Sebagai ejen yang mewakili syarikat Tone Excel, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda sebagai pengguna dan juga pengedar sim kad ini.
Dengan modal permulaan sebanyak RM90 sahaja, anda sudah layak untuk memulakan karier anda dalam bidang perniagaan berasaskan industri telekomunikasi ini.
Mungkin masih ramai lagi yang tak sedar, yang hakikatnya industri telekomunikasi ini sebenarnya bernilai jutaan dan bilion ringgit setahun.
Maka tak hairanlah apabila dewasa ini terdapat banyak syarikat Telco diperkenalkan.
Kesemua syarikat ini ingin mendapatkan syer dan sedikit keuntungan yang lumayan yang boleh diperolehi menerusi perniagaan ini.
Antara bukti bisnes dalam bidang telekomunikasi ini sangat lumayan
...dan lagi bukti:
Anda mungkin pengguna bagi salah satu Telco yang saya kongsikan ini. Betul ke?
Saya sendiri adalah pengguna talian Maxis, dan nampaknya saya adalah salah seorang penyumbang (walaupun tak banyak) kepada pendapatan Maxis yang mencecah sehingga RM2.049 bilion!
Bilion.
Bukannya kecil.
Soalan: Sepanjang saya menjadi pengguna SETIA Maxis... apa yang saya dapat?
Hmm... soalan ini benar-benar buatkan saya berfikir. Saya cuba dapatkan jawapan yang benar-benar adil tanpa menidakkan peranan penting yang pernah diberikan oleh Telco ini.
Semasa dengan Telco lama, saya dapat call, dapat sms, dan paling penting dapat menikmati perkhidmatan BlackBerry Internet Service. Servis internet la kiranya ni.
Adakah saya tak berpuas hati dengan servis Maxis.
Oh tidak sama sekali. Malahan, saya AMAT BERPUAS HATI dengan servis yang ditawarkan oleh Maxis.
Atas sebab itu juga, saya menjadi pengguna SETIA Maxis sejak saya berumur 16 tahun. (sekurang-kurangnya saya melanggan perkhidmatan dari Maxis selama 10 tahun)
Pada suatu hari saya diperkenalkan dengan sim kad Tone Excel yang dikuasakan oleh talian Tune Talk.
Bila dilihat sekali imbas, nampaknya sim kad ini agak tinggi caj penggunaannya. Lebih-lebih lagi jika anda menilai dari segi kadar panggilan dan juga caj sms.
Rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya.
Sim kad ini, walaupun cajnya tidaklah semurah dan sejimat sim kad lain yang ada dipasaran, rupa-rupanya ia memberi ganjaran kepada penggunanya dalam bentuk RM!
Ya.
Cash di bank in ke dalam akaun bank kita setiap bulan... dan yang lagi menarik, sebulan tiga kali akan dapat komisyen daripada Tone Excel ni.
Wow!
Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang sim kad ni, saya syorkan anda download ebook ini, Panduan Bisnes Sim Kad Tone Excel.
Dalam post ini, saya nak ceritakan, macam mana caranya nak sertai bisnes Tone Excel ini. Ok cara-caranya mudah sangat.
Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut
1. Sediakan modal RM90
RM90 adalah untuk mendapatkan sekeping sim kad Tone Excel. Dalamnya tersedia kredit bernilai RM30.
Apabila anda activate sahaja simkad ini, automatik anda akan dapat cash rebate sebanyak 3%.
3% daripada baki kredit tersedia, iaitu RM30. Bersamaan dengan RM0.90
2. Dapatkan sim kad anda!
Di mana nak dapat sim kad Tone Excel? Sebenarnya ada beberapa cara.
Pertama sekali, layari laman web Tone Excel atau klik link berikut
1. Junior Centre: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/junior-centres.php
2. Service Centre: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/service-centres.php
3. Branch: http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/branch-office.php
Lihat kawasan yang paling hampir dengan anda.
Hubungi nombor yang tertera, dan buat appointment dengan mereka untuk dapatkan simkad.
Anda mungkin tak tau yang selama ini anda tinggal berjiran dengan seseorang yang berpangkat Junior Centre/ Service Centre atau Branch di Tone Excel.
Dapatkan sim kad dari mereka.
Sebaik-baiknya anda tambah lagi RM10 untuk dapatkan juga buku panduan Tone Excel dari mereka.
Cara kedua ialah anda boleh dapatkan sim kad permulaan anda dari saya. Sila tambah RM10 untuk tujuan pengeposan.
RM6 untuk pos laju, manakala RM4 lagi adalah duit tambang untuk saya ke pejabat pos :-)
Jika anda ingin jimat, lebih baik anda dapatkan simkad anda di mana-mana JC/SC atau Branch berhampiran anda.
3. Aktifkan Sim Kad Anda
Jika anda ingin sertai rangkaian saya dan menerima khidmat sokongan dari saya, sila lengkapkan proses pengaktifan dengan menggunakan idp 449841
4. Dapatkan website replika anda
Bagi memudahkan kerja-kerja pemasaran anda, anda boleh gunakan laman web berikut untuk tujuan pemasaran.
Ini contohnya: Bisnes Tone Excel Asia
Laman web replika tersebut adalah PERCUMA jika anda sertai rangkaian saya. Setiap prospek yang berminat dengan bisnes ini akan masukkan nama, alamat emel dan nombor telefon di laman web tersebut.
Jadi, pada bila-bila masa anda boleh menghubungi mereka untuk tujuan follow up.
5. Dapatkan marketing tools tambahan dari saya
Selain dari itu, anda boleh juga dapatkan marketing tools tambahan dari saya dalam bentuk
5.1 Website promosi
5.2 Sistem autoresponder Parabot Pro
5.3 Ebook panduan setting sistem autoresponder
5.4 Ebook percuma untuk tujuan kumpul list
... dan banyak lagi
6. Group support
Support turut diberikan dalam bentuk group whatsapp dan juga fb group.
Anda boleh tanya apa sahaja yang anda tak faham. Saya sendiri akan berikan bimbingan kepada anda, bagi membantu anda untuk berjaya dalam bisnes ni.
Di samping itu, saya juga akan sentiasa mengemaskini laman web ini bagi memberi anda info-info TERBAIK mengenai bisnes Tone Excel ini.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan saya sama ada menerusi sms/whatsapp atau call di talian 017 254 3031
Home
»
tone excel klang
» Bagaimana Cara Sertai Bisnes Tone Excel?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment