4 Aktiviti Hujung Minggu Bantu Kembangkan Bisnes Tone Excel

Posted by sabree hussin on Saturday, October 11, 2014

Hari ini Ahad.

Hujung minggu. Untuk sesetengah tempat, hari ini adalah hari bekerja. Namun ada juga di tempat yang lain, hari Ahad merupakan hari cuti. 

Saya di Klang... Ahad adalah hari cuti. 

Soalan: Apa yang patut saya lakukan untuk memanfaatkan hari cuti seperti ini dan mengembangkan bisnes Tone Excel? 

Saya merupakan ejen sim kad Tone Excel. Untuk rakan-rakan yang berada di sekitar, Meru, Kapar, Klang dan lain-lain kawasan berdekatan, dan anda berhasrat untuk menyertai Tone Excel, anda boleh berhubung dengan saya.

1.0 Buat appointment 

Jumpa lebih ramai prospek dan bakal klien. Anda ada hari Isnin hingga Sabtu untuk set up appointment. 

Hari Ahad macam ni, anda hanya perlu susun ikut keutamaan dan mula jumpa mereka. Itupun, jika anda rasakan kaedah jumpa one on one ini sesuai dengan cara dan personaliti anda.

Kalau anda ada masa dan ada tempat yang sesuai, boleh juga open table kat mana-mana.

Yang penting, jumpalah orang nak kongsikan mengenai peluang bisnes ini kepada seberapa ramai yang boleh.

tone_excel_klang
  

2.0 Buat artikel promosi

Mungkin jumpa orang bukan aktiviti kegemaran anda. 

Tak ada masalah. Anda boleh fokus untuk hasilkan seberapa banyak artikel yang boleh dan promosikan. 

Promosi boleh dilakukan di halaman media sosial seperti 

1. Facebook 

2. Google+ 

3. LinkedIn

4. Twitter 

5. Ummaland 

6. ... dan banyak lagi

Ambil masa anda, untuk hasilkan satu artikel yang TERBAIK bagi menceritakan tentang perniagan Tone Excel anda. Jika anda benar-benar buat artikel dengan tekun dan teliti, anda tak perlu risau jika hanya ada satu atau dua artikel dalam koleksi anda. 

Artikel yang sama, anda boleh gunakan banyak kali.

Artikel yang sama, anda boleh jadikan senjata pemasaran anda berulang-ulang kali. 

Artikel yang baik, unik dan penuh pengisian dah tentu. 

Jika anda tak mampu nak jumpa orang, tak mampu nak set appointment, sempatkan diri anda untuk hasilkan artikel promosi anda sendiri.

3.0 Rancang status update selama seminggu untuk di post di FB

Fikirkan dengan sedalam-dalamnya. 

Hari Isnin nak cerita pasal apa. Ok... Isnin ni kita selalu kaitkan dengan Monday Blues. Jadi, cerita anda juga perlu berkaitan dengan emosi prospek yang ramai tak suka dengan hari isnin. 

Selasa pulak? 

Ah buat la kajian sendiri. Fahami kitaran minda dan psikologi golongan pekerja. Apa yang mereka rasa pada hari-hari tertentu.

Bagaimana perasaan mereka apabila tiba hari Jumaat?

Apa perasaan mereka apabila mereka tak dibenarkan cuti apabila menjelang musim perayaan? 

Gunakan elemen-elemen psikologi ini untuk mempromosikan bisnes ni. Anda tak tau apa lagi elemen psikologi yang anda boleh manipulasikan? Bacalah kitab 100 Rahsia Psikologi Pelanggan.

4.0 Draf emel promosi untuk tujuan broadcast 

Network saya, saya memang tekankan untuk anda guna kaedah pemasaran emel dalam pemasaran Tone Excel. 

Sebelum anda nak buat blog, 

Sebelum anda nak buat promosi all out di media social

Sebelum anda nak buat promosi laman web personal anda, 

Pastikan anda dah ada sistem autoresponder, lengkap dengan siri-siri emel follow up untuk dihantar secara automatik kepada prospek. 

Ya. 

Anda mungkin tak akan berjaya close deal dengan prospek anda hanya melalui siri-siri emel yang dihantar.

Sebab itu, dari masa ke masa, anda perlu blast emel kepada mereka. Ambil masa untuk draf emel kepada prospek anda. 

Jangan takut.

Jangan takut nak hantar emel kepada mereka. 

Buat je.

Kalau mereka tak suka dengan apa yang anda tulis, mereka boleh keluar dari mailing list anda pada bila-bila masa. 

Yang penting, JANGAN SPAM.

Bercakap pasal SPAM, ramai lagi yang tak faham, apa itu teknik pemasaran emel sebenar, dan apa itu teknik pemasaran emel SPAM. 

Kalau anda masih tak jelas, macam mana nak buat pemasaran emel, saya juga ada cerita teknik-teknik promosi menerusi emel dalam ebook saya, Jurnal Pemasaran Affiliate

Hakikatnya...

Saya boleh tunjukkan jalan macam mana nak berjaya. 

Apa yang perlu dibuat. 


Apa yang perlu diutamakan. 

Tetapi... kalau anda tak nak ikut, atau masih tak bersedia nak ikut dan sebagainya... saya tak boleh buat apa.  

Bisnes ini, bisnes anda. 

Ikut cara saya?

Kita buat online saja! 

 

{ 1 comments... read them below or add one }

Syaharudin said...

Terima kasih
Panduan yang sangat berguna, sedang cuba cara kedua dan keempat. Memang bagus jika dapat membantu oenag yang memerlukan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...