Apa Tujuan Saya Promosi Tone Excel Setiap Hari?

Posted by sabree hussin on Saturday, October 18, 2014

Bisnes Tone Excel ini sebenarnya bukanlah satu bisnes yang susah. Tetapi ianya adalah satu bisnes yang simple. 

Anda hanya perlu promosikan sahaja sim kad Tone Excel ini kepada seberapa ramai pengguna telefon mudah alih yang boleh.

Tak perlu risau dengan potensi pendapatan atau bayaran. 

Semuanya dah disediakan untuk anda. Marketing plan semua dah ada, cuma yang perlu anda lakukan ialah promosi sahaja. 

Cara promosi pula terpulang pada anda. 

Kalau kekuatan anda adalah untuk jumpa orang dan terangkan face to face, maka anda buatlah begitu. Jika anda tidak berkeyakinan untuk berbuat demikian, maka anda banyakkanlah berkongsi di internet. 

Tak perlu cakap apa-apa. 

Hanya tulis sahaja, apa yang anda ingin ceritakan tentang sim kad ini. 

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan "close deal tanpa suara". Anda tak perlu nak buka mulut, dan tak perlu nak cakap apa-apa. Hanya perlu tulis, tulis dan terus menulis. 

Penulisan anda akan dijumpai dan dibaca oleh sasaran prospek anda. 



Adakah kaedah ini lebih berkesan berbanding anda menghantar fliers dari rumah ke rumah atau edar fliers di tempat yang crowded dan ramai pengunjung?

Hmmm... kaedah ini dah tentu ada kelebihan dan keistimewaannya tersendiri.

Bila anda edarkan fliers, prospek anda adalah mereka yang offline dan aktif dilokasi tertentu. 

Manakala, jika anda fokus untuk menulis secara online, target prospek anda dah tentu adalah mereka-mereka yang lebih cenderung untuk meluangkan masa mereka untuk online. 

Jadi, masing-masing ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. 

Apa sebenarnya tujuan kita cerita tentang Tone Excel setiap hari ni?



BRANDING. 

Ini salah satu pesan Mazelan Abas yang pernah saya baca sebelum ni. 

Selagi nama anda tak dikenali sebagai ejen Tone Excel, bermakna promosi anda masih belum cukup lagi. 

"Sabree Hussin Tone Excel"

Bila nama tu sudah lekat di minda dan ingatan orang ramai, bermakna kempen pemasaran anda dah mula membuahkan hasil. Ini salah satu indikator yang anda boleh lihat untuk pastikan sama ada selama ini orang perasan atau tidak usaha pemasaran yang anda jalankan. 

Ok? Ingat ingat ingat! 

Branding itu penting, supaya satu masa nanti akan ada prospek yang serah diri pada anda, dan dengan rela hati ingin sertai anda dalam bisnes ini. 

Semuanya disebabkan oleh branding yang anda lakukan tanpa jemu. 

Bisnes Tone Excel ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan lain-lain bisnes yang terdapat di pasaran. Anda yang terlibat dalam bisnes ni perlu melalui fasa struggle untuk meyakinkan prospek anda bahawa produk ini adalah produk TERBAIK yang patut dijadikan pilihan. 

Jika anda konsisten buat kerja, maksud saya anda konsisten buat promosi, fasa struggle ini akan berlalu dengan cepat dan anda mungkin tak sedar yang anda dah jauh melepasi fasa ini. 

Sewaktu berada dalam fasa struggle ini, anda perlu lebih kuat menghadapi cabaran dan siap sedia untuk meningkatkan kemahiran diri. Dalam bisnes ni, anda bakal jadi lebih kuat apabila anda serius ingin bangunkan bisnes ni, bukannya dengan lompat bisnes dan sibuk mengejar tawaran bisnes lain. 

... dan anda patut tahu, dalam bisnes lain pun anda bakal lalui fasa struggle juga. 

Oleh yang demikian, fokus untuk buat promosi sebanyak-banyaknya. Guna semua medium yang ada, dan tanamkan dalam minda prospek anda bahawa anda adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan role model dalam bisnes ini. 

Buat promosi banyak-banyak supaya nama anda dikenali sebagai seorang ejen berdaftar Tone Excel.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

     

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...