Sepanjang saya buat marketing untuk mempromosikan sim kad Tone Excel ini, sesekali saya akan menerima emel atau sms macam ni.
"Bro, saya nak ajak jumpa boleh?"
"Boleh, tak ada masalah. Sebelum tu, boleh saya tanya, nak jumpa saya nanti, nak bincang pasal apa ya?"
"Nanti boleh bincang-bincang pasal Tone Excel..."
Amboi...
Masih tak cukup lagi ke dengan apa yang pernah saya bincangkan kat FB personal saya?
Masih belum cukup lagi ke apa yang saya dah ceritakan dalam blog ni?
Masih belum puas hati ke dengan apa yang saya dah kupaskan pasal Tone Excel dalam blog saya yang satu lagi tu?
Masih belum lengkapkah maklumat yang anda ada tentang bisnes Tone Excel ni?
Masih belum faham ke dengan konten yang saya dah tulis dalam ebook saya, Panduan Bisnes Tone Excel ni?
"Err... betul jugak ye... actually saya nak belajar buat marketing. Boleh ke?"
Oh... cakap lah nak belajar buat marketing. Boleh sangat..
Apa-apa hal kena join la dulu.
Ini tak... join pun belum lagi. Dah sibuk nak belajar buat marketing la. Nak itu la, nak ini lah...
Hello... dulu masa saya nak buat bisnes ni, saya pun tak tau apa-apa. Banyak benda yang saya tak tau.
Tapi dari situ, saya mula belajar sedikit demi sedikit.
Mula-mula dulu, belajar macam mana nak tulis iklan. Bila dah belajar terus amalkan.
Lepas tu belajar macam mana nak buat marketing menggunakan kaedah pemasaran emel. Lepas dah belajar, terus buat. Sedikit demi sedikit.
Memang anda tak akan terus mahir dalam percubaan pertama. Tak apa. Yang penting terus kan dan jangan hilang semangat nak belajar.
Saya tak ada masalah untuk ajar orang. But, show me that you are really serious!
Dalam bisnes ni, kerja hakiki saya ialah jual sim kad. Bukan nak kena mengajar, bukan nak kena bagi peringatan kalau anda tak top up, dan lain-lain lagi.
Kenapa saya perlu luangkan masa saya untuk ajar anda buat marketing, sedangkan untuk waktu yang sama, saya boleh gunakan untuk buat marketing dan buat sales untuk bisnes saya sendiri.
Itu satu hal yang ramai tak faham atau buat-buat tak faham. Anda tak ada inisiatif nak berusaha, saya anggap anda tak berminat. Bila anda tak berminat, saya tak ada masa nak push push anda.
Lebih puas hati kalau dapat jumpa face to face!
Ok fine.
Make sure anda standby dengan duit modal RM90.
Kalau setakat jumpa kosong, sembang kosong, saya balik tak ada hasil, lupakan.
Masa saya amatlah berharga.
Nak buat appointment dengan saya, pastikan ada hasil. Anda beli simkad, dan saya jual simkad kepada anda.
Ini bukan bisnes MLM yang mana saya perlu terangkan pada anda, buat bulat-bulat, gambar rajah, bentuk piramid, carta alir dan sebagainya.
Ini bisnes sim kad.
Anda beli sim kad dari saya. Activate sebagai pengguna sim kad, dan seterusnya anda baca sendiri ebook yang saya tulis.
Jangan biasakan diri, jadikan benda yang senang jadi susah. Habit tu tak sihat dan tak sepatutnya ada dalam bisnes ni.
Home
»
tone excel klang
» Bro, Aku Nak Jumpa Ko Boleh?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment