Pengalaman Sertai Tune Talk Tone Excel

Posted by sabree hussin on Sunday, October 12, 2014

Kalau anda sertai bisnes ni sebab nak jadi kaya cepat, anda sebenarnya berpotensi untuk jadi miskin lagi cepat. 

Kalau anda fikir bisnes ni senang, anda akan kecewa bila dapati ianya tak semudah mana.

Kalau anda terpengaruh dengan untung lumayan, saya khuatir anda akan patah hati apabila anda dapati untung dalam bisnes ni hanya sen-sen sahaja.

Seorang usahawan yang bijak, dia akan meneliti terlebih dahulu, perniagaan yang ingin diceburinya. 

Bukannya main belasah je join, kemudian terkial-kial, tak tau nak buat apa. Habis semua orang yang menggunakan teknik pemasaran yang istimewa, dan lain sedikit ditirunya. 

Ya

Saya FAHAM! Bukan semua orang dilahirkan sebagai usahawan. Bukan semua orang ada bakat nak jadi usahawan. 

Ada orang, perlu melalui siri latihan yang panjang, bermula dari lepasan SPM hinggalah mencecah usia persaraan, barulah beroleh keyakinan dan keberanian untuk mula berbisnes.

Itu pun masih belum tentu lagi, dia akan berbisnes dengan sepenuh hati. Silap-silap, perasaan malu-malu tu masih tersimpan lagi. 

Bila orang tanya, "aku dengar ko buat bisnes Tone Excel sekarang, betul ke?" 

Dia boleh pulak jawab, "Eh tak la... aku saja-saja je. Anak aku ni ha, daftarkan aku, aku ikut-ikut je. Suka-suka."

Tengoklah... apabila yang berusia, yang vateran, dan yang kononnya lebih dulu makan garam pun kita tak boleh nak buat contoh, dari mana lagi kita nak belajar falsafah bisnes? 

Dari bisnes orang cina? Dari bisnes Mamak? 


=====

Pengalaman saya sertai Tone Excel. 

Oh bukan mudah. Ada banyak cabarannya. Siap pernah gagal lagi sebelum ini. 

Saya pernah rangkumkan dalam satu artikel, berjudul 10 kesalahan yang pernah saya lakukan dalam bisnes Tone Excel.

Saya harap, buat yang pernah baca artikel tu, jadikan ia sebagai pengajaran dan iktibar. Kalau tak faham dengan apa yang saya kongsikan, bertanya. 

Saya akan berusaha untuk beri penjelasan dan kefahaman kepada anda.
======

Kenapa tak sertai XOX? Kenapa mesti kembali ke Tone Excel? 

Beberapa hari sebelum saya kembali sertai Tone Excel, saya di "approach" oleh seorang kenalan di FB untuk sertai Clixster. 

Saya baca dan cuba fahami marketing plan. 

Saya ambil masa yang lama untuk FAHAM, itupun masih lagi tidak benar-benar FAHAM. 

Kemudian, saya ditawarkan pula untuk buat bisnes One XOX. Itupun dari kenalan di FB. 

Masa tu sekitar awal March 2014. 

Info tentang peluang perniagaan dan marketing plan juga masih tak jelas ketika itu. Pada waktu tu, ia agak berbeza seperti sekarang.  Alhamdulilah, sekarang info lagi mudah untuk diperolehi. 

Rakan-rakan di FB juga dah ramai yang buat bisnes telco One XOX. Bila-bila masa, jika perlu, saya boleh terus bertanya dengan mereka.

Matlamat dan misi One XOX adalah penjimatan. 

Manakala misi Tone Excel ialah untuk membantu ahlinya memperolehi financial freedom, passive and recurring income. 

Dah jelas dan tak syak lagi. 

Saya nak buat duit. 


Jadi, dah tentu saya akan pilih Tone Excel. 

===================
 
Setiap produk ada marketnya

Carilah orang yang nak kan produk kita. 

Kenal pasti orang yang mahu berurus niaga dengan kita.

Anda BERMASALAH MENTAL apabila anda menawarkan BMW kepada komuniti yang nak beli Kancil 660 2nd hand pun tak mampu. 

Faham kan? 

Kalau anda jual BMW, carilah komuniti dan pasaran yang mampu pakai BMW. Dengan ini, anda tak perlu nak dengar rungutan dan rengekan manja mereka yang tak mampu nak pakai BMW. 

Kalau difikirkan, sebenarnya mudah sahaja bisnes ni. 

Dah tu... jangan nak susah-susahkan la.


 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...