nak jual stok barangan tu semua? 

Taukey kedai handphone, kalau dia tak jual handphone dia dekat orang, dekat siapa lagi yang dia nak jual? 

Guna common sense la sikit...

Anda mungkin nampak, taukey saloon, taukey kedai runcit dan taukey kedai handphone macam tak cari orang. Mereka cuma duduk di kedai, tetapi pelanggan yang datang cari dia. 

Tau sebab apa? Biar saya bagitahu... Sebabnya, mereka ni berniaga di tempat yang terbuka. Tempat yang ada ramai orang lalu lalang. Mereka ada premis perniagaan yang siap dengan dekorasi. 

Jadi, orang yang nampak kedai mereka dah tahu, ooo ini kedai runcit.

Tapi anda kena ingat satu perkara, bukak kedai runcit, bukak saloon kosnya bukan murah. Sewa kedai, bergantung pada kawasan boleh mencecah sekitar RM3,000 - RM8,000 sebulan. 

Ini belum masuk lagi kos untuk barang niaga. Stok. 

Kos untuk renovate kedai. Bil-bil semasa. Upah pekerja dan macam-macam lagi. 

Ya. Anda nampak macam orang tu tak perlu cari orang, sebab dia dah invest satu jumlah yang besar di permulaan perniagaannya. Apa yang ada pada diri mereka, kedai, signboard, susun atur dalaman berfungsi untuk menjual bagi pihak mereka. 

Anda ada duit? ... dan kalau ada duit sekali pun, anda sanggup risikokan sejumlah wang yang besar, untuk perniagaan yang belum tahu untung ruginya? 

Dalam bisnes Tone Excel ni, kita cuma mintak anda keluarkan modal RM90 sahaja. 

Anda akan dapat sekeping simkad, dan anda dah layak untuk jadi pengedar simkad Tone Excel ini. 

Mana ada bisnes lain yang memerlukan modal serendah RM90 untuk bermula? Kalau ada bisnes lain pun, yang kelihatan seakan-akan sama, anda perlu keluarkan RM290 sebagai modal permulaan. Baru layak jadi pengedar. 

Ini RM90 sahaja. 

Part kena cari orang. Itu lumrah. Inilah namanya bisnes. 

Ok fine. Kalau anda tak nak buat kerja-kerja cari orang ni, kena keluar modal lebih sikit la. Upah pekerja. 

Saya bagi tips sikit. Anda kenalpasti siapa yang nak buat bisnes ni. Pastikan orang tu memang ada semangat nak buat bisnes ni. Anda "belanja" dia masuk bisnes ni. 

Letakkan dia sebagai downline anda. 

Jangan cuma cari seorang je. Cari la ramai-ramai. Fokus anda cuma sponsor orang untuk dijadikan "staf" anda. Amacam berani? 

Kalau nak buat strategi macam ni, modal bukan lagi RM90. Ia akan jadi lebih banyak dari itu.

Wujud ke peluang buat duit yang tak perlu cari orang, cuma letak modal je?

Pasti la ada. 

Namun, kita tak panggil ia sebagai perniagaan.

Kita panggil ia sebagai pelaburan. 

Pelaburan juga ada untung dan rugi. Pelaburan tidak boleh menjamin pulangan wang yang tetap. Jika ia menjamin pulangan wang dan keuntungan yang tetap, ia dah jadi bukan pelaburan, tetapi ia adalah pelan riba.

Jadi, kalau anda nak berniaga, dan nak cuba perniagaan tone excel ni, buat betul-betul. 

Jangan buat separuh-separuh. Buat sampai jadi. Buat sampai habis! 
Alah bukan lama pun, fokus untuk buat benda ni betul-betul dalam masa 2 - 5 tahun je. 

Lepas tu dah boleh berhenti dah. 

Afterall, kalau anda tak buat bisnes ni pun, anda akan tetap guna handphone hingga akhir hayat anda juga. Betul, kan?  Ke lepas anda baca artikel ni, anda nak buang handphone anda dah?


Sabree Hussin
017 254 3031 
IDP449841 
Klang, Selangor 
 

   

 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...