Laman Web Tone Excel Klang Berwajah Baru!

Posted by sabree hussin on Tuesday, October 28, 2014

Selepas agak lama saya menggunakan template percuma yang memang dah tersedia di dashboard, akhirnya sampai lah masanya untuk saya tukarkan template ini kepada custom template. 

Bermain serba sedikit dengan coding. 

Kod HTML... atau singkatan bagi HyperText Markup Language. 

Serius. Masa saya belajar kat universiti dulu, memang saya tak diajar untuk bermain dengan coding ini. 

Tak ada lecturer yang ajar benda ni. Semuanya atas hasil usaha sendiri. Daripada pengalaman saya mengendalikan platform blogging blogspot sejak dari tahun 2009 lagi... Alhamdulillah, ada beberapa skil yang saya dapat. 

Tak cantik tak apa. 

Tak menarik belakang kira. 

Yang penting, apa yang saya persembahkan dalam blog ni mencapai maksudnya. Ehem... ada yang kata, layout kali ini lebih kemas, dan nampak profesional.



Anda tak tau macam mana nak bina website? 

Jangan gusar. 

Benda ni simple je. Semua orang bermula dengan tak tau apa. 

Tak ada lagi saya dengar ada orang yang lahir-lahir je dah ada pengetahuan macam mana nak edit website, macam mana nak bina website. Semua tu merepek je. 

So, you have to start somewhere else.

Ilmu ini, sama ada anda nak belajar secara formal di kelas-kelas, atau anda boleh tanya terus (sebaik-baiknya buat coaching) dengan mereka yang memang berpengalaman. 

Kaedah belajar tidaklah terhad hanya pada satu cara semata-mata. 

Apa pun, jika anda adalah network saya, dan anda ingin menggunakan template yang sama yang saya gunakan ini, anda boleh hubungi saya anytime.





  

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...